Wanita dan solekan memang tidak boleh dipisahkan. Walaupun anda gemar bersolek, penjagaan wajah tetap perlu dijaga dan tidak boleh diabaikan. Sekurang-kurangnya, amalkan penjagaan asas kulit wajah agar tetap segar dan bermaya.

Menerusi akaun Facebook, hijabi bernama Wanie Ismail telah berkongsi cara penjagaan kulit wajah walaupun anda mengenakan solekan setiap hari. Malah, kulit juga akan bebas jerawat dengan hanya mengamalkan 5 langkah menggunakan 5 produk ini.

Hari ni wanie nak share daily routine wanie untuk penjagaan kulit wajah. Macam biasa, perempuan obses dengan cantik, semua benda dia nak cantik. Betul tak??

Termasuklah penjagaan kulit muka. Perkara yang paling mudah nak dapatkan kulit muka yang elok dan cantik mesti lah kena rajin sikitkan.

Siapa yang tak nak kulit muka nampak putih berseri-seri, kan? Untuk memilikinya ada yang perlu anda lakukan!

LANGKAH 1 – MIRACLE WATER

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Okay firstly, wanie akan remove makeup menggunakan Maybelline Clean Express Miracle Water. Banyak-banyak makeup remover wanie paling suka yang Maybelline Clean Express Miracle Water ni sebab lepas kita cuci makeup gunakan produk ni kulit wajah kita tak kering. Dia memang hydrates dan kulit kita rasa fresh mcm pakai toner.

LANGKAH 2 – SKRUB APRICOT

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Secondly, masuk part yang paling wanie suka sangat. Wanie suka skrub muka. Korang percaya tak. Wanie hari-hari skrub muka. Memang ada yang cakap tak okay untuk skrub hari-hari kan. Tapi wanie skrub lembut dan perlahan-lahan sahaja supaya kulit kita tak menjadi kering. Yang bestnya wanie skrub je skali part dekat siku, leher dan lengan. Hasil selepas skrub rasa kulit lembut je. Skrub memang wanie pilih yang brand skrub ST. Ives Apricot  untuk segarkan kulit. Skrub ST. Ives ni yang banyak membantu wanie untuk dapatkan kulit yang lembut.

LANGKAH 3 – OIL CONTROL FACE WASH

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Thirdly, lepas wanie skrub. Wanie akan cuci muka menggunakan oil control lemon fresh wash dari Himalaya. Wanie menggunakan Himalaya produk ni hampir setengah tahun. Wanie suka pakai pencuci muka yang ni sebab Himalaya produk diformulasikan daripada herba istimewa. Bestttt tak percaya korang try.

LANGKAH 4 – TONER

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Fourthly, wanie akan menggunakan toner dari produk Eucerin. Clarifying toner dari Eucerin produk ni untuk lebih membuatkan kulit wajah kita lebih bernafas.

LANGKAH 5 – NOURISHING CREAM

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Fifthly, untuk moisturizing wanie menggunakan nourishing skin cream dan produk ini dari Himalaya. Skin cream ni kaya dengan kandungan aloe vera dan mengandungi winter cherry juga indian kino tree untuk melindungi kulit kita dari percemaran dan cuaca yang kering. Memang sesuai sangat untuk kulit org asia.

BONUS:

Miliki Wajah Bebas Jerawat & Cela Dengan 5 Langkah Mudah Ini. Barulah Berseri-Seri!

Supplement ni memang boleh diiktiraf sebagai nyawa wanie juga untuk mendapatkan kulit yg bersih dan cerah. Flavettes effervescent ni mengandungi vitamin C, vitamin E dan glutathione memang boleh dijadikan supplement kita hari-hari untuk kita mendapat kulit yang bersih dan cerah.

Semoga perkongsian dari Wanie Ismail ini memberi manfaat kepada kita semua. Dengan lima langkah ini, insyaAllah wajah anda akan bebas daripada cela malah lebih cantik dan segar. Jika anda mempunyai rejim kecantikan yang mahu dikongsi bersama pembaca yang lain, boleh komen atau DM Hijabista ya.

Sumber: Facebook Wanie Ismail

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI