Tidak perlu berbelanja besar untuk kelihatan cantik dan memiliki tubuh langsing. Hanya dengan modal tak sampai RM1 sahaja kita mampu untuk tampil sihat dan berseri-seri.
Perkongsian wanita ini Puan Ella di laman sosial facebook memberitahu petua untuk kurus langsing dan mengempiskan perut dengan mudah. Hanya menggunakan bahan dapur, iaitu asam gelugur yang direbus dan diminum airnya. Bagaimanapun perlu rajin untuk mengamalkannya dan paling penting kena istiqomah.
Ni Cik No nak share satu lagi petua kalau nak kurus langsing dan kempiskan perut dengan mudah!
Jom kita sama-sama amalkan petua lama. Petua yang ni cuma beberapa sen jer kosnya. Ambik kat dapur jer.
Ads
Tapi kena rajin, tak boleh la sekali buat terus kurus, mana maunya. Kenalah istiqamah, iye dok? Apa-apa pun semua dengan izinNya.
Cer tengok mudah jer :
PETUA 1 :
Ads
Masukkan 2 ke 3 keping asam keping (gelugur) ke dalam segelas air panas
Biarkan sekejap hingga asam keping kembang
Minum ketika suam, setiap pagi dan malam.
NOTA: Jika di amalkan selalu Insha Allah perut buncit akan mengempis
PETUA 2:
Ads
Bilas 3 keping asam keping (gelugur) dengan air bersih
Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware)
Masukkan air panas dalam sukatan 2 -3 cawan ** TIDAK PERLU TAMBAH GULA.
NOTA: Minum seperti minuman biasa setelah suam. Perlu sentiasa minum, dah habis, tambahkan air lagi dan gantikan dengan asam keping baru.
FUNGSI ASAM GELUGOR :
1 – Sekat Selera 2 – Cairkan lemak
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul ‘Cinta Muka Buku’ meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Malah, mungkin ada dikalangan pembaca HIJABISTA hari ini yang masih lagi memuja figura yang juga komposer lagu yang satu ini.
Namun, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu apabila seawal usia 29 tahun gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini akhirnya melebarkan sayap dan terbang begitu tinggi dalam dunia Pendidikan.
Memetik laporan akhbar tempatan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti tempatan terkemuka di Dengkil.
Bagaimanapun, Najwa memaklumkan bahawa sepanjang menjadi tenaga pengajar di peringkat Universiti, belum ada pelajar yang pernah bertanya tentang sisi peribadinya sebagai seorang artis yang membawa jenama Najwa Latif.
Tambahnya lagi, dia enggan mencampuradukkan kerjaya sebagai seorang anak seni dan pendidik, justeru Najwa memilih untuk bersikap profesional sepanjang bergelar pendidik kepada anak bangsa.
“Saya tidak pasti sama ada mereka kenal saya atau tidak. Dalam kelas pun saya kenalkan diri sebagai Miss Najwa. Muka mereka nampak biasa sahaja.
“Tapi saya profesional sahaja, sebab baru masuk,” selorohnya.
Menerusi perkembangan sama, suri hati kepada komposer Akwa Ariffin itu juga mengesahkan bahawa sejak Oktober tahun lalu, dia merupakan salah seorang pensyarah bagi program Teaching of English as a Second Language (TESL) yang berkhidmat di Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil.
Ketika ditanya tentang respon yang diterima sebaik mengetahui berita dirinya kembali menjadi tenaga pengajar tular, Najwa berkata beliau tidak merasa marah, hanya sedikit terkejut.
“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh jumpa maklumat saya kembali bergelar pensyarah. Saya terkejut sahaja, tapi tidak marah, kerana apa yang tular itu memang sudah tertera di dalam portal.
“Sekarang saya mengajar di UITM tapi masih terlalu awal untuk ceritakan pengalaman susah senang. Baru jumpa pelajar sebulan, mereka terus duduki peperiksaan dan cuti.
Untuk recap, Najwa Latif adalah graduan ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan turut memiliki sarjana dalam bidang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Bagaimanapun, setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga Najwa sempat disahkan hamil sebelum mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Disember lalu. HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti rezeki menjadi seorang ibu bapa berpihak pada Najwa dan suami.
Selain bekas juara Dewi Remaja Haneesya Hanee yang ditarik balik gelaran berkenaan dan dikenakan tindakan oleh pemilik jenamanya, dua orang lagi bekas dewi juga turut menerima nasib sama. Salah seorang darinya adalah Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman, 23 tahun yang merupakan salah seorang peserta berhijab.
