Kelembutan dan kecantikan kulit wanita Korea sememangnya mengundang perasaan cemburu ramai wanita. Tidak dapat dinafikan, ramai wanita yang mengimpikan kulit secantik wanita Korea.

Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik seperti wanita-wanita Korea. Hal ini kerana mereka mengamalkan rutin penjagaan wajah yang sangat teliti dan teratur.

Bagi yang menginginkan kulit segebu dan secantik wanita Korea, dikongsikan langkah perawatan wajah yang menjadi kebiasaan ramai wanita-wanita di Korea.

Langkah 1: Makeup remover + oil cleanser

Apa? Oil cleanser untuk cuci muka yang dah berminyak bagaikan kuali nak goreng ikan?! Jangan panik! Tahukah anda, oil cleanser sangat berkesan untuk menanggalkan mekap yang degil serta mencairkan daki-daki yang terdapat pada muka terutamanya dalam pori-pori kulit wajah. Orang Korea percaya, jika pori-pori kita tersumbat dan tidak dicuci dengan betul, macam mana kulit kita nak serap product yang lain dengan efektif? Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakan oil cleanser. Tambahan pula, terdapat banyak jenis oil cleanser di pasaran untuk semua jenis kulit.

Langkah 2: Pencuci muka buih

Orang Korea mengamalkan rutin pejagaan wajah “double cleansing” untuk memastikan segala kotoran yang terdapat di muka betul-betul hilang dan seratus peratus bersih. Anda boleh menggunakan pencuci muka buih atau foam cleanser mana-mana sahaja tetapi seeloknya guna yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda juga boleh menggunakan berus muka yang dijual di mana-mana kedai kecantikan.

Langkah 3: Skrub @ Exfoliator

IKLAN

Skrub atau exfoliator adalah sangat penting untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang terdapat di muka anda serta dapat menyediakan kulit anda untuk menyerap produk lain dengan lebih efektif. Langkah ini hanya dilakukan 2 kali seminggu untuk mengelakkan kulit anda mengelupas dan kering akibat menyental muka setiap hari.

Langkah 4: Toner

Toner berfungsi untuk mengimbangkan level pH kulit anda serta menghidrat kulit anda supaya lebih senang untuk menyerap produk yang lain. Anda boleh menggunakan cotton pad dan sapu muka anda secara perlahan-lahan atau menuangkan toner anda ke tangan anda dan menepuk toner tersebut di muka anda dengan perlahan-lahan.

Langkah 5: Essence

Langkah ini adalah langkah yang paling penting bagi semua wanita Korea. Langkah ini juga merupakan langkah yang paling efektif dalam penjagaan kulit. Apa itu essence? Essence ialah sejenis produk yang berfungsi sebagai toner dan serum. Eh, tadi kan dah pakai toner? Betul, tapi essence berfungsi untuk membaiki kulit anda serta menolong dalam perolehan sel. Cara untuk memakai essence adalah dengan menepuk product tersebut di muka anda degan perlahan-lahan.

IKLAN

Langkah 6: Ampoules @ Serum/Skin-booster

Ampoules dan essence hampir sama tetapi ampoules merupakan essence yang lebih concentrated. Kebanyakan ampoules mempunyai tugasnya yang lebih spesifik seperti mencerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat, mengetatkan pori-pori dan sebagainya. Cara memakai ampoules sama seperti memakai essence. Kenapa orang Korea suka menepuk-nepuk produk mereka dan tidak menyapu atau “mengurut” product tersebut ke dalam kulit mereka? Ini kerana orang Korea mempercayai bahawa kulit kita akan hilang ketegangan dan senang kedut ketika usia tua nanti apabila “ditarik-tarik” dari usia muda.

Langkah 7: Sheet Mask

Sheet masks ibarat jiwa raga penjagaan kulit bagi orang Korea. Sheet masks kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti collagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit kita. Ketika inilah sesuai kalau nak berselfie atau membaca dan relax kerana sheet masks disyorkan untuk dipakai selama 15-20 minit. Kena pakai setiap hari ke? Terpulang kepada anda! Jika kulit anda jenis yang lebih kering, anda boleh memakainya setiap hari tetapi jika kulit anda lebih berminyak, dua kali seminggu sudah cukup.

IKLAN

Langkah 8: Eye Cream

Kulit di bawah mata kita adalah area yang sangat sensitif dan halus jadi tanda-tanda awal penuaan akan nampak di area mata dahulu. Oleh itu, kita haruslah menggunakan eye cream untuk mengelakkan kedutan muncul pada usia yang muda. Cara anda memakai eye cream adalah dengan menggunakan jari cincin anda dan dab dengan perlahan-lahan di area bawah mata anda. Jangan sesekali menggosok product tersebut ke dalam kulit anda.

Langkah 9: Moisturizer

Eh, moisturizer lagi? Jangan risau, walaupun muka anda akan rasa seperti sudah dibalut dengan product seperti mummy, hasil yang akan didapati amat berbaloi. Orang Korea berkata bahawa kita haruslah sentiasa melembapkan kulit kita, walaupun kulit kita jenis yang berminyak. Jika anda tidak boleh hidup tanpa air, anda rasa kulit anda boleh hidup tanpa air? Itulah yang dikatakan apabila ditanya kepada orang Korea kenapa kita harus melembapkan kulit kita sampai begitu sekali. Terdapat banyak jenis moisturizer di pasaran jadi. Carilah yang sesuai untuk kulit anda dan menyapunya di muka serta leher anda pada waktu pagi dan malam.

Langkah 10: Night Cream/Sunblock

Pemakaian sunblock sangat penting walaupun anda hanya pergi ke kelas atau ke tempat kerja di dalam bangunan. Kita akan tetap terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Oleh kerana sinaran matahari di Malaysia tidak mengancam seperti di Korea, sunblock yang mempunyai SPF15 sudah cukup buat anda. Pada waktu malam pula, langkah terakhir adalah night cream. Selalunya, night cream yang popular dan selalu digunakan oleh wanita Korea adalah night cream yang mengandungi bahan yang diperam atau fermented.

10 langkah memang macam penat tapi percayalah, hasilnya amat berbaloi! Dan selalunya, rutin ini hanya memerlukan 15-20 minit, tidak termasuk sheet mask. Dalam masa 2 minggu sahaja, anda boleh merasai dan melihat perbezaan yang ketara. Tak perlu facial yang mahal mahal dah! Semoga dapat memanfaatkan anda semua dengan info tentang penjagaan kulit orang Korea.

Sumber kredit: Jejumuslimtravel.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI