Baru sahaja bergelar isteri pada Sabtu lalu, kini Neelofa diangkat sebagai Tokoh Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith pula. Dia menerima anugerah tersebut bagi kategori tokoh berpengaruh mega oleh Kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Walaupun begitu dia tidak dapat hadir ke majlis yang diadakan kerana sedang berada di Langkawi. Untuk pengetahuan pembaca, Hari Sayyidatina Khadijah merupakan program tahunan yang mengiktiraf peranan dan juga sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri itu.
Ads
Sebagai acara yang disambut secara tahunan, program tersebut dilihat sebagai satu langkah dalam menonjolkan personaliti wanita serta kecemerlangan mereka di dalam bidang masing-masing.
Ads
Acara ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dan pada tahun ini anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Timbalan Menteri wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Apabila kita terlupa rakaat dalam solat dan terlupa untuk membaca doa Qunut maka kita disunatkan untuk melakukan sujud Sahwi. Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
SOALAN:
Difahamkan sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Jika kita terlupa sujud sahwi, bagaimana kedudukan sembahyang tersebut? Terlupa disebabkan faktor umur.
JAWAPAN:
Maksud sujud sahwi dan hukumnya yang dinukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji secara ringkas seperti berikut:
*Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu.
*Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini – yang dilakukan di penghujung solat – akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.
*Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
*Hukum sujud sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)
Menjawab persoalan di atas, jika terlupa hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
HIJABISTA: Sebagai seorang Muslim, belajarlah untuk menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati al-Quran serta khusyuk ketika solat.
Memang seronok masuk rumah baru tetapi lebih elok kita melakukan beberapa amalan sebelum berpindah masuk ke dalam rumah baru.
Amalan semasa berpindah ke rumah baru, sama ada rumah sewa yang sudah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap jangan lupa lupa untuk dilakukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
HIJABISTA: Mungkin ramai yang terlepas pandang untuk melakulan amalan-amalan ini kerana terlalu sibuk membersihkan kediaman sebelum berpindah masuk ke rumah baru. Jadi banyakkan membaca al-quran di rumah baru agar rumah anda disinari dengan kebahagiaan.
Hawa Rizwana Redzuan bukanlah nama asing dalam dunia penyiaran kini. Gadis berusia 26 tahun ini baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Cemerlang dalam pengajian dengan gred purata keseluruhan 3.78, dia bijak membahagikan masa di antara pelajaran dan juga kerjaya. Hijabista duduk dengan personaliti ini dan berbicara tentang pelajaran dan juga prinsip kecantikan yang dia amalkan.
“Pada mulanya, saya menyambung pelajaran ketika masih lagi bekerja sepenuh masa sebagai wartawan penyiaran di unit berita TV3 dan juga pembaca berita Buletin Utama. Namun begitu pada semester kedua saya rasa saya perlu berkorban kerana waktu kerja sebagai wartawan penyiaran tidak menentu, jadi saya berhenti namun masih meneruskan kerjaya sebagai pembaca berita.
“Adakalanya kalau kita mahukan sesuatu kita perlu berkorban. Alhamdulillah, selepas itu saya ditawarkan untuk menjadi pengacara program Wanita Hari Ini dan Hello Doktor pula. Kerjaya sebagai hos agak fleksibel, oleh itu saya boleh menyeimbangkan di antara pengajian dan juga kerjaya,” ujarnya panjang lebar.
Menurutnya lagi, menyambung pelajaran merupakan cita-citanya sejak dahulu lagi. Namun dia memilih untuk memasuki dunia kerjaya terlebih dahulu. Baginya bekerja sambil belajar bukan satu perkara yang mudah namun apabila kita mahu yang terbaik, tiada apa yang mustahil. Tambahnya lagi, belajar di peringkat sarjana menambah ilmu bukan sahaja dari ajaran pensyarah bahkan perkongsian dari rakan-rakan sekelas yang datang dari pelbagai bidang banyak memberikan input berguna.
PRINSIP CANTIK
Tidak sah berbicara dengan Hawa jika tidak menyentuh isu cantik. Dia yang gemar berbasikal dan sentiasa kelihatan anggun pasti memiliki prinsip sendiri berkenaan isu ini.
“Bagi saya kecantikan itu perkara yang subjektif. Apa yang paling penting adalah kecantikan dalaman, personaliti, cara pergaulan dan cara kita menghormati orang lain. Perkara ini akan menyerlahkan kecantikan seseorang.
“Dari segi amalan pula, saya percaya yang kita perlu menyeimbangkan antara rutin kecantikan dan juga kesihatan sebab dua perkara ini saling berkait. Minum air cukup lapan gelas sehari, bersenam dan tidur yang cukup. Kalau rajin bersenam tapi tidur tidak cukup pun tidak baik juga untuk kesihatan.
“Kalau bersolek pula pastikan anda mencuci solekan dengan betul supaya bersih agar tidak menimbulkan masalah kulit kemudian hari.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!