Kulit wajah yang bersih tanpa sebarang cela adalah idaman semua wanita. Menggunakan tiga produk asas untuk penjagaan wajah iaitu pembersih, penyegar dan pelembap tidak cukup untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Dalam produk penjagaan wajah, serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat.

Photo by cottonbro from Pexels

Fungsi serum kepada kulit bergantung kepada kandungan bahan aktif­nya. Antaranya, ia merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Jenis serum pula bergantung kepada bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Apa itu serum? Serum adalah produk penjagaan kulit yang diperbuat dari molekul lebih kecil dan lebih tinggi konsentrasi. Serum ini perlu ke? Ada orang tidak guna pun serum tapi sebenarnya serum teramatlah bagus untuk kulit.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Serum bagus untuk kurangkan kedutan kulit, pudarkan parut, kurangkan jerawat dan lain-lain lagi. Serum ini booster untuk kulit. Bila kita tambah serum untuk rutin penjagaan kulit kita, lihatlah kesannya dalam seminggu. Pasti berbeza.

Berikut dikongsikan antara serum yang bagus untuk kulit wajah.

GARDEN OF EDEN ROSE ROSA T TRIPLE ACTION ACNE SERUM

Garden of Eden ada banyak seleksi serum mengikut jenis kulit wajah. Tapi yang ini antara yang terbaik. Serum ini untuk kurangkan kulit berminyak, kurangkan jerawat dan pudarkan parut jerawat. Serum ini ada natural Vitamin E 36% lebih berkesan dari sintetik Vitamin E dan bila pakai tak rasa langsung kulit berminyak. Nampak kesan dalam 7 hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis sensitif.

IKLAN

OLAY REGENERIST MICRO-SCULPTING FACIAL SERUM

Serum ini cepat meresap dan tidak rasa berminyak apabila dipakai. Dirumus untuk mengurangkan kedutan wajah, memperbaiki tekstur kulit. Kulit akan terasa lebih cerah, lembut dan lebih cerah hanya dalam masa 5 hari. Sesuai untuk kulit kering, berminyak dan kombinasi

 

IKLAN

OLAY TOTAL EFFECTS 7 IN ONE ANTI-AGING SERUM

Serum ini mengandungi VitaNiacin untuk 7 manfaat kulit tampak lebih muda dalam satu formula.
*Mengurangkan bintik-bintik hitam
*Menegangkan kulit
*Kulit lebih cerah berseri
*Mengurangkan kedutan kulit
*Kulit lebih lembut
*Sekatakan tona kulit
*Mengecilkan saiz pori-pori

 

IKLAN

LOREAL REVITALIFT LASER 3X SERUM

Laser dalam satu serum. Tekstur kulit lebih lembut, tegang. Lebih berseri. Mengurangkan bintik-bintik hitam dan kedutan pada kulit. Serum ini tidak rasa berminyak apabila dipakai dan kulit terasa lebih anjal dan lembap. Sesuai untuk mereka yang lebih berusia dan ingin tampak awet muda.

SAFI RANIA GOLD SERUM

Menggunakan Beetox teknologi, serum ini 50 kali ganda kepekatannya. Serum ini membantu pemakai untuk tampak lebih muda dengan menegangkan kulit, mengurangkan kedutan pada kulit. Serum ini juga membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. Bagus untuk wanita yang ingin kulit tampak lebih muda.

HIJABISTA: Amat penting untuk kita memasukkan serum dalam rejim kecantikan harian. Ia merupakan pelengkap bagi menjadikan kulit wajah bukan sahaja lebih lembap, lembut dan terpelihara tetapi dalam jangka masa panjang kulit akan kelihatan awet muda. 

Sumber kredit: NK Herb Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI