Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang boleh kita lakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini, sepanjang duduk di rumah. Salah satu aktiviti yang bermanfaat ialah mendekatkan diri kepada Maha Pencipta kerana kita tidak leka dengan kehidupan seperti waktu bekerja.
Satu hari satu muka surat
Dalam perkongsian Nabila Huda yang juga merupakan aktres terkenal Tanah Air anak kepada penyanyi terkenal Amy Search, melalui Instangramnya sebelum ini mengajak orang ramai sama-sama membaca Al-Quran seperti yang dilakukan olehnya sekarang.
Perkara tersebut dipetik menerusi Sinar Harian yang diperoleh daripada live IG Nabila sendiri.
Ads
“Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.”
“Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya.”
Sudah khatam 3 kali sebelum ini
Tambahnya, sejak kecil lagi dia sudah diajar membaca al-Quran oleh neneknya yang juga ibu kepada penyanyi rock Malaysia iaitu Amy Search.
Dia turut mendedahkan sudahpun khatam al-Quran sebanyak 3 kali sejak belajar membacanya.
Ads
“Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji.
“Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali.”
Selain itu juga, sebelum ini Nabila ada memberitahu di Instagramnya bahawa bapa dan ibu tirinya telah menghadiahkan senaskah al-Quran bersempena dengan hari lahirnya yang disambut penghujung Mac lalu.
Ads
Dalam ucapan tersebut, bapanya mendoakan agar al-Quran yang dihadiahkan ini akan menjadi pendampingnya sentiasa. Ucapan yang disertakan dengan hadiah itu turut disertakan sekali dengan tanda tangan kedua orang tuanya.
Nabila bersama ibu tiri dan adiknya.
Semoga Nabila Huda Istiqomah dalam membaca al-Quran setiap hari sehingga tiba hari raya seperti impiannya itu.
Bersama kita tanam azam seperti Nabila Huda untuk khatam Al quran dan manfaatkan waktu yang terluang. Figura ini bukan sahaja seorang aktres yang mempunyai bakat malah perkongsiannya di entri media sosial buat ramai yang terhibur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“PERMOHONAN DALAM PROSES” , Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian pastinya tertanya-tanya maksud status ini.
Sebaik sahaja anda membuat permohonan baharu dan status permohonan adalah “PERMOHONAN DALAM PROSES” bermaksud permohonan anda telah diterima di dalam sistem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang diproses mengikut turutan giliran.
Ini bermakna anda telah berjaya membuat permohonan dan tidak perlu lagi membuat penghantaran permohonan. Menurut sumber, bayaran untuk permohonan baru akan keluar pada 15 Mei.
Bagi yang membuat rayuan permohonan juga akan menerima status yang sama sebaik sahaja membuat rayuan. Status permohonan akan bertukar dari masa ke semasa bergantung kepada proses yang telah dilaksanakan oleh pihak urusetia.
Fahami maksud ‘STATUS DALAM PROSES BPN’
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN), maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.
Anda perlukan surat CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP?
CONTOH SITUASI
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula menerimapermohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Ahmad mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES ‘. Ahmad hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Bagi kategori permohonan baru yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada bulan MEI 2020.
PERMOHONAN BARU/RAYUAN BPN
Jika anda layak menerima BPN tetapi masih belum membuat permohonan baru.Anda boleh membuat permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan maklumat yang berkaitan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua maklumat dan data akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
Tular beberapa hari lalu tentang video prank di media sosial di mana seorang pempengaruh sanggup menekup sebiji kek pada muka seorang wanita. Ramai yang berang dengan adegan yang dia lakukan terhadap wanita itu.
Video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh itu telah pun meraih ramai perhatian orang. Difahamkan, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.
Hal ini menyebabkan pempengaruh itu di kecam teruk sehinggakan dia di tegur oleh selebriti tanah air kerana video ‘prank‘ itu sangat biadab. Tambahan lagi, di dalam video tersebut wanita itu datang bersama anak lelakinya yang berkerusi roda.
Tidak mendiamkan diri, pempengaruh itu juga turut di tegur oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan menjelaskan hukum ‘prank‘ atau bergurau menurut pandangan agama Islam.
Beliau menerangkan perkara itu di kuliah agamanya baru-baru ini dan mengharapkan jadi panduan buat semua pempengaruh serta ‘kaki prank‘ di luar sana yang ingin mencari konten yang menarik.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Baginda bergurau tak macam kita bergurau,
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat content, banyak view, yang haram pun haramlah.” katanya.
Kata beliau lagi, biarkan konten itu berlandaskan dengan keimanan serta mempunyai inti pati yang boleh memberikan manfaat buat orang ramai. Mungkin dalam masa yang sama boleh mendapat pahala dengan ilmu yang di kongsi.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan Youtube, dengan iman dan Islam. Kamu buat content untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul,
“BUat content yang baik. Contohnya, kita pandai mencandat sotong. Hah, tunjuklah dalam video beberapa minit. Itulah caranya…buat yang baik,
Dalam kekalutan isu itu, pempengaruh itu tampil bersama wanita yang menjadi ‘mangsa’ untuk meminta maaf serta menjelaskan situasi yang berlaku. Katanya, itu semuanya merupakan lakonan semata-mata bagi sebuah program.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.