Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu Pematah Hati. Melihat dia yang semakin kelihatan jelita dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya. Ketika bertemu di satu majlis baru-baru ini, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan memakai putih telur sebagai masker.
Menurutnya petua ini telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama. Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, anda akan lihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. biasanya Nabila akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Jika dilihat di laman instagram penyanyi ini juga, dia sering memuat turun foto berselfie. Ada sahaja angle menarik yang menampakkan sisi menarik gadis manis yang bijak bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Nabila Razali yang sangat ohsem serta mendapat like yang banyak setiap kali dimuat turun dari follower yang kini berjumlah 724K.
Istilah you are what you eat amat sesuai digunakan untuk anda yang mementingkan kulit yang sihat dan menawan! Sesungguhnya, kami sangat bersetuju dengan ungkapan itu, terutamanya jika dikaitkan dengan kecantikan kulit. Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan.
Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.
Pelindung Sinar UV
Bayam mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.
Anti-Penuaan
Pecans atau kacang kemiri kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.
Kulit Berjerawat
Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Lazimnya, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat biasanya kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam kulit. Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.
Kulit Kering
Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflower dan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.
Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat.
Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lipstik salah satu beauty items yang wajib ada bukan? Mulai dari nude lips, warna terang, hingga dark lips seperti merah menyala atau hitam mungkin jadi pilihan untuk memperindahkan penampilan.
Namun, memakai lipstik juga ada triknya ya. Agar lipstik boleh bertahan lama di bibir anda dan tidak mudah ‘comot’, berikut kesalahan memakai lipstik yang perlu anda hindari!
Ramai yang lupa untuk memakai pelembap bibir sebelum memakai lipstik. Padahal, memakai lipbalm boleh membuat bibir kita sihat, lembap, dan lipstik juga akan tahanlebih lama. Jadi, jangan lupa pakai lipbalm dulu ya, sebelum memakai lipstik kegemaran anda.
Jangan pandang remeh dengan pemakaian lipliner. Padahal memakai lipliner boleh membantu bibir anda tampak lebih penuh dan seksi. Anda boleh memakai warna-warna natural atau gunakan yang sama dengan warna lipstik pilihan anda.
Kadang kita hanya melukis bahagian luar bibir sahaja. Perkara ini tidak sepenuhnya benar ya. Anda juga harus memberi isi ke bahagian dalam bibir jika ingin terlihat bibir lebih penuh.
Formula lipstik yang salah boleh membuat bibir anda kelihatan tidak cantik. Jika bibir anda kering, sebaiknya hindari lipstik dalam bentuk cecair, kerana akan tampak jelas keadaan bibir anda. Tapi, jika bibir anda tidak kering, jadi kamu beruntung, kerna lipstik jenis apapun sesuai untuk anda.
Tak perlu memakai lipstik berlebihan. Ini hanya akan menjadikan gincu anda lebih mudah dipadamkan. Apalagi jika kamu mengoleskan lipstik ke bahagian dalam bibir. Pastikan lipstik tidak melekat di gigi dengan mengepitkan tisu di antara kedua bibir.
Semoga dengan tip ini, bibir anda menjadi tarikan yang sempurna.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum. Disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai ‘struggle’ tersendiri dalam memastikan kesihatan rambut terjamin disebalik helaian tudung yang digayakan. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah rambut rosak dan tudung mengeluarkan bau kepam yang kurang enak.
Menyedari dia antara artis yang sudah lama bertudung dan menutup aurat, Elfira memberitahu salah satu tip yang boleh dikongsi khusus untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.
“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.
“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui team HIJABISTA pada sebuah majlis di Usj, Subang.
Elfira Loy turut mendedahkan sepanjang berhijab dia amat selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya, kerana sukakan bauan segar.
“El betul-betul jatuh cinta dengan syampu ini. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.
“Jadi El tak kisah kalau seharian berada di luar dengan persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama. Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar.
“El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan produk ini kepada wanita-wanita bekerjaya yang perlu memakai tudung seharian di luar sana!”, ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.