Apa yang paling seronok waktu di bulan Ramadan adalah ketika mahu berbuka puasa. Pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan membuatkan selera berbuka membuak-buak. Waktu inilah kita akan makan apa saja dan terlupa bab kesihatan hingga menyebabkan berat badan naik mendadak walaupun sedang berpuasa.

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

Sebenarnya bulan puasa inilah jalan terbaik untuk kita megamalkan diet. Hanya memilih diet eat clean membolehkan anda hilang 5 hingga 10 kg sepanjang sebulan berpuasa. Perkongsian wanita ini Syamimi N Khalil di laman sosial facebook memberitahu menu diet yang boleh diamalkan sepanjang Ramadan.

Pastinya raya ini anda boleh menyarung busana disukai tanpa rasa was-was dengan bentuk badan menawan

M E N U D I E T R A M A D H A N

hilang 5kg – 10kg

Rutin selepas bangun tidur
– buang air
– timbang, ukur lilit badan dan catat setiap hari
*tips timbang paling tepat, timbang tanpa baju

Sepanjang tempoh ini makanan lebih kepada ‘eat clean’
– kurangkan minyak
– kurangkan garam
– kurangkan kicap sos dll
– tiada gula *ambil gula dari buah sahaja
– tiada air manis
– pejam mata untuk (makanan segera, kek, coklat, aiskrim, mee goreng, kuew tiow goreng dll)

Bagi yg nak ambil nasi, sukat nasi dalam 1 cup dadih saiz kecil. Terbaik pilihan beras basmathi 0% gula, tp kalau guna beras biasa pun okay..

Sy letak * M O R E H tu merujuk kepada WAKTU makan selepas tarawikh.

Ads

Perkongsian sy utk 10 hari Ramadhan, hari lain blh ulang2 menu yg sama,
A T A U P U N
Bg memudahkan kerja mommies yg nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga juga, rs renyah nak kene sediakan 2 menu, jadi boleh lah ambil lauk tanpa kuah okay. Contohnya kari ayam ke, ayam masak kurma ke, ayam masak lemak cili api dll.
Atau yg bekerja tak sempat nak masak dan beli lauk di bazar, masa berbuka ambik lauk je, asingkan kuah okay..

*menu diet Ramadhan ni sy kongsikan kepada mereka yg nak usaha Kurus Raya Ideal-Fitri.

*kuih muih boleh la ambil sepotong/sebiji dalam seminggu sekali. (sy pun terliur juga sbb ada sesetengah kuih ni ms di bulan Ramadhan je jumpa kan) 

*menu udang dan daging cukup 2-3 kali sepanjang Ramadhan ini yea.. Ambik ikan, telur dan ayam.

*ambil green tea selepas berbuka

*cara bersenam (Tarawikh, Tahajjud, Qiam)

Ads

*banyakkan minum air kosong

Semoga perkongsian sy ini bermanfaat utk semua. Jangan lupa ambil gambar sekarang dan Raya nanti yea. Sy doakan semua yg di dalam usaha akan berjaya

Jom shopping sayur dan buah penuhkan dalam peti

Selamat menjalani Ibadah Ramadhan..

CADANGAN MENU

HARI 1

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

Ads

HARI 2

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 3

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 4

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 5

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 6

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 7

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 8

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 9

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

HARI 10

Confirm Lenyap 5-10 Kg, Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sepanjang Ramadan Untuk Tampil Kurus Raya Nanti

Untuk menu hari seterusnya ulang semula menu di atas hingga hari terakhir Ramadan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI