Pelbagai jenis diet seperti diet rendah lemak, diet karbohidrat, diet protein, dan sebagainya pastinya biasa bagi anda yang gemar berdiet. Namun, tahukah anda bahawa dengan memakan beberapa jenis biji-bijian, anda dapat menurunkan berat badan.
Tanpa perlu menjalani diet yang luar biasa, dengan biji ini anda masih dapat mengawal berat badan anda. Antara biji-bijian yang cukup baik diambil untuk menurunkan berat badan ialah chia seed.
Biji ini termasuk dalam kategori ‘super food’ yang mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kesihatan. Tahukah anda, hanya 1 auns atau setara dengan 2 sudu besar sahaja, biji chia ini sudah mengandungi hampir 10 gram serat.
Oleh itu, biji ini sangat baik jika dimakan untuk mereka yang sedang berdiet. Anda boleh mencampurkan biji ini dengan sayur-sayuran seperti salad, atau mencampurkannya ke dalam minuman anda juga kerana biji ini tidak akan mengubah rasanya.
Ini adalah salah satu sajian pencuci mulut yang wajib untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Walaupun tanpa gula namun rasa lemak manis berkrim tu sama sahaja seperti sajian pencuci mulut yang biasa.
Salah satu bahan resipi sajian pencuci mulut sihat ialah chia seeds. Chia seeds bagus kerana ia akan membuatkan kita kenyang lebih lama dan lawas. Hasilnya perut boleh jadi kempis.
Bagi penggemar tegar coklat, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Menurut wanita ini, dia sangat sukakan coklat. Semasa dibangku sekolah rendah, dia gemar meratah Milo. Dan ia menjadi punca berat badannya naik mendadak.
Apabila dia mencuba resipi puding chia seeds perisa coklat ini, dia terus lagi bersemangat meneruskan perjuangan amalan pemakanan sihat. Sesuai untuk dijadikan sarapan atau sebagai sajian berbuka puasa bagi yang ber-Intermitten fasting.
Hendak buat pun senang. Hanya guna 4 bahan sahaja.
BAHAN-BAHAN:
Chia Seeds (boleh beli di bahagian organik).
Susu Almond (hendak guna santan pun boleh untuk beri rasa creamy)
Hershey’s cocoa powder
Zero sugar syrup/stevia
Boleh tonton video untuk langkah demi langkah.
Tip: Nak lagi creamy, sila blender semua campuran itu. Rasanya lebih enak dinikmati.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.