Bakal lancarkan aplikasi khas yang diberi nama TheNoor, ramai ternyata yang tidak sabar dengan projek terbaharu daripada selebriti terkenal, Neelofa itu kerana ia dicipta khas bagi memudahkan masyarakat muslim untuk beribadah.
Memuat naik di laman instastory, Neelofa berharap ramai yang akan mendapat manfaat daripada aplikasi ini dan berharap segalanya dipermudahkan Tuhan.
Ads
Ads
Menerjah di ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni Neelofa ini selain berharap ia mampu menandingi dan menggantikan aplikasi Muslim Pro yang telah tular baru-baru ini kerana dikhabarkan aplikasi tersebut telah menjual data penggunanya kepada tentera Amerika Syarikat.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Telah lama mengimpikan untuk belajar bahasa arab, Neelofa bersyukur dan teruja kerana hasratnya itu akhirnya tercapai apabila dia berpeluang memulakan kelas bahasa arabnya itu bersama PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail.
Menerusi instastory Neelofa, dia telah memuat naik kembali hantarannya pada 2017 dimana mempelajari bahasa arab menjadi azamnya pada tahun itu.
Azam 2017 untuk belajar bahasa arab. MasyaAllah, lepas 3 tahun berazam, baru hari ni dapat realisasikan impian dan pagi tadi alhamdulillah dapat mula my first arabic class with my very own ustaz @hrisbismail
Wah! Beruntung sungguh Neelofa apabila diajar sendiri oleh cinta hati. InsyaAllah, moga hasrat Neelofa ini akan terlaksana dan dapat menguasai bahasa arab dengan sebaiknya.
Terdahulu, status mengenai hubungan pengacara Next to Neelofa bersama PU Riz ini terjawab apabila Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz di kediamannya pada 1 November yang lalu. Mereka dijangka akan disatukan pada tahun hadapan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.
Sudah biasa kita mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’.
Tapi ternyata, panggilan ‘Abi’ dan ‘Ummi’ itu sebenarnya diharamkan dalam islam. Maksud dan tujuan sebenarnya baik, tetapi jika asal pakai tanpa mengetahui erti dan asal usulnya maka akan menjadikan ini haram.
Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juz 3/195, dijelaskan tentang hal memanggil pasangan “Dan dibenci memanggil salah satu di antara pasangan suami istri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti istri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil istrinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).”
Ada baiknya jika belum memiliki panggilan sayang, jangan digunakan panggilan tersebut. Namun jika sudah terlanjur, ada baiknya untuk menggantinya. Perlahan-lahan pasti akan terbiasa walaupun awalnya tidak.
Memang masih banyak yang memakai panggilan pasangan seperti ini, terutama di rumah keluarga islam. Ini kerana kita sudah tahu, sebaiknya hindari panggilan sayang seperti ini.
SUMBER: airsoya.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan. Bermula sebagai seorang pengacara televisyen kini dia mula melebarkan sayap sebagai seorang pelakon. Penangan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa nyata memberikan impak dalam karier dirinya.
Lakonan yang berkesan dan menyentuh perasaan benar-benar membuka mata ramai orang tentang kualitinya sebagai seorang anak seni. Walaupun berhijab itu bukanlah halangan bagi gadis berusia 28 tahun ini.
Ketika Namanya meningkat naik ada pihak yang menyatakan bahawa Uyaina akan nampak lebih cantik jika tidak berhijab. Menjawab soalan itu pengacara rancangan Ratu Hijabista dan Wanita Hari ini berkata, “Setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi saya peraturan pertama untuk hidup di dalam masyarakat adalah kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dan kita tidak akan boleh membuatkan semua orang senang dengan kita.
“Kalau kita faham kenapa kita bertudung dan kalau kita faham kenapa kita menurup aurat, kita akan faham kenapa mereka berbuat demilkian. Kepada yang ragu-ragu dan sekejap buka sekejap pakai tudung, Yana rasa mereka perlu lebik banyak reflek diri dan perlu faham kenapa mula bertudung.
“Dalam dunia ini tiada siapa mahu hidup dalam paksaan. Bagi saya kalau anda sudah faham kenapa anda pilih untuk berhijab, dari situ untuk kekal istiqamah akan lebih mudah.”
IBU TERSAYANG Mungkin ramai yang tidak tahu bawa dari kecil Uyaina dibesarkan oleh seorang ibu tunggal setelah pemergian allahyarham ayahnya ke alam abadi.
“Yana selalu fall back to my surroundings. Umi selalu pesan yang paling penting kena jaga solat. Yana duduk dengan ibu bersama kakak dan terutamanya kita bertiga sangat rapat. Kalau anak lelaki mungkin lain sikit. Dalam hidup ini kita sentiasa mencari keberkatan
“Dan saya percaya keberkatan itu datang dari kedua-dua ibu bapa kita. Sekarang Yana hanya ada seorang sahaja, Umi. Dia selalu cakap, apa sahaja yang Yana lakukan di dalam kehiduapn lakukannya sepenuh hati, sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh,” ujar graduan lepasan jurusan undang-undang Universiti Malaya ini.
Sumber gambar: Instagram Uyaina Arshad
Saksikan temubual Hijabista bersama wajah kesayangan kami ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!