
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa lemon memberi banyak manfaat kepada kulit wajah. Ia boleh membantu membersihkan, memelihara kelembapan, menanggalkan sel kulit mati, mengecilkan pori, menegangkan, mencerahkan, mengubati jerawat dan merawat kulit berminyak.
Manakala limau purut yang popular sebagai perawat kelemumur sebenarnya turut membawa manfaat besar untuk kulit wajah. Lihat saja bagaimana perubatan tradisional banyak menggunakan limau purut untuk membersihkan tubuh dan menaikkan seri wajah.
Sebagai permulaan, bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Selain lemon, anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
SKRUB WAJAH DAN TUBUH
Di kampung, limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Ia mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Wanita pada zaman dulu menganggap limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Usai membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering. Pilih pupur atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
INFO
PUPUR NASI
Bahan-bahan:
3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
3 sudu jus limau purut
Cara-caranya:
1.Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
2.Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
3.Biarkan kering selama 15 minit.
4.Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
SKRUB GULA
Bahan-bahan:
1 sudu jus lemon
1 sudu gula
1 camca madu
Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
2.Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
-3.Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
Sumber kredit: Harian Metro
Amalkan Masker Strawberi Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat. Bau Pun Dah Sedap!

Buah strawberi memang sinonim dikaitkan dengan wanita. Bukan hanya warnanya yang cantik, ia juga mempunyai rasa yang begitu sedap apatah lagi jika dicelup dengan coklat. Yummy!
Namun, tahukah anda sebenarnya buah strawberi juga sangat bagus untuk merawat bekas dan parut jerawat? Nak tahu bagaimana? Jom ikuti caranya!

Bahan-bahan:
- 4 sudu kecil yogurt perisa asli
- 5-10 biji strawberi

Cara-caranya:
- Potong halus-halus buah strawberi hingga menjadi seperti pasta atau kisarkan saja.
- Campurkan dengan yogurt perisa asli
- Sapukan ke seluruh wajah dan biarkannya selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih

Senangnya nak buat ni! Tapi kena tahan dirilah takut termakan pulak masker ni sebab baunya pun menyelerakan. Jika kerap diamalkan anda pasti dapat lihat hasilnya dalam beberapa minggu. Cubalah sis!
Wanita Alami Senggugut Sampai Berguling-Guling Wajib Risau, Sebabnya Salah Satu Tanda Hidap Endometriosis

Normal bagi seorang wanita itu jika mengalami sakit perut disebakan senggugut setiap kali datang bulan. Ada yang terpaksa mengambil cuti kerana kesakitan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Kalau boleh memang mahu berehat saja di rumah tanpa gangguan sesiapa. Tapi jangan sesekali pandang ringan kerana sengugut ini juga salah satu simptom kepada endometriosis. Perkongsian doktor ini di laman sosial memberitahu tentang penyakit ini yang bukan kanser tetapi paling kerap dihidapi kaum wanita selain fibroid.
Ini penjelasan Doktor Rafiuddin Hamizan di laman sosial facebook berkenaan sakit endometriosis.
SENGGUGUT SAMPAI BERGULING – GULING, MACAM RAHIM KENA GUNTING.
Saya pernah jumpa pesakit yang setiap bulan mesti akan ponteng kerja sehari dua. WAJIB. Sebab setiap kali datang haid, dia akan mengalami sakit senggugut yang kuat sangat sampai termuntah – muntah dan nak berjalan pun tak boleh. Dahsyat kan ? Tapi yang paling dahsyat, dah sekian lama baharu lah dia jumpa doktor. Sebabnya ? Semua orang cakap itu normal. Dan topik haid ni masih ‘taboo’ dalam kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Hari ini saya nak menulis mengenai penyakit wanita yang bukan kanser tapi antara paling kerap dihidapi wanita selain fibroid, iaitu ENDOMETRIOSIS. 70 – 80% wanita yang menghidap endometriosis biasanya mempunyai simptom senggugut. Nampak tak betapa ‘biasa’ nya masalah ini ?
ENDOMETRIOSIS TU APE BENDA ?
Untuk memahami bagaimana endometriosis boleh terjadi, perlu difahami dulu anatomi rahim wanita. Rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan paling dalam ialah endometrium. Lapisan tengah myometrium manakala lapisan luar ialah perimetrium. (Rujuk gambar pertama).

Lapisan endometrium yang berada paling dalam akan menebal setiap bulan di bawah pengaruh hormon estrogen sebagai persediaan untuk mengandung. Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur dalam bentuk darah haid setiap bulan.
Endometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim, menempel dan tertanam di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. (Rujuk gambar 2)

Jadi sebagaimana lapisan endometrium dalam rahim, tisu – tisu di luar rahim ini juga bertindak balas terhadap hormon secara serupa. Jadi, pendarahan haid bulanan yang berlaku di dalam rahim, berlaku juga DI LUAR RAHIM. Ini menyebabkan proses keradangan berlaku. Selain itu, keradangan ini juga menyebabkan berlakunya lekatan antara struktur – struktur organ di sekeliling tisu – tisu ini. Dan dalam sesetengah kes juga, berlaku pembentukan ‘chocolate cyst’ atau nama lainnya endometrioma. (Rujuk gambar 3).

