Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Ads
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA!
Berperisa, berkrim dan sarat dengan rempah ratus, kari India terkenal di seluruh dunia atas beberapa sebab. Satu, ia benar-benar lazat, kedua, terdapat begitu banyak pilihan dan ketiga, ia berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Bagi yang tak tahu, kari membantu penghadaman, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan tahap gula dalam darah. Kebanyakan kari India sarat dengan krim atau minyak sapi (mentega yang diklarifikasi) yang meningkatkan kiraan kalori mereka dan menyukarkan untuk dimasukkan ke dalam diet apabila cuba menurunkan berat badan.
Buang segala tanggapan buruk tentang kari makanan tradisi masyarakat India, 5 senarai kari India rendah lemak yang boleh anda cuba apabila anda dalam proses menurunkan berat badan.
Jika anda mahukan alternatif rendah kalori kepada kari keju kotej, cubalah kari cendawan. Cendawan sihat dan sangat rendah kalori. Elakkan menambah krim dan dengan mudah boleh memakannya semasa makan malam atau makan tengah hari apabila cuba menurunkan berat badan. Musim percutian adalah musim cendawan dan kacang dan memasukkannya ke dalam diet boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda dalam pelbagai cara.
Jika anda suka sayur-sayuran, maka kari kobis cina adalah yang terbaik untuk anda. Kobis cina rendah kalori dan kaya dengan nutrien mesra kesihatan seperti zat besi, kalsium, magnesium, vitamin D dan vitamin C. Antioksidan yang terdapat dalam sayuran boleh membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit. Ia juga boleh membantu penghadaman, mengekalkan kesihatan pencernaan dan mencegah tekanan oksidatif.
Sarat dengan vitamin dan nutrien seperti mangan, folat, kuprum, besi, zink, fosforus, selenium dan kalium, kari kacang ayam sangat lazat dan sihat. Kekacang boleh membantu anda menguruskan berat badan, memperbaiki penghadaman dan juga mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik. Ia merupakan sumber protein yang sangat baik dan menggabungkannya dengan nasi menjadikan hidangan ini sumber protein yang lengkap.
Terdapat begitu banyak jenis lentil, anda boleh mencuba resipi ini setiap hari. Lentil adalah sumber yang kaya dengan protein dan vitamin dan mineral yang berkhasiat. Semangkuk lentil lebih sihat dengan menambah bayam dalam kari ini. Memasukkan lentil dalam diet juga boleh membantu menguruskan tahap kolesterol, mencegah diabetes dan mengurangkan risiko kanser kolon.
Kari kacang ginjal adalah satu lagi kekacang yang boleh ditambah ke dalam diet apabila misi anda adalah untuk menurunkan berat badan. Kacang merah sangat kaya dengan zat besi dan nutrien seperti protein, serat, tembaga, vitamin K dan lain-lain. Mempunyai semangkuk kari kacang ginjal dengan nasi atau chapati boleh memberikan anda nutrien berkualiti tinggi. Satu-satunya perkara ialah kacang ginjal harus dimasak dengan baik, jika tidak, ia boleh menyebabkan kembung perut.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
SUMBER: INDIATIMES
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biasanya kita hanya melihat sisi glamour Rozita Che Wan, Ruby dan juga Ayu Raudhah sebagai antara pasangan selebriti adik beradik yang mempunyai aura tersendiri. Namun selain tiga fugura ini, rupanya dalam keluarga mereka yang turut menjadi tumpuan juga adalah adik kepada Che Ta, iaitu Datin Rohaiza Che Wan atau mesra dipanggil Datin Jaja. Beliau baru sahaja melahirkan cahaya mata keenamnya tampak langsing dan cantik selepas hampir dua bulan berpantang.
Beliau yang baru-baru ini muat turut foto terbarunya selepas berpantang anak keenam sempena majlis akikah dan netizen turut memuji penampilannya yang kekal langsing seperti anak dara. Malah ramai bertanya rahsia penjagaan dirinya itu.
faatinalmashoor MasyaAllah comel nya baby. Mummy mcm bukan bru bersalin ja. Gorgeous.. semoga sentiasa mendapat keberkatan dri Allah. Amin
Tidak dinafikan, hubungan mereka adik beradik memang cukup rapat antara satu sama lain. Mereka dilihat sering bercuti bersama-sama dan kecantikan mereka adik-beradik memang amat dicemburui wanita di luar sana.
Bercerita dalam satu temu bual bersama Nona, Datin Jaja yang ketika itu ibu kepada lima cahaya mata memberitahu tidak mempunyai petua kecantikan yang khusus. Tetapi menurutnya setiap kali selepas melahirkan anak, dia memang jenis seorang yang kuat berpantang.
Apatah lagi jarak anak-anaknya yang sangat rapat dan penjagaan amalan berpantang itu memang sangat penting.
Beliau juga menjadikan ibunya sebagai idola. Mahu cantik dan bertenaga seperti maknya. Justeru Datin Jaja patuh semua pantang larang yang diajar oleh maknya ketika berpantang.
Malah turut menjaga pemakanannya dan amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Wanita tinggi lampai ini juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu kerana menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun.
Selain itu juga, untuk penjagaan rutin kesihatan, beliau memang begitu menjaga pemakanannya. Jarang mengambil air manis, pencuci mulut atau deserts yang memang jadi kegemarannya.
Apatah lagi mengenang usia yang sudah meningkat jadi makanan dan minuman manis wajib dikawal.
Untuk pengetahuan, Datin Jaja mempunyai enam orang anak (4 perempuan dan dua lelaki) berumur sekitar dari 9 tahun hingga yang masih bayi lagi hasil perkahwinan dengan suami tercinta.
Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.
Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.
Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.
Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.
“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.
Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.
“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.
Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:
Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.
Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.
Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.
‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.
“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.
“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.
Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.
“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.