“My Mission Is Accomplished…” – Rupanya Anis, Anak Rosyam Nor Antara Yang Atur Jodoh Elfira & Suami

Share

Setelah hampir dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya pagi tadi pelakon kecil molek, Elfira Loy selamat diijab kabulkan bersama pasangannya di Cyberview Resort, Cyberjaya. Hanya dengan sekali lafaz keduanya sah sebagai pasangan suami isteri. Malah keduanya tampil menawan dengan persalinan moden rona putih yang menjadi pilihan untuk digayakan di majlis pernikahan.

Bagi Elfira, kejelitaan wajahya cukup terserlah dengan sentuhan mekap oleh jurusolek terkenal Najeeb Azmi.

Bukan itu sahaja penampilan aja sehari turut diperindahkan dengan busana sangat menarik dan eksklusif rekaan Rizman Ruzaini.

Pasangannya juga kelihatan kacak mengenakan baju Melayu moden lengkap dengan samping dan juga songkok.

Keduanya-duanya tampak ceria di majlis pernikahan yang diadakan kelihatan cukup simple dengan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Jika sebelum ini umum mengetahui Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Suffian Suhaimi, tetapi ikatan itu terlerai awal tahun ini.

Namun Jika sudah jodoh tidak ke mana akhirnya Elfira bertemu jodoh buat kali kedua dengan mengikat pertunangan dengan anak seorang usahawan bergelar Datuk, Khairol Faris Anuar sekitar September lalu. Dan pagi tadi menyaksikan Elfira sah menjadi isteri kepada suami tersayang.

Melalui laman Instagram teman baik Elfira Loy, Nur Anis yang juga merupakan anak aktor popular Rosyam Nor memberitahu bahawa dia begitu gembira kerana misinya telah berjaya untuk menyatukan mereka berdua.

Guys, my mission is accomplished I mean, just by looking at these two friend of mine… i am super amazed on how HE has planned for their beautiful paths,their beautiful jodoh.

Lagi Foto Menarik Sekitar Majlis Pernikahan Elfira & Faris

#1. adrianarahman_lover Cantik

#2. its.nuramira Wow so beautiful elfira

#3. amyyusuff Cantiknye both of u

#4. farahanim.alee Alhamdulillah tahniah el

#5. ress_seripelaminnurkasih Tahniah @elfiraloy… Moga bahagia hingga jannah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZMAN RUZAINI, NAJEEB AZMI & ELFIRA LOY

IKLAN