Semua orang pastinya mahu tampil menawan di hari perkahwinan mereka. Oleh itu, pelbagai usaha akan dilakukan agar impian untuk mendapat tubuh badan yang diinginkan dapat dicapai.

Berkongsi kisahnya, Erni Mat telah menjadikan baju perkahwinan sepupunya sebagai inspirasi untuk dia mencapai berat badan yang ideal. Meskipun dia pernah gagal dalam usahanya, namun dia sama sekali tidak putus asa malah memperbaiki kesilapannya itu ke arah yang lebih baik.

Left = Me in black dress
Right = Me in black dress

Masa pegi wedding Nana (my cousin) Teringin sgt one day on my wedding.. nak pakai dress mcm Nana.. She look so beautiful 😍

Tapi dalam hati kakak tak tau mcm mana nak slim macam Nana 
😢

Try makan sikit.. tak kurus.. try nak jog.. tak larat.. stress bila tengok orang lain berjaya turunkan berat

Ape yg buat kakak gagal?

IKLAN

1. Malas bertanya
2. Malas nak plan diet meal
3. Malas plan senaman apa

Malas punca utama kakak gagal…


Bila ada masalah kesihatan.. baru kakak sedar betapa pentingny jaga kesihatan..

Perlahan-lahan kakak ubah lifestyle

1. Mula dengan plan diet meal
❤️ Lebihkan makan sayur hijau
❤️ Masak yang bakar dan rebus
❤️ Kurangkan makan/minum yg manis
❤️ Tukar kunyah dari keropok ke buah-buahan

IKLAN

2. Paksa diri bersenam
❤️ Mula dengan 20-30 minit fast walk
❤️ Buat 30 minit cardio ikut youtube
❤️ Bile dah boleh konsisten baru beranikan diri masuk gym 🙈

3. Ringankan mulut bertanya
❤️ Tanye coach kelebihan workout
❤️ Tanya pakar diet cara diet yang betul
❤️ Tanya pengalaman kawan-kawan yang berjaya

🔐 Point utama kakak selalu ingatkan diri bile gagal ialah “Its ok.. slow slow buat.. jangan malas” 🤗

#MyStory

IKLAN

#MyExperience

#SlowSlowBuat

#EnjoyTheJourney🤗

Betullah apa yang dikatakannya itu. Biar lambat perjalanannya namun jangan sesekali mengalah. Buat anda yang sedang berusaha, teruskanlah! Tak perlu bandingkan dengan orang lain kerana setiap orang itu berbeza dan pastinya segala usaha anda itu akan berbayar suatu hari nanti.

kredit: Erni Mat

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI