Berbicara soal cantik, wanita antara individu yang paling teruja. Ada sahaja petua yang diamalkan semata-mata mahu nampak cantik. Tidak kiralah petua tradisional ataupun moden. Asalkan boleh kurus, pasti mahu sahaja dicuba.

Memahami kehendak setiap wanita, Hijabista kongsikan petua cantik yang diamalkan oleh selebriti Hollywood untuk kelihatan segar, cantik dan sihat.

1) Victoria Beckham

Foto: Google

“Saya cukup berdisiplin dalam menjaga bab kecantikan dan kesihatan. Menu sarapan saya adalah teh perisa pudina dan buah-buahan. Saya juga akan makan makanan yang tidak berminyak seperti sushi. Tidur dan rehat yang cukup juga amat penting. ”

IKLAN

2) Christina Aguilera

Foto: Google

“Saya mengamalkan fresh diet selama dua tahun tanpa bantuan ahli diet. Antara perkara yang saya amalkan adalah mengambil menu makanan yang tidak melebihi 1600 kalori, seperti protein sayuran dan bijirin. Rutin diet tidak akan berjaya tanpa senaman. Setiap hari saya akan melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali dan jogging selama 45 minit.”

3) Miranda Kerr

Foto: Google

“Saya mulakan hari dengan minum air suam yang diperah dengan lemon. Ia bagus untuk proses detoks dan baik untuk kesihatan. Untuk mengekalkan bentuk badan, saya hanya menjalankan rutin kecergasan seperti lunges, squat dan lompat bintang. Sesekali saya akan spa untuk menjalankan body-brushing bagi membuang sel-sel kulit mati.”

4) Alessandra Ambrosio

Foto: Google

“Saya mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang. Setiap hari, salad dan sayur-sayuran segar merupakan antara menu wajib saya. Untuk mengekalkan bentuk badan, saya lakukan pilates sekurang-kurangnya empat kali seminggu, yoga dan juga menunggang basikal.”

5) Jennifer Lawrence

Foto: Google

“Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, saya hanya akan menjaga makan dan melakukan senaman seperti yoga dan pilates. Selain itu, saya gemar minum teh Camomile dan teh Dandelion yang bermanfaat untuk meredakan stres. Ia juga baik untuk detoks.”