Ramai yang menganggap tomato sebagai salah satu jenis sayur-sayuran. Jika diikutkan berdasarkan prosesnya, tomato berasal daripada bunga dan mengandungi biji.
Oleh itu, tomato termasuk dalam ‘golongan’ buah, bukannya sayur. Dikenali dengan nama saintifiknya Iycopersicon esculetum, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Tomato sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Dengan komponen ini, tomato adalah buah yang kuat untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas penyebab kanser.
Tomato juga mengandungi banyak nutrisi asas kepada kesihatan kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada pancaran sinar terik matahari.
Lebih unik lagi, pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopena yang menawarkan khasiat antioksida semula jadi membantu meningkatkan keanjalannya.
Ads
Melalui perkongsian Dr SuriRoowi saintis ini berkongsi tentang khasiat tomato ceri.
TOMATO CERI BOLEH BUAT KULIT JADI KEMERAH-MERAHAN
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai.
Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Ads
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan. Kajian oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Cara terbaik memakan tomato adalah dengan memasak bersama sedikit minyak zaitun. Kajian menunjukkan tomato yang dimasak bersama sedikit minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato segar.
Minyak zaitun juga akan membantu penyerapan bahan khasiat tomato ke dalam darah. Walau bagaimanapun tomato tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah hati. Seperti juga cili dan terung.
Susun perawatan kulit Anda dengan produk penjagaan kulit wajah yang mengandung zat untuk wajah nampak cerah bersinar tanpa pembedahan plastic mahupun makanan sampingan.
Rutin perawatan wajah pagi dan malam tentu sudah menjadi yang begitu lumrah hijabi buat masa ini. Setiap wanita pasti memiliki rejim kecantikan mereka masing-masing. Dari minimalis hingga yang paling ekstensif. Tujuannya satu, untuk mendapatkan wajah yang nampak cerah bersinar. Untuk itu pastikan produk perawatan kulit anda mengandung satu atau beberapa dari lima kandungan dasar yang berkhasiat mencerahkan kulit wajah. Antara produk yang hijabista sarankan ialah:
Jika biasanya anda familiar dengan kandungan Vitamin C pada makanan, terutama buah-buahan, sejak belakangan ini, Vitamin C menjadi salah satu zat yang juga banyak terkandung dalam produk-produk kecantikan. Khasiatnya yang paling terkenal adalah untuk mencerahkan wajah dan menyamarkan hyperpigmentation dan bintik hitam. Bahkan penggunaan Vitamin C boleh mencegah terbentuknya bintik hitam sekaligus, atau setidak-tidaknya menghambat pembentukannya.
Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution boleh menjadi salah satu produk Vitamin C yang anda patut cuba. Begitu juga Drunk Elephant C-Firma Vitamin C Day Serum. (SIR).
Glycolic Acid termasuk dalam keluarga Alpha Hydroxy Acid (AHA), salah satu zat chemical exfoliant yang berkhasiat untuk meratakan tekstur kulit dan juga mencerahkan kulit kerana mengupas lapisan kulit mati di bagian luar kulit. Kandungan ini boleh lebih efektif dan efisien dibandingan dengan physical exfoliator seperti skrub yang boleh terasa kasar untuk kulit sensitif.
Alpha-H Liquid Gold yang mengandung 5% Glycolic Acid boleh menjadi salah satu produk Glycolic Acid yang patut anda cuba. Ada pula T.L.C. Glycolic Resurfacing Night Serum yang mengandung 12% AHA/BHA, termasuk Glycolic Acid yang boleh meratakan warna dan tekstur kulit serta mencerahkan penampilan wajah anda.
Jenis AHA lain yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit cerah bercahaya adalah Lactic Acid. Secara umum, khasiatnya tak berbeda jauh dengan Gycolic Acid. Hanya saja, Lactic Acid akan lebih sesuai digunakan jika memiliki kulit yang kering dan sensitif. Sebabnya, Lactic Acid memiliki molekul yang lebih halus dan berukuran lebih besar sehingga penyerapannya pun lebih terbatas dan aman bagi kulit sensitif.
Lactic Acid juga memiliki khasiat melembapkan yang lebih ampuh dibandingkan dengan Glycolic Acid. Salah satu produk Lactic Acid yang paling popular adalah Sunday Riley Good Genes All-in-One Lactic Acid Treatment.
Jika tadi anda sudah mengetahui dua kandungan paling popular dari keluarga besar AHA, zat lain yang juga tak kalah popular dalam produk-produk perawatan kecantikan adalah Salicylic Acid. Chemical exfoliant ini termasuk dalam keluarga Beta Hydroxy Acids.
Kandungan yang satu ini sesuai digunakan oleh anda yang memiliki kulit berjerawat. Sebabnya Salicylic Acid, sebagaimana BHA yang lain, merupakan zat yang larut dalam minyak sehingga boleh menyerap ke lapisan kulit yang lebih dalam.
Beberapa produk Salicylic Acid yang bisa Anda coba antara lain Paula’s Choice 2% BHA Liquid Exfoliant dan Alpha-H Clear Skin Daily Hydrator Gel yang juga mengandung zat pencerah lain seperti Niacinamide.
Bicara tentang Niacinamide, zat yang satu ini memang termasuk salah satu kandungan paling popular dalam produk perawatan kulit. Khasiatnya memang pelbagai, mulai dari penyembuhan bekas jerawat, hingga menyamarkan hyperpigmentation serta tak lupa melembapkan kulit wajah. Zat yang merupakan kumpulan dari Vitamin B3 ini memang termasuk multifungsi.
Ia juga termasuk mesra di kulit dan sesuai digunakan oleh pemilik kulit sensitif. Produk-produk Niacinamide yang bisa anda cuba antara lain Glossier Super Pure atau The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% yang menjadi kegemaran ramai wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Antara fakta dan mitos? Kebanyakkan masyarakat mempercayai mitos dari fakta tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya. Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru. Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.
Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut. Bukan semua orang berani untuk membuat rawatan scalling berkemungkinan juga dari pengalaman orang perseorangan.
Jom semak antara mitos yang menakutkan segelintir masyarakat untuk melakukan rawatan ini.
MITOS: Scaling menyebabkan gigi akan jarang
FAKTA: Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis
FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif
FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang
FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda
FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi
FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi.
Pentingnya melakukan scaling gigi yang memudahkan pengenal pastian dan rawatan masalah masalah gigi dan boleh mendidik atau memberi pengetahuan mengenai kesihatan mulut. Sesetengah orang perlu melakukan scaling dengan lebih kerap berbanding dengan yang orang lain, contonya orang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat karies gigi, plak dan staining. Gusi berdarah juga merupakan petanda gusi mempunyai keradangan yang selalunya disebabkan kebersihan mulut yang tidak baik.
“Pentingnya buat scaling gigi (Rawatan Penskaleran/Cuci Gigi) untuk membuang plak, karang (calculus) dan pewarnaan (staining) dan kotoran pada permukaan gigi. Yang biasanya tidak dapat dicapai dan dibersihkan melalui gosok gigi harian.”
Selain dari itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi. Rawatan ini untuk merawat penyakit gusi serta membantu pemeriksaan gigi dan gusi. Mulut yang bersih membantu doktor gigi untuk memeriksa gigi dengan lebih teliti dan tepat, contohnya,karies (gigi berlubang).
Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. Di mana penggunaan serbuk Airflow powder dengan udara dan ai, dan teknologis kaler Piezon tanpa sakit memberi pengalaman cuci gigi yang sangat bersih dan berkilat dan tanpa sakit.
“Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi.
Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik.
Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek.
Scaling gigi tak sakit juga dapat dicapai dengan Pendidikan kebersihan mulut melalui Airflow Spa Ultra-Comfort di mana dengan kebersihan mulut yang optimum dan tidak terlalu kotor, pengalaman cuci gigi boleh menjadi lebih selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sambutanharilahiradalahacarayangsangatbermaknabagisetiapibubapa.Samaada besar, kecil atau sederhana cara meraikannya;ianya tetap menjaditandakesyukuranmelihatanak-anakmembesardidepanmata.
Satu-satunya puteri kesayangan kepada pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana; baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelapan dengan lapan biji kek. Setiap kali bulan November, para peminat setia Aaisyah Dhia Rana pasti menunggu dan teruja untuk melihat acara sambutan hari lahirnya itu. Setiap tahun mesti meriah!
Menerusi hantaran gambar di laman Instagram, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum. Tulis Che Ta ringkas di instagramnya “8 taun 8 cakes 🎉. Aaisyah Dhia Rana’s birthday party #ADRturn8”
Terdahulu, Che Ta memaklumkan anaknya itu disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menangguhkan sambutan ulang tahun kelahiran yang dirancang. Che Ta juga sempat menitipkan semangat untuk anaknya melalui posting di ruangan Instagram. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut juga berjanji untuk “Celebrate all out!” apabila Aaisyah dah sembuh.
Cantik dan manis ditatarias jurusolek Kasih Cicie, bagi sambutan hari lahir ke lapan ini, Aaisyah terima kejutan dengan lapan kek. Wah, memang all out! Lapan biji kek tersebut merupakan lambang kepada umurnya yang genap lapan tahun. Berikut merupakan antara koleksi foto yang dikongsi Che Ta di instagramnya, jom tengok!
Wah, di antara kek yang dapat dilihat adalah kek dua tingkat, kek dengan hiasan rantai mutiara, bunga ros, mahkota dan banyak lagi!
Majlis sambutan hari lahir tersebut telah diadakan di sebuah resort di Lantera Venue, Cahaya SPK, Shah Alam. Birthday girl, Aaisyah juga terlihat sangat comel persis selebriti mengenakan blouse ropol berwarna merah jambu, skirt pendek keemasan dan dilengkapi pelbagai aksesori. Memang cute sangat!
Menjengah ke ruangan balas hantaran tersebut, beberapa rakan artis dan netizen turut memberikan pelbagai respon dan sempat juga berseloroh terhadap ‘lapan tahun, lapan biji kek’ tersebut. Tambahan itu, ramai juga turut memuji penampilan puterinya itu serta mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada Aaisyah.
“MasyaAllah Aaisyah mcm bdk pompuan arab, Cantiknye MasyaAllah. Alhamdulillah happy birthday beautiful girl, gorgeous like mommy lah you!”
“Happy born day senorita Aisya Dhia Rana awat la hang herlokkk sgt..moga trus cantik naa❤️”
“Alhamdulillah. 🤲 Mashaallah cepatnya dah 8 tahun . HAPPY BIRTHDAY PRETTY PRINCESS AAISYAH DHIA RANA. 🎂💖💖💖 Semoga di rahmati Allah swt sihat sejahtera selalu di murahkan rezeki anak yg soleha yg pandai yg cantik comel yg berjaya dunia akhirat di permudahkan segala urusan sentiasa ceria dan bahagia bersama family tersayang. Aamiin3x yrb”
“Happy birthday Aaisyah.. kejap je dah 8 tahun. Makin cantik anak dara ni.”
Wah, memang grand dan all out ya sambutan hari lahir Aaisyah! Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi yang ke lapan Aaisyah Dhia Rana. Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya duniawi dan ukhrawi. Amin!
Sumber info dan gambar: Instagram Che Ta
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.