Menyedari tindakan dilakukan memalukan dirinya serta jenama Dewi Remaja itu sendiri, telah diadakan sidang media khas bertujuan untuk memberitahu hal sebenar. Ernisha dalam sidang media itu mengakui dirinya bersalah dan memohon maaf serta mahu dirinya diberi peluang kedua.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan.
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku,” kata Ernisha.
Dalam pada itu ketika dihubungi sebelum ini, Ernisha mengakui berdepan saat sukar apabila kontroversi membabitkan dirinya itu, sementelah dia adalah peserta berhijab. Namun itu bukanlah dijadikan alasan untuk Ernisha membuka hijabnya.
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini (lepas kejadian) saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih. Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan,” ujarnya yang mengakui apa dilakukan sebelum ini adalah kesilapan besar.
Menurutnya dia memang salah pergi dan bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Malah turut menyesal dengan perbuatan dilakukannya itu.
Akibatnya dia mendapat pembalasan dari Allah apabila aibnya disebarkan supaya dia akan kembali ke pangkal jalan yang betul.
Walau bagaimanapun saat berdepan kontroversi ini Ernisha turut bersyukur kerana keluarganya cukup memahami dan memberi sokongan padu.
“Mula-mula keluarga memang terkejut, malah terkilan dengan sikap saya memandangkan saya adalah anak sulung mereka. Mereka Tak sangka sikap saya jadi begini tetapi akhirnya keluarga boleh terima saya seadanya.
“Keluarga maafkan perbuatan saya dan minta saya perbaiki diri, berdoa dan banyakkan bersabar. Kekuatan saya untuk menghadapi semua kontroversi adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus bagi semangat.
“Malah ada antaranya yang saya tak kenal, mereka ini secara personal mesej dan jumpa serta beri kata-kata motivasi supaya saya berubah dan bertaubat,” akui Ernisha yang turut terkejut dengan sokongan yang diterimanya ini.
Malah menurutnya ada antara insan yang tidak dikenali turut memberi sokongan dan berikan nasihat supaya saya berubah.
“Mereka ini (insan tidak dikenali) yang dulunya juga jahil, tetapi kini sudah berubah memakai tudung litup datang bagi nasihat. Golongan ini faham jiwa dan darah muda yang mahu mencuba benda baru.
“Mereka ini faham situasi ini dan beri nasihat. Ini kerana mereka juga pernah lalui benda yang sama. Tetapi kini mereka sudah berubah dan jadi insan yang lebih baik.
“Kedatangan mereka diterima dengan hati terbuka dan niat mereka untuk melihat saya berubah cukup dihargai,” tambahnya yang turut belajar sesuatu dari kesilapannya.
Walaupun begitu, Ernisha tidak akan mengalah dan putus asa untuk terus berada dalam industri hiburan ini. Namun buat masa ini dia akan melalui tempoh bertenang.
“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh itu saya akan isikan diri ini dengan pelbagai ilmu seperti bidang lakonan, pengacaraan atau nyanyian sebelum mula bertapak kembali.
“Doakan saya agar terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Satu pengajaran yang saya dapat dari insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri.
“Orang yang paling rapat itulah yang tahu baik buruknya diri kita sebenar. Insya-Allah saya akan ingat apa yang terjadi dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” akhirinya.
Faizni Fazreen Fazera binti Faizul, 20 dan Erni Nurshahira binti Khairul Zaman, 23 tampil untuk berjumpa dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Remaja bagi kes yang melibatkan mereka.
Atas kesalahan melanggar kontrak yang telah mereka baca dan persetujui sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja milik mereka terpaksa ditarik balik.
Di dalam kontrak tersebut, telah termaktub di bawah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri. – REMAJA
Hidayah milik Allah S.W.T. Penghijrahan itu kadang-kala hadir dalam hidup manusia tidak mengenal waktu dan ketika. Setiap kisah perubahan seseorang itu mencurah hembusan inpirasi kepada yang lain untuk memperbaiki diri dan terus menjadi yang terbaik dari semalam.
Nurida Suraya, seorang usahawan dan model yang memiliki rupa paras cantik dan menawan, juga isteri kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin berbicara tentang imej terbarunya.
Menyoal tentang punca dirinya berubah ke imej yang baru (berhijab), Nurida menyatakan bahawa ia merupakan sebuah proses yang panjang. Menurutnya, dia cuba untuk berhijab sebelum ini, tetapi hati dan jiwanya masih belum bersedia.
“Ia merupakan proses yang mematangkan diri dan mengambil masa yang lama untuk saya benar-benar nekad dan yakin dengan imej ini. Selama tiga tahun di bulan Ramadhan saya cuba untuk berhijab. Tetapi, pada dua tahun pertama di bulan Ramadhan saya masih belum bersedia. Setelah berdoa dan tidak henti untuk diberikan hidayah, akhirnya tahun ni saya terus membeli tudung tanpa memberitahu sesiapa. Saya juga minta tolong pada suami, Rizman untuk menukar rekaan baju raya dengan konsep yang lebih mesra hijab. Alhamdulillah, sehingga kini Allah masih memelihara saya dari imej yang lama.”
Tambahnya lagi, hatinya dijentik untuk berubah saat dia memikirkan tentang cahaya matanya, Rizqaa.
“Apabila bergelar ibu, semestinya kita ingin menjadi contoh yang terbaik. Saya percaya setiap apa yang dilihat oleh anak-anak kita itu, itulah panduan untuk diri mereka.”
Maka dari situlah bermulanya diari perjalanan baru ini. Pada awalnya saya berniat untuk berhijab selepas anak kedua. Namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dan Lagi Maha Mengetahui. Alhamdulillah, hati dijentik kebih awal dan seruan untuk berhijab itu hadir segera dari apa yang saya rancang,” kongsinya.
Untuk kekal istiqomah bukanlah perkara yang mudah. Apabila berbicara soal dirinya untuk kekal istiqomah, Nurida menyatakan bahawa keputusan penghijrahan ini wujud dari hatinya sendiri dan sentiasa percaya bahawa itu adalah petunjuk dari Allah SWT.
“Doakan saya terus beristiqomah. Biarpun saya tidak menghadapi sebarang cabaran dari saat awal saya menyarungkan hijab tetapi saya jauh di sudut hati, saya seringkali berdoa kepada-Nya untuk memelihara diri saya dari segala keburukan.”
Reaksi suamianya juga saat dia mula ingn berhijab amat positif. Suaminya, Rizman juga tidak pernah lelah dan penat dalam memberi sokongan kepada dirinya. Keceriaan juga terpancar pada sinar wajahnya saat mengetahui tentang hajat isteri tercintanya itu.
“Rizman begitu menyokong keputusan saya dan sehingga hari ini, dia tidak berhenti untuk menjadi penasihat dalam pemakaian saya untuk lebih sopan dan menutup aurat. Bagi keluarga saya pula, saya kongsikan berita gembira ini semasa Hari Raya pertama dan semuanya sangat gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik pada perubahan ini.”
Manusia kadang berkata tanpa menggunakan akal. Cuma kita yang menerima harus bijak dalam mengawal emosi. Sebagai individu yang dikenali, pastinya setiap apa yang dilakukan menjadi tumpuan lensa kamera serta perhatian netizen. Sudah pasti komen negatif itu tidak bisa lari dalam diari kehidupannya.
Menurut Nurida, saat dia tampil dengan imej terbaru ini, ada sahaja komen yang dicurahkan oleh masyarakat terutamanya dari segi cara pemakaian dan gaya hijab yang disarungkan.
“Antara komen negatif atau kecaman yang saya terima adalah seperti komen berkaitan dengan cara pemakaian hijab yang nampak leher dan dada. Mereka juga mengatakan bahawa sebagai individu yang sudah mula berhijab, ia adalah perkara yang harus dibaiki. Namun, saya tidak mudah melatah kerananya.”
“Imej terbaru ini menjadikan saya lebih tenang dan selesa dengan pemakaian hijab. Harapan saya agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada iman dan hati saya dan sentiasa istiqomah dalam menjalani hari-hari saya dengan imej terbaru ini. InsyaAllah dengan adanya sokongan suami dan keluarga serta kehadiran cahaya mata memberikan saya lebih kekuatan untuk terus berjalan ke jalan yang diredhai-Nya. Nasihat saya kepada mereka yang ingin berhijba, berhijab ini perlulah bersedia dari segala aspek dan niat itu haruslah datang dari hati.
“Jangan sekali berhijab kerana mengikut trend semata-mata atau mengikut orang lain. InsyaAllah niat mulia itu akan dipermudahkan Allah SWT. Kepada siapa yang ingin berhijabm saya akan sentiasa doakan anda diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus istiqomah. InsyaAllah.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.