Menginap Di Villa Mewah Bawah Laut RM200 Ribu Semalam, Netizen Kata Neelofa Jadi Inspirasi Buat Hijabi

Share

Untungnya menjadi seorang wanita bernama Neelofa. Bukan sahaja cantik, bijak dan berpeluang memperaga fesyen digemari, tetapi juga turut berpeluang bercuti di kepulauan Maldive yang sangat cantik dan mendamaikan. Lebih mengujakan, pelakon serta pengacara popular ini juga berpeluang tinggal di villa mewah bawah laut yang mana harganya mencecah RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai). Nyata netizen bersetuju pelakon cantik ini memang layak untuk menginap di tempat mewah ini dan jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.

n0ah_berth U deserved it! Hard work pays..

@scha_jimbai You inspiring more people to be successful just like you..❤️❤️ without any hard work it’s impossible to achieve our dreams.

@eshacher You are such an inspiration to all woman. Thankyou for your journey.

@heattyishak tahniah atas kejayaan awak hari, lepas apa yg you dah usaha, you should enjoy it

@nsa.shafika Lawa nya… very inspired every one to succes like you..

Dalam satu posting yang dimuat turut, Neelofa memberitahu dia sangat beruntung kerana menjadi orang ketiga merasai pengalaman menginap di sini.

Dia juga bersyukur kerana diberikan peluang merasai perjalanan yang cukup indah. Bidang kerja dilakukan membuatkan impiannya untuk ke destinasi menarik jadi kenyataan.

Melihat gambar-gambar yang tular di media sosial menggambarkan betapa indahnya pemandangan di dasar laut berkenaan. Istimewanya menurut carian di google penginapan mewah The Maruka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island. Villa di bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia sejak 2016.

Bakal beroperasi November ini, The Maruka yang membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.

Tetamu yang datang juga berpeluang merasai pengalaman menginap di dasar laut dan di kelilingi hidupan akuatik.

Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Maruka ini juga turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.

Selain itu menurut pengacara Meletop ini juga, penginapan mewah ini juga menyediakan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari selain kelengkapan bot persendirian  untuk menjelajah sekitar pulau.

Oleh kerana Neelofa juga dikenali Queen Of Trend dan seorang yang bijak berselfie, jadi #OOTD yang dikongsi sepanjang percutian di sana memang cukup menarik. Dia juga turut bercuti bersama salah seorang adiknya.

Jom kita lihat #OOTD Neelofa yang turut memang dua anugerah utama di ABPBH 31 yang lalu.

#1. @umiz10 MasyaALLAH lofa.. view cantik dan u pon gojesss.. love uu

#2. @farahanum_alias Lucky girl..

#3. @zielamzmmil cantiknya!!!!

#4. @_.nurin_14 wow it is so beautiful kak @neelofa

#5. @sagulicious.co My gorgeous lady,

#6. @aisyahsamin Beauty with brain

#7. @lailaas_08 cantikkk alwaysss

#8. @amrlovrs.official So cute and stylish

#9. @amrlovrs.official So beautiful and cool

#10. @hasmida7 SubhanaAllah cantiknya

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA

IKLAN