Hendak tukar skincare pun kena ada cara yang betul. Tidak boleh suka-suka guna atau tukar terus. Takut-takut nanti kesan gabungan atau reaksi antara produk lama yang sudah sedia ada pada wajah anda dengan produk baru boleh bertukar menjadi racun pula.

Penerimaan kulit kita berbeza-beza. Kita tidak mahu nanti kulit terkejut dengan kedatangan produk baru. Sesetangah orang akan mengalami masalah jerawat, rashes (ruam), kulit kering atau kulit berminyak pada peringkat permulaan menggunakan produk skincare yang baru.

Ini adalah disebabkan oleh kesan daripada merkuri atau bahan kimia yang terdapat dalam produk skincare yang pernah digunakan sebelum ini. Jangan bimbang kerana kesan ini bersifat sementara sahaja.

Ikuti perkongsian Nurul Idris.

TIP NAK TUKAR SKINCARE

Nak tukar skincare pun ade cara dia tau.
Bukan main guna atau tukar je.

Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak.

IKLAN

Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.

1. Stop guna previous skincare dalam masa 7-14 hari. Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering.

2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangnya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru.Di sini kita akan nampak kesan peeling samada wajah terbakar hangus separa hangus atau merah-merah.

IKLAN

3. Bila dah gune skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit di mana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna).

4. Jika produk anda tiada merkuri dan wajah korang ok. 1-2 hari sudah cukup untuk neutralkn wajah anda then, boleh trus tukar skincare.

IKLAN

Bagi yang nak guna skincare yang bebas mercuri, anda dah boleh mula stop penggunaan skincare lama anda.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber kredit: Nurul Idris

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI