Ads

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini

Minum segelas susu suam pastinya mengasyikkan. Susu kaya dengan khasiat seperti vitamin dan mineral dan sudah lama menjadi sebahagian diet seimbang yang menyihatkan. Bagi golongan wanita pula, pengambilan susu dapat mengelakkan masalah osteoporosis.

Namun minum susu juga ada waktu yang sesuai. Berikut perkongsian Dr Zubaidi

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini

WAKTU SESUAI MINUM SUSU

Betul ke minum susu ada masa tertentu? Jika tidak, nanti mengganggu fungsi penghadaman? Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita.

Ads
Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

WAKTU YANG DISARANKAN UNTUK MINUM SUSU:

1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Charlotte May from Pexels

2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.

Ads
Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Jonathan Borba from Pexels

3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Buenosia Carol from Pexels

4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.

Ads
Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Delphine Hourlay from Pexels

5. Bila kita dalam stres, jangan minum kopi yang mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stres kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. Itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.

Minum Susu Pun Ada Waktu Yang Sesuai, Bagus Perkongsian Doktor Ini
Photo by Vegan Liftz from Pexels

HIJABISTA: Amalan minum susu perlu dijadikan rutin harian agar tubuh mendapat manfaat daripada khasiat dan nutrisi yang dibekalkan melalui susu yang diminum. 

Sumber kredit: Dr Zubaidi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.