Pada musim cuti akhir tahun begini pastinya ramai yang ingin meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga mahupun teman rapatkan. Tak semestinya kena pergi melancong jauh, keluar bersama menonton wayang pun best jugak! Apa kata sis ajak girl gang untuk menonton filem Black Christmas yang akan keluar tidak lama lagi ini.
Dilakonkan oleh Imogen Poots dan Brittany O’Grady, filem ini mengisahkan tentang keadaan di Hawthorne College yang ditutup sewaktu musim cuti. Tiba-tiba, seorang demi seorang pelajar perempuan di kampus tersebut dibunuh oleh seorang ‘stalker’.
Namun tidak semudah itu, pembunuh itu tidak tahu yang dia akan berhadapan dengan kumpulan perempuan yang tidak mudah mengalah dan akan melawannya habis-habisan.
Ads
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Disember ini, Hijabista nak ajak pembaca-pembaca bertuah untuk menjadi yang terawal menyaksikan tayangan perdana filem Black Christmas ini. Mudah sangat! Jawab sahaja soalan-soalan di bawah ini.
Ads
Senangkan? Jangan lupa jawab sis. See you there!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nouhaila Benzina merupakan pemain bola sepak berhijab di Piala Dunia Wanita 2023. Ketika itu pasukan kebangsaan Maghribi berjaya menewaskan Korea Selatan dengan jaringan tipis.
Memetik laporan The Guardian, FIFA membenarkan penggunaan hijab dan disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia pada tahun 2014.
Turun ke Stadium Hindmarsh, Nouhaila Benzina dilihat mengenakan hijab berwarna putih ketika perlawanan.
Terserlah reaksi teruja Imran Aqil ketika melakukan unboxing kereta elektrik pertamanya. Murah sungguh rezeki Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal selepas kahwin.
Hampir sembilan bulan mendirikan rumahtangga, pasangan sepadan Dahlia Rizal dan Imran Aqil dilihat semakin murah rezeki.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram peribadi mereka, terserlah kebahagiaan pasangan terkenal ini.
Malah, ramai yang terhibur dengan content pasangan ini di media sosial yang sering memaparkan gelagat mereka yang suka bergurau dan ‘menyakat’ antara satu sama lain.
Untuk info, Dahlia Rizal dan Imran Aqil mendirikan rumahtangga pada September 2023.
Dahlia Rizal atau nama penuhnya Nur Dahlia Ahmad Rizal yang kini berusia 23 tahun merupakan seorag model tanahair yang namanya sedang meningkat naik.
Manakala Imran Aqil merupakan seorang bekas penyampai radio serta pelakon.
UNBOXING
Baru-baru ini, Imran Aqil ada berkongsi satu hantran ketika membuat video unboxing kereta jenis elektrik pertamanya iaitu BYD Seal berwarna putih.
Hantaran tersebut dikongsi oleh Imran Aqil di TikTok sekaligus mencuri perhatian ramai.
Terdahulu Hijabista ada memaklumkan tentang keadaan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang terpaksa dikejarkan ke Hospital sebaik sahaja pulang dari percutian di Dubai, berikutan kepenatan melampau.
Namun, perkongsian terbaharu Sarah menerusi laman Instagram miliknya, berkongsikan tentang perkembangan terkini dirinya yang sudah kembali sihat dan lebih bersemangat membanting tulang empat kerat demi sesuap rezeki buat dia dan anak-anak telah membuat netizen membuka mata.
“Alhamdulillah, Allah bagi sihat. I’m back to work.
“Ain’t no stopping a hustler, we get up everyday and work 🥰,” tulis Sarah ringkas pada ruangan kapsyen hantaranya itu.
Semangat, ketabahan dan kecekalan yang ditonjolkan Sarah meski diuji dengan pelbagai ujian berat dalam kehidupannya, berjaya membuatkan warganet ‘tabik’ sekaligus terinspirasi untuk mengikut jejak langkahnya yang sentiasa tenang menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Malah, ramai diantara warganet yang mahu mencontohi Sarah dan mengangkatnya sebagai role-model #womanpower dek kerana aura positif yang sentiasa dimilikinya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.