Untuk tampil jelita dan menawan secara semula jadi merupakan idaman semua wanita. Iyalah, tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak serta tidak perlu membazir waktu untuk bersolek, pastinya menjadikan ia impian semua. 

Sebenarnya, kejelitaan semula jadi itu tidaklah sukar untuk memilikinya asalkan kamu tahu cara dan langkah terbaik untuk tampil yakin dengan diri kamu, dan meraikan keanggunan wajah kamu. Amalkan langkah-langkah ini untuk kamu miliki kejelitaan secara semula jadi!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara selebriti wanita yang popular dengan kejelitaan semula jadi. Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
  1. Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Sumber gambar: Narayana Health

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai hal ini, bukan? Cara menjadi cantik yang pertama adalah dengan memperhatikan makanan yang kamu ambil. Makanan yang berkhasiat adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan kulit yang sehat. Pastikan kamu menambahkan buah dan sayuran ke dalam menu harian.

Makanan yang kaya dengan sumber Omega-3 seperti biji rami dan makanan yang diperkaya sumber vitamin seperti jeruk, ubi, dan labu bisa menjadi solusi cantik. Kemudian jangan lupa untuk ambil jenis makanan yang tinggi protein seperti telur, ayam, kacang merah, kacang buncis dan keju.

Makanan yang sihat akan membuatkan tubuh tetap bersinar dan sihat dari dalam dengan memberikan tubuh semua sumber nutrisi yang diperlukan.

IKLAN

2. Minum air dengan cukup.

Sumber gambar: Medical News Today

Ramai yang malas untuk minum air dengan kuantiti yang secukupnya. Hakikatnya, cara menjadi cantik yang kedua ialah dengan minum air yang banyak. Setiap sistem dan fungsi dalam tubuh kita bergantung pada kandungan air dalam tubuh badan. Lebih mudah sekiranya kamu selalu membawa sebotol air ke mana pun kamu pergi dan jagalah tubuh badan dari terhidrasi sepanjang hari. Tipnya, minum minimal 8 gelas atau lebih kerana ia dapat membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh, dan membuatkan kulit tampak lebih segar dan berseri.

IKLAN

3. Waktu tidur yang baik.

Sumber gambar: Wingsnwes

Tidur merupakan proses dimana badan kita berehat dan akan mengembalikan kesegaran pada otot dan saraf kita. Jika kita cukup tidur, jerawat juga tidak akan muncul! Tidur yang baik juga akan memberikan kesan positif pada kesihatan dan juga penampilan diri. Aktiviti ini penting kerana tubuh akan memperbaiki dirinya sendiri ketika tidur. Apabila kita mendapatkan waktu dan kualiti tidur yang baik,  kulit akan menjadi lebih tegang dan awet muda kerana badan kita menghasilkan kolagen yang secukupnya secara semula jadi!.

IKLAN

4. Ketahui tentang produk kesihatan yang diambil.

Sumber gambar: Daily Mail

Ini amat penting untuk memastikan tiada kesan sampingan yang berlaku pada tubuh badan kamu! Sama juga seperti bahagian-bahagian penting seperti kulit, setiap bahan yang diambil pastinya akan memberi kesan kepada tubuh badan kamu, sama ada baik atau buruk. Kulit menyerap 60 peratus dari barang-barang yang dipakai, jadi pastikan kamu awasi setiap jenis produk yang diambil, terutamanya bahan-bahan yang mengandungi banyak bahan kimia. Untuk mengelakkan kesan buruk, kamu juga boleh cuba dengan bahan-bahan tradisional yang lebih bersifat semula jadi.

5. Keluarkan peluh dengan bersenam!

Sumber gambar: Fashion Magazine

Tubuh yang sihat tidak hanya tertumpu kepada jenis makanan yang diambil, malah kamu juga harus cergas dan aktif bersenam untuk mengeluarkan peluh dari badan. Aktiviti kecergasan membantu untuk meningkatkan perjalanan darah, menghilangkan racun dalam badanm meningkatkan jumlah oksigen, memberikan sumber endorfin yang boleh mengurangkan rasa stres, dan menenangkan seluruh bahagian tubuh, termasuk kulit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI