Milia merupakan ketulan kecil berwarna putih yang mengandungi keratin berkumpul pada pori kelenjar peluh, kemudian membentuk benjolan di permukaan kulit. Meskipun tidak berbahaya, kewujudan milia pada wajah pasti memberi impak kepada personaliti, penampilan mahupun keyakinan individu.

Milia yang sering kelihatan sebagai bintik-bintik kecil di kawasan muka turut dikenali sebagai baby pimples. Milia seeds ini orang selalu salah faham sebagai komedo. Punca milia seed ini disebabkan penggunaan krim yang ada steroid dalam jangka masa panjang.

Boleh jadi juga berpunca dari kulit yang rosak akibat UV dan peeling treatment. Tapi semua ini dalam jangka masa yang panjang. Jadi jika anda sudah biasa buat peeling treatment, milia seed ini mungkin akan terjadi lagi 5 hingga 6 tahun selepas itu.

IKLAN

Punca lain adalah mendapan daripada kulit mati. Dalam mendapan ini ada protein namanya keratin yang turut ‘stuck’ di kelenjar. Sebab itu pentingnya untuk kita melakukan skrub.

Pic: medicalnewstoday.com

 

Milia seed ini kalau dibiarkan, ia akan membiak. Makin lama makin banyak. Biasanya di bahagian mata, hidung, pipi dan bibir. Cara hendak mencegah dan menghilangkan milia seed secara berkala, kenalah kukuhkan basic.

Guna cleanser yang tepat, apply moisturiser, apply sunscreen dan jangan culas untuk exfoliate. Tak kisahlah chemical exfoliater ataupun physical exfoliater. Boleh juga guna produk yang ada vitamin A.

Sebenarnya masalah ini mudah sahaja. Tapi kalau kita tidak konsisten, lama-kelamaan ia akan jadi teruk.

Sumber kredit: Product The Beauty Hacks Top image: eminenceorganics.com