Anda pasti sudah mempunyai beberapa koleksi mask mulut untuk menghadapi keadaan norma baru yang akan sedang berlangsung. Bagi sesetengah orang, pemilihan bahan hingga motif masker menjadi hal yang penting.
Bagi pemakai hijab mencari masker yang boleh disesuaikan dengan hijab mereka juga menjadi perkara yang penting. Model Halima Aden mempunyai rekaan yang boleh membantu mereka yang mengenakan hijab dan turban melindungi diri mereka selama pandemik COVID-19.
Warna mask wajah sedondon dengan hijab
Model Somali-Amerika berusia 22 ini telah bekerja sama dengan majalah Anywear dan Allure untuk membuat rangkaian koleksi hijab dan turban sederhana yang kompatibel dengan masker wajah untuk melindungi dari virus corona. Setiap set hijab dijuak dengan harga sekitar RM191, sementara paket tiga masker berharga RM170.58 dan set turban seharga RM221.75.
Ads
Semua produk diperbuat dari cotton organik 100% dan dilengkapi dengan butang dan kaitan bawaan untuk memastikan bahawa mask tetap melekat pada penutup rambut. Selain itu, untuk setiap pembelian, Anywear akan menyumbangkan topi medikal dengan kancing ke petugas barisan hadapan.
Ads
“Kerana kebanyakkan wanita yang mengenakan hijab bekerja di fasiliti perawatan kesihatan, saya ingin memastikan mereka memiliki pilihan yang selesa untuk mengenakan masker sambil menjaga rambut mereka tertutup,” ujar Halima yang merupakan model pertama yang mengenakan jilbab yang tampil di Sports Illustrated Swimsuit Issue.
Ads
Halima juga menambahkan bahawa warna-warna yang ia pilih ditujukan untuk memberikan perasaan ketenangan dan keamanan. Koleksi ini mungkin diproduksikan terhad, tetapi anda boleh mengilhamkan idea untuk menyematkan butang di bahagian hijab agar memudahkan memakai dan menangalkan mask.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam Anugerah Juara Lagu ke 36 berlangsung dengan begitu meriah semalam menyaksikan barisan artis berentap hebat beraksi di pentas berprestij itu. Bukan hanya sekadar susunan muzik, irama lagu serta lantunan vokal yang mantap, malah penggayaan busana yang disarungkan oleh setiap penyanyi yang berentap jua menjadi tumpuan ramai dalam menyerikan lagi AJL-36.
Antara gaya fesyen yang menjadi pilihan team Hijabista pada malam gemilang AJL-36 semalam ialah Siti Nordiana, Bunga Isme & Noraniza Idris serta Aina Abdul. Bukan sahaja susunan muzik yang mantap dan memukau, busana yang digayakan juga turut menjadikan seluruh persembahan kelihatan begitu sempurna!
Meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi, namun Siti Nordiana tetap tampak mewah dalam sebuah persalinan gaun berwarna emas menyeliputi dirinya yang membangkitkan sedikit elemen padang pasir ataupun ‘Cleopatra’. Meskipun berhijab, namun gaya fesyen penyanyi Siti Nordiana ini sudah cukup sempurna dengan memberi efek yang begitu eksklusif apabila pancaran cahaya lampu pentas menyuluhi dirinya yang menyanyi solo di atas pentas AJL-36 itu. Auranya sendiri sudah menghantui keseluruhan pentas semalam!
Pereka fesyen yang menggalas tanggungjawab menghasilkan rekaan ini bijak dalam permainan ‘less is more’ dengan hanya memberi sentuhan perincian manik pada bahagian dalam serta di bahagian pinggang untuk memberi elemen kesempurnaan busana ini. Apa-apapun, yang paling mahal dalam rekaan ini ialah teknik ‘drapping’ nya yang kelihatan begitu cantik terbentuk terutamanya dibahagian bahu penyanyi ini.
Ternyata, netizen bersetuju untuk mengatakan penyanyi rap Bunga kelihatan begitu comel semalam dengan padanan warna ungu bersama dengan penyanyi popular Noraniza Idris. Tema warna ungu yang dipilih oleh pihak penaja dari jenama produk kecantikan, NOIR amat menyerlahkan kejelitaan kedua-dua anak seni ini serta menjadikan keseluruhan malam AJL-36 nampak lebih meriah!
Bunga yang kelihatan selesa dan santai menyarungkan busana dari fabrik songket ini tampak seperti Puteri Melayu klasik sambil ditambah pula dengan ‘headgear’ bunga menjadikan Bunga paling comel di pentas berprestij itu. ‘Headgear’ itu juga seolah menginterpretasi sinonim panggilan Bunga untuk dirinya. Rekaan yang persis kebaya itu juga amat sesuai dengan tema lagu Intan Payung yang dibawanya, yang lebih berkonsepkan pop tradisional.
Sama juga seperti penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia etnik kreatif ataupun tradisional, Noraniza Idris, tampil menawan dengan gaun seakan ‘princess’ dalam rona ungu gelap. Fabrik songket juga turut digunakan sebagai penyeri gaun yang digayakan untuk menaikkan lagi unsur tradisional lagu Intan Payung. Pastinya ramai yang teruja dengan kehadiran Noraniza Idris pada malam gemilang AJL-36 semalam.
Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat rekaan busana yang akan disarungkan oleh penyanyi ini apabila setiap kali membuat persembahan. Aina Abdul bukan sahaja seorang penyanyi yang bersuara lunak, malah dia berani untuk menggayakan gaya fesyen yang berbeza dan unik sehingga mencipta epik dalam karier seninya.
Berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan Popular di AJL-36 semalam, Aina Abdul masih lagi pemenang untuk gaya fesyen terbaik di pentas berprestij itu. Lihat saja rekaan busana yang dihasilkan oleh pereka tempatan Melinda Looi untuk lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta, itu sahaja sudah cukup untuk Aina Abdul menjadi topik utama serta menjadi tumpuan lensa kamera pada malam semalam. Biarpun sarat dengan perincian bunga, daun dan ranting, seakan-akan mencedok inspirasi dari filem fantasi Alice In Wonderland, namun rekaan avant-garde itu sudah pun menjadi sebuah simbol ikon fesyen bagi penyanyi Aina Abdul sendiri!
Malah, penampilan kedua Aina untuk lagu Sepi juga turut memukau pandangan ramai apabila busana rekaan Tengku Syahmi yang sarat dengan warna keemasan menyinari pentas AJL-36. Tiada kata yang mampu diucap kerana rekaannya begitu mewah dan eksklusif. Rata-rata peminatnya juga turut teruja dan tersenyum lebar apabila melihat artis kesayangan mereka itu sekali gus menjuarai label ikon fesyen pada malam penuh gemilang itu! Meskipun ada yang menyamakan rekaan emas itu seperti trofi Anugerah Oscar atau Grammys, namun, sudah terang lagi bersuluh, Aina Abdul ialah seorang artis yang berani bereksperimentasi untuk menjiwai diri bersama dengan nukilan lagunya sendiri! Syabas Aina!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja tidak tersentuh hati melihat permainan klasik yang dahulunya menjadi permainan wajib era sebelum digital. Sabtu lalu, dUCk mengejutkan rakan-rakan selebriti serta pelanggan mereka dengan koleksi permainan berpapan MONOPOLY x dUCk edisi terhad sebagai “sneak peek”.
The dUCk Group dengan bangganya menjadi jenama Malaysia yang pertama mengeluarkan permainan berpapan MONOPOLY edisi terhad, yang dikolaborasi bersama dengan Hasbro. Koleksi MONOPOLY x dUCk membawakan skarf edisi terhad, beg beli-belah, ‘keychain’ dan paling menarik sekali, set permainan berpapan MONOPOLY x dUCk iaitu permainan klasik yang disukai oleh lebih satu bilion peminatnya di seluruh dunia.
MONOPOLY x dUCk dapat memberi inspirasi untuk anda mengejar impian, sebhagian harapan dari Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama The dUCk Group. Kerujaan itu tidak boleh disampaikan dengan kata-kata, malah beliau sendiri masih tidak menyangka salah satu impiannya dalam menerajui jenama ini di peringkat antarabangsa tercapai.
“Bila saya fikirkan tentang kolaborasi MONOPOLY x dUCk ini, saya benar-benar teruja. Kolaborasi ini menjadikan dUCk sebagai jenama pertama di Malaysia, dan jenama fesyen sopan yang pertama di dunia untuk berganding bahu dengan Hasbro. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian jenama dUCk, tetapi juga perwakilan yang bermakna untuk komuniti hijabi, satu topik yang dekat di hati saya.”
MONOPOLY merupakan permainan klasik kegemaran ramai anak muda yang sedang membesar sebelum wujudnya era digital dan The dUCk Group amat gembira untuk berkongsi edisi ini kepada seluruh dunia. Paling bermakna peluang untuk menerapkan nilai-nilai yang dipupuk jenama ini ke dalam permainan yang tidak hilang ditelan zaman. Gabungan keseronokan pengembaraan, keinginan untuk mengejar cita-cita dan impian, juga yang paling penting sekali, mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Manakala Bhavesh Somaya, Pengurus Besar Asia Selatan, Hasbro menzahirkan rasa bahawa kolabratif ini tidak lengkap jika tiada scarf yang sinonim dengan hijabi. Koleksi premium skarf dan aksesori fesyen MONOPOLY x dUCk menghidupkan semangat permainan ikonik ini yang boleh dirasai oleh peminat dalam semua peringkat umur.
Sebagai permainan berpapan klasik yang telah diberi sentuhan baharu, permainan berpapan MONOPOLY x dUCk membolehkan pemain menyusuri liku-liku kehidupan menerusi lensa D. Pemain memulakan langkah pengembaraan dalam permainan sebagai pelajar, mendapat pekerjaan pertama, menerokai dunia menerusi perjalanan, dan menikmati kehidupan terbaik mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Permainan ini mempunyai pembungkusan premium, merangkumi enam (6) cendarahati dUCk yang merupakan barang kegemaran D iaitu: cawan kopi, kamera, kapal jet, lipstik dUCk, beg beli-belah dUCk dan akhir sekali, itik kecil yang comel. Berbekalkan pengalaman dUCk yang sentiasa menjadi idaman ramai, pemain berpeluang mengumpul kotak-kotak dUCk dan membentuk dUCk tower bagi menggantikan rumah dan hotel yang biasa dihimpun dalam permainan MONOPOLY biasa.
Koleksi MONOPOLY x dUCk direka khas untuk membantu pemain atau dUCkies merasai keseronokan hidup dengan meraikan kemenangan, baik kecil mahupun besar dalam mencapai matlamat hidup mereka sendiri, sambil berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan-rakan sepanjang perjalanan koleksi edisi terhad MONOPOLY x dUCk di www.getducked.com dan aplikasi FashionValet.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi dengan pin tudung berpisah tiada jua. Fungsi pin tudung ini semestinya membuat pengayaan tudung cantik terletak seperti digayakan pada awal waktu dan sehingga menjadi keselesaan pada si pemakai.
Namun yang menjadi teguran dari seorang Doktor, hijabi patut bertindak segera untuk menghidari tabiat yang tidak baik ini. Seringkali sebelum pengayaan tudung tempat yang paling mudah untuk meletakkan pin tudung adalah celahan bibir.
Habit mengepit pin tudung, selalunya jarum peniti di bibir adalah sama sekali tindakan membahayakan. Jom ikuti nasihat Doktor Samhan semoga bermanfaat kepada hijabi semua.
SUMBER: Twiter @DoktorSamhan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.