Untuk mendapatkan kulit yang cantik serta tubuh yang sihat, ia haruslah bermula dari amalan kehidupan kita. Setiap aspek seperti pemakanan, senaman dan kebersihan diri memainkan peranan penting untuk memberi kebaikan kepada tubuh badan.

Hari ini, ramai yang alpa tentang penjagaan kulit wajah serta tubuh badan kerana sibuk dengan urusan kerja tanpa meluangkan sedikit masa pada tubuh badan. Hal ini harus dielakkan supaya tidak memberikan kesusahan kepada diri kita kelak.

Banyak perkara, amalan ataupun petua yang boleh kamu amalkan untuk memiliki kulit yang cantik serta tubuh badan yang menarik. Kali ini team Hijabista kongsikan kepada kamu tentang amalan asas yang wajib kamu lakukan di waktu pagi untuk kesihatan tubuh yang baik!

1. Mencuci muka selepas bangun tidur dan sebelum tidur

Sumber gambar: Simple

Setelah bangun dari tidur, pastikan kita mencuci wajah kita dengan sebersihnya. Amalan ini boleh menjadikan wajah kita kelihatan yakin, segar dan tampil bersih apabila di luar dan saat berhadapan dengan rakan-rakan.

Begitu juga sebelum tidur setiap malam. Pastikan wajah kita dicuci dengan bersih untuk membersihkan segala kotoran dan minyak pada wajah setelah menjalani aktiviti seharian.

IKLAN

2. Minum air kosong

Sumber gambar: Healthline

Kira-kira 70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan, boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Untuk tip terbaik, beli 1 botol air kosong berukuran 3 Liter dan isi penuh setiap pagi. Kemudian, letak di atas meja tempat kerja anda atau di tempat yang anda mudah nampak. Pastikan habis diminum setiap hari dan anda akan puas hati dengan hasilnya. Pada awalnya anda memang akan berasa tidak selesa dan akan kerap ke tandas, Tetapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan rutin tersebut.

3. Menggunakan pelembab/sublock atau sunscreen pada wajah

IKLAN
Sumber gambar: Globe Tropper

Penggunaan pelembab atau sunblock/ sunscreen sangat penting pada wajah. Pelembab bagus untuk mengekalkan kelembapan pada wajah, memelihara kulit dan mengelakkan kulit wajah menjadi kering dan berminyak. Sunblock atau sunscreen pula bagus untuk melindunga kulit wajah dari sinar UV yang berbahaya.  Antara tip pemilihan sunblock/sunscreen:-

1.Pastikan Sunblock anda mempunyai SPF 30 atau SPF 50.

2. Pastikan Sunblock anda melindungi kulit anda dari UVA dan UVB.

3. Sunblock di pakai 20 minit sebelum anda keluar dari rumah di pagi hari

IKLAN

4. Rajin bersenam

Sumber gambar: The New York Times

Menjalankan gaya hidup yang aktif sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja elok untuk menguruskan dan mengekalkan bentuk badan yang cantik, tetapi juga bagus untuk mengeluarkan racun bersama dengan peluh yang tubuh kita keluarkan. Tidak perlu aktiviti fizikal yang heavy, cukup sekadar berjalan kaki atau naik turun tangga selama 30 minit setiap hari. Bagi kaum ibu boleh juga lakukan senaman bersama dengan anak2.

5. Rehat sekiranya stres

Sumber gambar: You Beauty

Pastinya ramai diantara kita yang sering stres atau tertekan disebabkan hal kerja ataupun peribadi. Stres menjadikan emosi kita tidak stabil dan akan menyebabkan kita kemurungan. Hal ini tidak memberi kebaikan kepada kita kerana lama-kelamaan ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti darah tinggi, jantung, sakit kepala dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kita haruslah berehat seketika dan menarik nafas yang panjang untuk meringakan rasa beban di kepala. Selain itu juga, kamu boleh meluangkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang ringan seperti mendengar lagu, melihat suasana di luar atau minum kopi yang dapat memberi ketenangan kepada kamu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI