Lama kita tidak dengar khabar mengenai peserta Akademi Fantasia (AF) 2 yang sangat terkenal dahulu dengan tagline ‘breep breep’ iaitu Farah Diana Anuar. Sedang rancak mengikuti Pencarian Hos Mingguan Wanita, Farah ternyata masih aktif menyanyi walaupun kini sudah bergelar seorang isteri dan ibu.

Apa perkembangan terbaru Farah sekarang?

Alhamdulillah, skrg Farah banyak buat freelance. Farah baru sahaja mengacara rancangan 13 episod untuk RTM tapi masih belum tahu tarikh siarannya. Nanti apabila sudah tahu Farah akan war-warkan di Instagram. Aktiviti lain macam biasa hujung masih memenuhi undangan nyanyian dan juga pengacaraan. So far, yang itu dan juga Farah fulltime membesarkan anak-anak sendirian berhad.

IKLAN

Bagaimana cara Farah menjaga kecantikan?

Sangat susah kerana bidang ini memerlukan kita mengenakan mekap selalu dan perlu kelihatan sentiasa elok. Actually, masa baru-baru masuk AF dahulu, itulah kulit asli Farah. Bila sudah keluar kita udah mula sibuk hampir setiap hari dan kadang-kadang lebih 12 jam sehari muka kita dengan mekap. Itukan sebenarnya tidak bagus untuk kulit kita sebab tak boleh bernafas. Pakar kulit juga cakap barang yang digunakan untuk mekap seperti berus yang digunakan itu ada kuman yang kita tak nampak.

Muka Farah pun pernah sekali jadi teruk. Ianya terjadi selepas Farah buat satu rawatan muka ini. Asalnya hanya jerawat-jerawat kecil, biasalah manusia tak tahan kan tengok dan tak sangka pula apabila buat rawatan itu kesannya jadi teruk dan dahsyat. Tak pernah alami sebegitu dan orang lain juga terkejut. Mereka tanya apa sudah jadi dengan kulit? Sejak itu Farah insaf dan tidak pergi ke mana-mana pusat rawatan kecantikan selepas kes itu.

IKLAN

Farah mula mencari alternatif tradisional selepas itu. Kita Google dan tanya mak kerana mereka percayakan bahan tradisional seperti kunyit, putih telur, air beras dan sebagainya. Tinggal rajin atau tidak sahaja. Apa-apa pun Farah tetap akan rujuk pakar kulit yang bertauliah. Jangan pandai-pandai pergi ke pusat rawatan yang tidak tahu kesan dia bagaimana. Kita haruslah kenal dahulu jenis kulit kita. Mungkin ianya elok untuk orang lain tapi bukan untuk kita.

IKLAN

Sekarang ini Farah amalkan back to basic. Cuba tradisional dahulu. Bila sudah menginjak usia 30an ini, memang kita akan amalkan penjagaan lengkap seperti toner, esen, serum masker dan sebagainya. Minum air memang kena banyak.

Apa beza Farah yang sekarang dan dulu?

Masa itu Farah 19 tahun, semangat itu lain dan luar biasa sikit. Sekarang bukan sudah tiada Cuma kita kena tahu sekarang ini sudah jadi isteri kepada seseorang, ibu kepada anak jadi haruslah pandai membawa diri. Nak kawan pun kita kena memilih. Gila-gila itu masih ada. Bukannya tidak menjadi diri senditi, cuma kita tahu batas-batasnya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI