Anda suka ataupun tidak, trend beg micro, kecil dan comel akan terus menghangatkan industri fesyen dunia terutama sekali di negara barat.
Namun, paling tidak disangka adalah beg daripada jenama Jacquemus, diberi nama Le Chiquito, beg ini tersangatlah kecil dan tak mungkin anda mampu mengisi apa-apa di dalamnya!
Pada hari peragaan koleksi musim sejuk Jacquemus 19 di Paris, model berjalan sambil membawa beg yang bersaiz mini di pentas peragaan. Walaupun kecil, beg itu tetap mencuri tumpuan semua dan membuatkan setiap mata yang memandang fokus kepadanya sahaja.
Model dilihat berjalan catwalk dengan beg ‘comel’ itu yang dipegang di jari mereka ataupun disilangkan di bahu dengan tali panjang. Terdapat empat warna beg yang diperagakan iaitu putih, merah, oren dan juga hijau gelap. Huruf J berwarna emas juga ditonjolkan di rekaan beg tersebut. Ternyata rekaan ini berada di kelasnya yang tersendiri!
Jadi bagaimana sis? Mungkinkah selepas ini kita akan bawa beg bersaiz mini begini pula? Why not kan kita cuba bawa comel begitu. Hmm, musykil sis nak isi apa dalam beg tu! Agak-agak boleh tak kalau sis nak bawa ke pasar?
Ikon hijabi yang dahulunya terkenal sebagai blogger, Hanis Zalikha selebriti yang tidak pernah lokek berkongsi tip-tip rumahtangga mahupun kecantikan dengan pengikutnya di media sosial.
Terkenal dengan jenama hijab Cakenis, teraju hijab tanpa pin. Cakenis menganjurkan satu acara tertutup, Cakenis Cruise Collection, yang diadakan di Four Points by Sheraton Chinatown, Kuala Lumpur. Acara tersebut diadakan untuk memperkenalkan koleksi eksklusif pakaian renang Cakenis, dikenali Cakenis Swimwear.
Acara yang dihoskan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanah air seperti Izara Aishah, Fouziah Gous, Syatilla Melvin, Jihan Muse, Elra Loy, Erin Malek dan Nadia Nisaa serta turut dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat Hanis Zalikha. Pelancaran Cakenis Swimwear ini telah dipersembahkan dengan penuh dramatik dan menakjubkan oleh bekas pasukan renang berirama kebangsaan.
OOTD satu kebiasan hijabi yang mementingkan penampilan dan gaya untuk berkongsi di media social setiap momen dan aktiviti. Justeru itu, setiap inci hijab mahupun pemaikaian di titiberatkan. Hanis Zalikha telah bertapak didalam industri fesyen tanah air agak lama dan beliau selalu membawakan sesuatu yang unik, bergaya dan terkini kepada jenamanya. Didalam menghasilkan pakaian renang yang sesuai untuk masa kini, ianya sangat mencabar dimana Hanis menyasarkan untuk memenuhi keperluan pasaran yang praktikal tetapi bergaya melalui koleksi penuh Cakenis Swimwear.
Walaupun penghasilan koleksi pakaian renang bukanlah sesuatu yang baharu, persoalan yang selalu menjadi tanda tanya adalah keunikan yang selalu dibawakan oleh Hanis. “Apa yang saya mahukan adalah ianya berbeza daripada yang lain”, oleh itu rekaan pada setiap pakaian menjadi keutamaan kepada Hanis dalam menghasilkan rekaan renang ini.
Majlis yang penuh eksklusif ini, bukan dihadiri oleh rakan selebriti yang menyokong tetapi ahli keluarga dan pastinya suami dan anak-anak tercinta. Hijabista sempat menemubual Hairul, suami Hanis Zalikha mengenai koleksi yang unik ini.
“Saya cukup berbangga dengan hasil kreatif isterinya kali ni lain dari yang biasa. Selalunya topik yang dibincangkan untuk menghasilkan rekaan hijab terbaharu, tetapi lain pula kali ini.”
“Swimwear? Eloklah selalunya seluar saya yang menjadi mangsa.” Seloroh Hairul
Kesukaran mencari pakaian renang dengan ketinggian sendiri, adalah satu inisiatif Hanis melahirkan Cakenis Swimwear. Hanis sendiri tidak berapa gemar dengan pakaian renang yang ada di pasaran yang mempunyai ciri-ciri sporty seperti warna yang terang dan lebih menonjol.
Apa yang membezakan Cakenis Swimwear dengan jenama yang lain bukan hanya rekaan yang cantik dan menarik, tetapi setiap koleksi didatangkan dengan Flowy Chion Wrap sebagai pakaian luar yang boleh digayakan bersama. Ini sangat sesuai digayakan bukan hanya dikolam renang, tetapi ia boleh juga digayakan apabila bercuti di pantai.
Mengenai Cakenis Swimwear Cakenis Swimwear ini adalah koleksi Cakenis yang eksklusif dan pertama kali diperkenalkan dalam keluaran Cakenis. Ianya direka dan dihasilkan oleh Hanis sendiri. Pakaian renang keluaran Cakenis ini dihasilkan dari kualiti tinggi, ringan dan cepat kering.
