Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan dua masih dirawat di hospital selepas bongkah tebing pecah dan terhempas ke atas empat bot pelancong di sebuah tasik di Brazil pada petang Sabtu lalu.
Insiden itu berlaku di Tasik Furnas, tempat pelancongan popular kira-kira 260 batu ke utara Sao Paulo sekitar jam 12:30 tengah hari, menurut jabatan bomba Minas Gerais.
Minas Gerais Fire Department/AFP via Getty Images
Tentera laut Brazil dan anggota bomba tempatan dikerahkan segera ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.
Salah seorang mangsa yang maut telah dikenal pasti sebagai Julio Borges Antunes, 68 tahun. Nama mangsa lain yang masih belum didedahkan.
Ads
Menurut pegawai yang bertanggungjawab, semua pelancong yang menaiki bot itu adalah warga Brazil.
Tambahnya, 20 orang hilang dan 32 orang telah dimasukkan ke hospital.
Ads
Minas Gerais Fire Department/AFP via Getty Images
Romeu Zema, gabenor Minas Gerais, memuat naik tweet terkini mengenai kejadian itu pada sebelah petang dan menyatakan bahawa hujan lebat menjadi faktor keruntuhan tebing dan usaha menyelamat sedang dijalankan.
“Saya bersimpati dengan keluarga mangsa pada waktu sukar begini,”
Ads
Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa memaklumkan bahawa Tentera laut Brazil sedang melakukan penyiasatan mengenai punca keruntuhan tersebut.
Kehilangan seseorang yang dicintai memang memeritkan. Apatah lagi buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata. Begitulah yang dirasai oleh Nursyafira Nasir apabila suami yang baru 2 bulan dinikahinya maut dalam kemalangan jalan raya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi muda yang juga penulis terkenal, Putri Ariani baru baru-baru ini memperkenalkan single terbaharunya berjudul ‘Senyumannya Tutupi Semua Lelah’. Karya ini cukup istimewa kerana terinspirasi daripada ayat suci Al-Quran.
Bagi Putri, dia mahu berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Nilai kemanusiaan ini dilaksanakan secara nyata melalui kerjasama dengan Cinta Quran Foundation.
“Insha-Allah, Putri akan menyumbangkan sedikit hasil daripada streaming lagu ini untuk tujuan kemanusiaan. Doakan, bismillah, semoga semuanya berjalan lancar,” kata Putri Ariani dalam satu kenyataan kepada media baru-baru ini.
Inspirasi Al-Quran
Sebagai seorang Muslimah, pastinya Putri Ariani sentiasa meembaca kitab suci Al-Quran.
Single ‘Senyumannya Tutupi Semua Lelah’ merupakan satu karya yang terinspirasi daripda surah Az-Zumar ayat sepuluh.
Ini bukan kali pertama Putri menulis lagu yang terinspirasi daripada kitab suci Al-Quran. Sebelumnya, Putri pernah mengeluarkan ‘Teruskan Langkah Baikmu’ yang diakuinya terinspirasi daripada Al-Quran surah Al-Insyirah ayat lima dan enam.
Mengenai penulisan lirik, kali ini Putri menggunakan sudut pandang orang ketiga (dia). Itulah yang membezakan lagu terbaharu ini dengan lagunya yang lain.
“Biasanya Putri pakai sudut pandang orang pertama (aku), atau sudut pandang orang kedua (kamu),” ujar Putri.
Kali ini, Putri mendedikasikan lagu baharu ini buat mereka yang hebat, sering tersenyum dalam perjuangan dan lelahnya menjalani kehidupan.
“It touches me so much, kerana kita tahu, kadang hidup itu tak mudah. Hari-hari tak selalu indah, tapi orang-orang hebat ini, kita semua, yang mampu selalu tersenyum dalam keadaan apapun. Percaya bahawa selalu ada kebaikan di setiap langkah, bahagia akan datang,” tuturnya.
Terlibat Dalam Proses Produksi
Bukan sahaja menulis lagu itu sendiri, Putri turut terlibat secara langsung dalam proses rakaman.
Bukan single ini sahaja, semua lagu yang bakal dikeluarkan dalam album Evolve ini juga bakal digarap oleh Putri Ariani.
Mengenai proses itu, Putri menjelaskan dia secara langsung menjadi penerbit albumnya.
“Putri sedang belajar menjadi penerbit sendiri bersama-sama pasukan dalaman Putri. Notasi lagu ini lebih ringkas, nyanyian pun kena mendalam, jangan berlebihan,” ujar Putri bercerita sedikit tentang proses penggarapan lagu tersebut.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.