Masalah yang selalu terjadi ketika kita berpuasa tentunya masalah bibir yang kering dan pecah-pecah. Keadaan ini akan terjadi sekiranya kita tidak mengambil air yang cukup pada waktu berbuka dan sahur.

Apabila bibir kering, penggunaan pelembap bibir adalah alternatif untuk kita mendapatkan bibir yang lembap. Tetapi tahu tak, selain pelembap bibir, kita boleh merawat bibir dengan membuat masker daripada bahan alami yang mampu melembap dan mencegah bibir daripada pecah-pecah.

1. Madu

Madu sangat baik untuk menjaga kelembapan bibir kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan nutrisi. Sapukan madu pada bibir dan biarkan sekitar 15 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam dan lap bibir hingga kering. Selepas itu, barulah kamu oleskan pelembap bibir.

IKLAN

2. Tomato

Tomato mempunyai kandungan air yang sangat baik untuk menghidrat bibir yang kering. Ia juga mengandungi bahan yang mampu membuatkan bibir menjadi merah secara semula jadi. Cara untu membuat masker tomato mudah sahaja. Hanya tumbuk atau kisar tomato, kemudian sapu pada bibir selama 30 minit. Kemudian bersihkan menggunakan air suam.

3. Minyak Zaitun

IKLAN

Minyak zaitun tidak hanya melembapkan kulit, ia juga mampu melembapkan bibir yang sering pecah-pecah dan mengelupas. Hanya oleskan minyak zaitun pada bibir setiap malam sebelum tidur.

4. Timun

IKLAN

Timun memiliki 95% kandungan air yang membuatkan ia sangat baik untuk kelembapan bibir. Caranya, potong timun halus-halus dan perah sehingga kering. Kemudian, aplikasikan pada bibir dan tunggu hingga 15 ke 20 minit. Setelah kering, bilas dengan air suam dan air sejuk.

5. Minyak Kelapa

Minyak kelapa merupakan pelembap alami yang sering digunakan untuk produk penjagaan wajah. sama seperti minyak zaitun, kamu hanya perlu aplikasi pada bibir setiap malam sebelum tidur.