Koleksi sulung Cakenis Swimwear, The Cakenis Swimwear S/S 2020 dilancarkan dengan 3 tona warna iaitu Navy & Beige, Olive & Pink dan Black & White. Nilai tambah bagi koleksi Cakenis Swimwear adalah ianya datang bersama Flowy Chion Wrap bagi melengkapi set baju renang. Hijabi boleh memiliki set swimwear dengan pra-tempahan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Instafamous ini, Dahlia Rizal, pernah viral dan menjadi bualan warga net gara-gara gambarnya terpampang di kaca televisyen ketika siaran Buletin Utama.
Dahlia Razali seseorang pempengaruh jenama hijab dan busana muslimah memuat naik gambar di media sosial tanda sudah dirisik dan pada satu majlis yang serba ringkas, Dahlia mengikat tali pertunangan dengan jejaka idaman.
Mempunyai pengikut di instagram seramai 601K, mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos berkongsi momen indah pada hari tersebut, Dahlia mengayakan persalinan busana bewarna rona pastel sedondon hijab dari Tudungruffles Dahlia tampak manis dan ayu.
Sebaik wajahnya terpampang, ramai netizen yang turut tertarik dengan paparan berkenaan. Apa yang lucunya, wajah yang disiarkan bukanlah disebabkan cerita dirinya tetapi mengenai kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Masing-masing memberikan komen yang lucu.
_afiqamrddn i think the camera man having a crush on u
Menurut Dahlia dia tiada kena mengena dengan isu berita berkenaan dan hadir ke Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur bersama rakan sekuliah dan pensyarah atas urusan lain.
Ternyata jurgambar yang merakam gambar berkenaan turut terpesona dengan kecantikan wajah bidadari ini biarpun ketika itu sedang membuat liputan kisah perbicaraan Datuk Seri Najib.
Instafamous Dahlia sememangnya cukup popular di media sosial. Dia yang memiliki follower 356K ini sangat aktif di laman Instagramnya dengan muat turut foto dirinya terutama selfie tika santai atau bercuti.
Beruntung dikurniakan seraut wajah yang cantik. Walaupun masih muda, tetapi Dahlia dilihat lebih matang berbanding usia sebenar.
Bukan itu sahaja, malah #OOTD dirinya yang cukup gemar berselfie ini sering mendapat pujian warga net.
Ayuh kita lihat 10 #OOTD Dahlia Rizal yang boleh buat diri terasa cantik dan boleh jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.
Pancaran sinaran daripada 100,000 butir batu kristal Swarovski bukan sahaja bersinar terang tetapi dalam masa yang sama memberikan satu pengalaman baru buat sesiapa sahaja yang mula melangkahkan kaki masuk ke Crystal World Bawal Exclusive yang dilancarkan secara rasmi pada 5 April.
Menariknya, butik tudung mewah lagi eksklusif yang menelan belanja RM2.5 juta ringgit ini bukan sahaja memukau pandangan mata tetapi dalam masa masa yang sama mempamerkan tudung yang bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski.
Tidak salah untuk kita menghasilkan tudung semewah jenama antarabangasa. Jika memiliki beg tangan dengan harga berpuluh ribu kenapa tidak dengan memiliki tudung yang menjadi mahkota seorang wanita berhijab.
Bagi pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri, dia bersyukur kepada Tuhan kerana impiannya untuk memiliki butik tudung mewah ini akhirnya tercapai setelah sekian lama bergelumang dalam perniagaan tudung.
“Tiada apa yang dapat saya katakan selain bersyukur dengan apa yang dikecapi pada hari ini. Dalam hidup tiada apa yang mustahil dan saya mahu semua orang mempunya azam dan semangat untuk terus berjaya,” kata Haliza.
Sebenarnya impian untuk memiliki butik tudung mewah sendiri bermula pada malam ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun apabila mereka telah dijemput ke majlis makan malam yang berprestij di Wattens, Austria.
Bawal Exclusive telah berpeluang dijemput untuk berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama luar dari seluruh dunia. Dengan disinari kilauan lampu yang mempersona telah menambat hati mereka pada malam itu.
Pancaran kristal Swarovksi yang bermula dengan satu butir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada dalam dewan. Ia merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.
“Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu bersama-sama ke Malaysia. Hari demi hari, impian tersebut bakal direalisasikan pada hari ini dengan perlancaran butik tudung mewah bertaraf antarabangsa yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive.
“Butik tudung mewah ini bukan hanya dibina semata-mata untuk dipamerkan pada umum, malah saya ingin membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu untuk berjaya,” tambahnya lagi.
Ini juga membuktikan rakyat Malaysia juga sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. Hanya bermula dengan satu langkah dengan semangat yang tinggi serta sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan. Beliau juga ingin menjadi inspirasi kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.
“Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa mereka juga mampu untuk menjadi seperti ini,” katanya yang berhasrat menjadikan Crystal World Bawal Exclusive sebagai sebuah butik tudung yang paling mewah di dunia yang bertahtahkan kristal Swarovski.
Istimewanya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, kini pemilik Bawal Exclusive bakal memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan.
“Saya berharap pewaris saya dapat menjaga dan menjalankan pernigaan ini dengan sebaiknya,” tambahnya.
Sepetang bersama media melawat butik mewah ini, sejujurnya kita harus bangga dengan kejayaan anak tempatan yang menaikkan taraf jenama lokal setaraf jenama antarabangsa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di