Penyakit ini berlaku pada wanita dalam lingkungan usia selepas akil baligh sehingga menopause dan paling tinggi pada usia sekitar 30 – 45 tahun. Dianggarkan sekitar 10% wanita menghidap masalah ini [1], tetapi ia susah untuk dipastikan kerana pembedahan diperlukan untuk mendiagnosa penyakit ini secara pasti 100%. Kebiasaannya, doktor hanya membuat diagnosa berdasarkan simptom dan pemeriksaan klinikal, melainkan jika ada keperluan untuk pembedahan.
BAGAIMANA TERJADI
Sebab kenapa endometriosis terjadi sebenarnya tidak diketahui. Terdapat beberapa teori berkenaan punca ia terjadi tetapi yang paling popular ialah ia berpunca daripada aliran darah haid secara ‘backflow’ atau terbalik. Menurut teori ini, apabila berlaku pendarahan haid, sebilangan kecil akan keluar terbalik ke atas, melalui tiub ke ovari lalu melimpah ke bahagian dalam abdomen bersama – sama tisu endometrium [2]. Teori ini turut disokong oleh penemuan bahawa endometriosis kerap berlaku kepada perempuan yang mengalami organ wanita tidak normal yang menyebabkan aliran darah haid tersumbat [3]. (Rujuk gambar 4)

Secara umumnya, wanita yang mempunyai faktor risiko ini lebih cenderung untuk mendapat endometriosis :
1) lewat mendapatkan zuriat
2) kitar haid yang pendek, kurang 27 hari
3) keluar darah haid berpanjangan, lebih 7 hari
APA TANDA – TANDA ENDOMETRIOSIS ?
Antara masalah/simptom yang dihidapi wanita yang mungkin disebabkan oleh endometriosis ialah :
1) Senggugut, 70 – 80%
2) Sakit perut kronik, tidak mengira haid, 30 – 50%
3) Sukar mendapat zuriat, 20 – 40%
4) Sakit semasa melakukan hubungan seksual, 25 – 40%
5) Ketidakaturan kitaran haid, ~16%
6) Sakit semasa kencing, terutama ketika haid, 1 – 2%
7) Sakit atau berdarah semasa buang air besar, terutama ketika haid, 1 – 2%
8 ) Batuk berdarah disertai kesukaran bernafas, semasa haid – SANGAT -SANGAT JARANG, berlaku apabila tisu endometrium menempel di paru – paru
Kesukaran mendapat zuriat disebabkan endometriosis adalah pada sekitar 20 – 40% [4]. Ia disebabkan lekatan yang berlaku akibat dari keradangan yang disebabkan tisu – tisu endometrium di luar rahim. Lekatan ini menyebabkan kerosakan struktur terutama kepada tiub. Ini menyebabkan proses persenyawaan sukar berlaku.

BAGAIMANA DOKTOR MERAWAT ENDOMETRIOSIS?
Secara umumnya, rawatan akan dimulakan dengan merawat simptom dahulu seperti pemberian ubat tahan sakit dan hormon untuk mengurangkan simptom.
Jika terdapat keperluan, pembedahan akan ditawarkan kepada pesakit khusunya untuk pesakit yang :
1) sukar mendapat zuriat
2) mempunyai chocolate cyst yang besar
3) tidak respons kepada rawatan menggunakan ubat
Nasihat saya :
1) Jangan malu untuk bercakap mengenai haid anda. Wanita perlu prihatin dengan haid sendiri dan berkongsi dengan ahli keluarga serta doktor jika terdapat masalah
2) Kesakitan senggugut BUKAN SUATU YANG NORMAL terutamanya jika ia mengganggu anda melakukan aktiviti harian dan bersosial
3) Para lelaki (ayah, abang dan suami) perlu bersama – sama memberi sokongan untuk memperkasakan wanita. Jangan ejek atau perkecilkan anak, adik, kakak atau isteri anda jika mereka mengalami masalah senggugut.
10 Cara Mudah Mengecilkan Perut yang Dijamin Berkesan

Perut kecil dan rata adalah impian bagi setiap wanita, tidak terkecuali anda, bukan? Ketika sudah had tepu dan juga marah kerana perut buncit tidak mahu hilang, tentunya anda akan penat untuk berusaha mencuba.
Perasaan hingga putus asa sudah pasti. Tapi, bukan bererti mendapatkan perut kempis dan rata adalah sesuatu yang mustahil. Anda tidak perlu bingung lagi, ikuti 10 cara mudah mengecilkan perut dibawah ini, dijamin perut buncit bakal go away! Jom semak selengkapnya.
1. Senaman teratur
Cara yang paling mudah dilakukan untuk mengecilkan perut adalah olahraga. Anda boleh mencuba senaman seperti joging, lompat tali, dan berenang, bahkan yang paling sederhana dan boleh anda lakukan dari rumah saja seperti mengikuti gerakan yoga, zumba, serta berbagai senam aerobik lainnya di youtube.
2. Perbanyak minum air putih
Nah, kalau yang satu ini juga tidak kalah mudahnya untuk anda lakukan untuk mengecilkan perut. Apalagi kalau bukan memenuhi pengambilan air dalam badan. Memperbanyak minum air putih memang tidak ada ruginya, selain punyai kalori, air putih memiliki manfaat yang baik bagi tubuh untuk merumuskan racun dan lemak-lemak degil dalam tubuh anda.
3. Istirehat dan cukup tidur
Memiliki peranan yang sangat besar, istirehat dan tidur yang cukup merupakan salah satu cara mengecilkan perut yang dapat anda lakukan. Ketika waktu tidur anda kurang dari 5 jam, lemak-lemak di dalam tubuh akan cenderung lebih mudah untuk bertambah. Begitu juga yang terjadi ketika anda tidur terlalu panjang, perut akan menjadi lebih mudah buncit kerananya. Cubalah untuk tidur selama 8 jam setiap harinya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang maksima.
4. Makan dengan bahagian lebih kecil
Kalau biasanya anda makan sebanyak 3 kali sehari yang semuanya adalah makan makanan berat, anda harus mula cuba untuk mengganti kebiasaan itu, di mana anda harus sering makan tetapi dengan bahagian yang kecil. Cara mengecilkan perut yang satu ini cukup berkesan untuk mengecilkan perut dan mencegah lingkar perut anda membesar.
5. Pengambilan kacang-kacangan
Kalau anda penggemar makanan ringan, cubalah beralih ke jenis makanan ringan yang jauh lebih sihat seperti kacang-kacangan. Selain lebih rendah kalori, cara yang satu ini sangat dicadangkan untuk mengecilkan perut. Penyelidikkan menunjukkan, orang yang memakan kacang-kacangan paling tidak dua kali seminggu akan lebih mudah menjaga berat badannya dibanding mereka yang tidak.
6. Makan lebih banyak buah beri
Buah beri boleh membantu anda untuk menurunkan gula dalam darah dan juga melawan lemak degil. Cara mengecilkan perut ternyata betul-betul semudah ini, yang anda perlu lakukan hanyalah memperbanyak memakan buah jenis beri!
7. Minum segelas campuran air dan perahan lemon
Sebagai booster yang boleh membantu detoksifikasi pencernaan, meminum campuran air dan perahan lemon boleh membantu anda mengecilkan perut. Selain itu, cara yang satu ini boleh benar-benar meningkatkan fungsi kerja hati anda. Jangan ragu lagi sis, jom cuba!
8. Minum smoothie di pagi hari
Cara bagus untuk tetap sihat sekaligus berkesan untuk mengecilkan perut salah satunya adalah cara yang satu ini. Cubalah makan tembikai yang telah dijadikan smoothie. Kandungan asam amino di dalamnya boleh mengurankani lemak dalam tubuh serta membuat jisim otot semakin ramping. Nenas juga patut anda cuba kerana kandungan bromelain di dalamnya dipercayai boleh membantu menguraikan protein dan mencegah kembung.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
9. Hindari stres berlebih
Seringkali dianggap remeh, cara mengecilkan perut yang satu ini kerap dianggap tidak serius. Padahal, stres menjadi salah satu penyebab penimbunan lemak terutama dibahagian perut. Akar dari setiap permasalahan tubuh pada dasarnya adalah fikiran, ketika stres kelenjar adrenal dalam tubuh akan melepaskan hormon kortisol secara berlebihan dan itu tidak baik untuk tubuh anda.
10. Minum teh hijau
Mengandung antioksidan epigallocatechin gallate (EGCG) yang tinggi, teh hijau sangat sesuai untuk mengecilkan perut buncit anda saat ini. Tidak hanya itu, teh hijau dipercayai juga mampu meningkatkan metabolisme dalam tubuh, apalagi kalau ditambah dengan senaman ringkas agar semakin efektif manfaatnya terasa untuk anda.
Nah, itulah, cara mudah mengecilkan perut yang boleh anda lakukan. Tidak ada sesuatu yang boleh anda peroleh secara segera, segala hal tetap perlu proses. Bulatkan tekat untuk mencapai hasil yang maksima!