Sejak menjadi johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61, nama Nor Farhatul Fairuzah Panut sering menjadi tumpuan ramai sekaligus menjadi inspirasi buat remaja di negara ini.
Terbaharu, video yang dimuat naik oleh gadis berusia 20 tahun ini di laman instagramnya mencuri perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan juga Wany Hasrita memintanya untuk mengajar mereka melakukan bacaan taranum. Jom kita saksikan!
Walaupun hanya bacaan bismillah, namun kedua-dua mereka telah mengalunkannya dengan merdu sekali.
Rata-rata daripada pengikut laman instagramnya terpegun kelunakan suara mereka. Tindakan mereka ini secara tidak langsung mengajak orang ramai untuk turut serta melakukan ‘taranum challenge’ dan sekaligus dapat memantapkan lagi bacaan al-quran mereka.
Sedikit info mengenai Farhatul, dia merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.
Dia mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia seawal tujuh tahun. Bukan hanya Farhatul, malah kesemua adik-beradiknya turut aktif menyertai pertandingan tilawah.
Ads
Pada pertandingan peringkat kebangsaan yang disertainya tahun lepas, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sabtu lalu Neelofa telah mendedahkan anak kepada sepupunya disahkan positif COVID-19. Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia tujuh bulan kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. Bayi ini dijaga oleh ibunya, Noor Cahaya.
Menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Katanya setakat ini Sameera masih ada selera makan.
Sameera merupakan bayi paling muda positif Covid-19 di Brunei. Sebelum ini tiada gejala demam atau batuk dan Sameera seorang bayi yang sihat. Namun malangnya Sameera mendapat jangkitan ini dari salah seorang ahli keluarga mertua yang baru pulang dari luar negara.
Allahu..kita doakan moga baby Sameera segera sembuh dan Noor Cahaya dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta terutama bertemu anak sulungnya, Maryam yang amat-amat merinduinya.
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Puasa ‘Asyura’ termasuk dalam puasa-puasa sunat yang digalakkan dan mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar. Selain itu, kita juga turut disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu sehari sebelumnya berdasarkan kepada isyarat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam hadith sekalipun Baginda tidak sempat melakukannya kerana telah kembali kepada Allah SWT.
Selain berpuasa sunat pada hari Asyura (10 Muharram) amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari berkenaan. Ini berdasarkan hadis: “Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.”
1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:
“Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan – menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani.
Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)
2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:
“Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)
3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:
يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها
“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)
4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan:
“Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj)
5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:
“Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)
6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.
7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.