Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Ads
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Mengenakan busana tradisional rekaan Fiziwoo dan serta menggayakan hijab dari Bawal Exclusive, Nurul Izzah tampak ma is seperti biasa. Terdahulu beliau pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan 2 cahaya mata.
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stres dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia daripada penciptaNya.
TENGOK ORANG LAIN BERJAYA, JANGAN DENGKI
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini.
Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!
BELAJAR RASA CUKUP
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.
HATI-HATI DENGAN HASAD DENGKI
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri..jadi bersyukurlah.
Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya. Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
(Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga. Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya:- Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
(Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek. Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi[1].
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh. Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:-
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.”
(Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat. Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat. Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita[2].
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara’.
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:-
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada. Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya. Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya.
WalahuA’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita mesti biasa dihulurkan bakul apabila masuk ke dalam gedung farmasi Watsons bukan? Fungisnya adalah untuk meletakkan barang-barang yang hendak dibeli ke dalamnya agar tidak sukarlah untuk kita memegangnya semua sekali.
Namun, kebiasaannya pasti kita akan menolak untuk menerima bakul tersebut sekiranya mahu membeli satu dua barang sahaja. Rupa-rupanya ada sebab kenapa mereka akan menghulurkan bakul itu kepada kita. Bukannya saja-saja.
Seorang pemuda iaitu Daus telah berkongsi di twitter mengapa kita seharusnya terima sahaja bakul yang diberikan kerana ia ada kena mengena dengan Key Performance Indicator (KPI) syarikat tersebut.