Setiap orang itu pastinya mahukan tubuh badan yang sihat dengan berat badan yang ideal bersesuaian dengan ketinggian tubuhnya. Terpulanglah pada kita bagaimana untuk mendapatkannya kerana terlalu banyak cara yang boleh kita ikuti.

Namun, janganlah kita terpedaya dengan iklan produk kurus yang sering kita lihat di media sosial ataupun di mana sahaja kerana produk sebegitu berisiko memberi kesan yang buruk pada kesihatan kita.

Daripada mengamalkan produk sebegitu, apa kata anda ikuti tip mudah dan ringkas yang dikongsikan oleh Hijabista ini. Tentunya selamat dan lebih sihat!

Ikut panduan makanan.

Mula-mula pastinya sukar untuk mengetahui makanan mana yang hendak dipilih. Tapi ada satu cara yang sering dikongsikan oleh semua iaitu dengan mengisi pinggan makanan dengan sayur dahulu sebelum mengambil lauk pauk lain supaya kita tidak lupa makan sayur-sayuran hijau setiap hari. Bila pinggan sudah penuh dengan sayur, pastinya ruang untuk makanan lain jadi terhad bukan?

Say NO to minuman manis.

Bukan hanya mereka yang menghidap penyakit manis, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang normal juga perlu kurangkan atau menolak terus minuman bergula seperti soda, bubble tea dan lain-lain lagi. Minuman sebegini menambah banyak kalori pada tubuh (terdapat lebih 10 paket gula dalam sebotol soda). Apa kata kita pilih sahaja air mineral untuk hidup yang lebih sihat? Jimat pun jimat jugak!

IKLAN

Hadkan pengambilan makanan segera.

Ya, kita tahu makanan segera memang sedap. Tapi kalau kerap ambil juga boleh jadi segera menjadi penghuni hospital. Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak makanan segera yang anda makan setiap minggu, semakin besar risiko untuk bertambah berat. Oleh itu, cuba hadkan makanan ini untuk sekali seminggu atau kurang.

Dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam.

Ramai remaja yang mempunyai tabiat suka berjaga hingga lewat malam. Katanya kerana malam masih muda. Tidur lewat selalunya meningkatkan nafsu lapar pada waktu malam dan menjadikan tenaga kita lemah pada keesokkan harinya. Hilang tenaga juga menyebabkan kita berpotensi untuk makan dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.

IKLAN

Jangan lupa beriadah.

Seronok juga kalau kita jadikan riadah sebagai rutin pada waktu petang. Tak perlu lakukan senaman aktiviti yang terlalu berat, cukuplah dengan berjogging ataupun bersukan bagi mengeluarkan peluh. Selain itu, ia juga mampu membakar lemak dan kalori dan badan selain meningkatkan stamina diri. Kalau kebosanan, ajaklah rakan sebagai peneman!

Oh ya, kalau anda berminat dengan aktiviti larian, inilah peluang yang tidak patut anda lepaskan. The Music Run akan membuat comeback yang amat dinantikan di Kuala Lumpur untuk tahun keenam berturut-turut November ini, bekerjasama dengan CIMB Group.  The Run Music by CIMB akan berlangsung pada 23 November 2019 di Stadium Nasional di KL Sports City.

IKLAN

Terdapat dua kategori dalam acara itu iaitu 5 kilometer (5K) dan 10 kilometer (10K). Acara ini juga gah kerana lebih 100 speaker akan melingkari sepanjang litar Sound Track yang dianggap sebagai garisan penamat terbaik di dunia. Dengan persembahan mantap oleh band-band muzik tempatan, DJ dan acara Live The Beat yang terkenal, acara ini pastinya menjanjikan pengalaman yang hebat, selamat, sihat dan menyeronokkan untuk semua peserta!

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI