Siapa di sini yang suka makan buah-buahan? Atau anda lebih suka makan manisan yang diproses seperti kek ataupun kek cawan? Seeloknya kurangkan makan manisan tiruan dan dapatkan rasa manis dari buah-buahan adalah lebih elok. Buah beri biru atau popular dengan nama blueberry merupakan buah yang memiliki banyak khasiat.

Buah ini bukanlah asing bagi kita, ia sangat mudah diperolehi di pasar raya dan kedai buah berdekatan anda. Selain boleh dimakan terus, buah beri biru ini juga sesuai dimakan bersama oat atau pun penkek sebagai sarapan.

Memiliki banyak zat yang berkhasiat beri biru bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Berguna untuk mengurangkan berat badan sehinggalah membantu anda melawan tanda-tanda penuaan, buah ini patut menjadi sebahagian dari diet anda. Paling mudah jadikan ia sebagai snek kudapan bagi menggantikan makanan yang tidak bergizi.

IKLAN

  1. Mencegah dan menghilangkan jerawat.

Memiliki kandungan salicylates yang tinggi ia merupakan sebahagian dari asid salisilik yang memiliki kandungan untuk mencegah jeratwat. Ia mampu membantu membuang kulit mati, membuka pori tersumbat dan mencegah jangkitan bakteria.

IKLAN
  1. Sumber serat yang baik

Serat sangat penting dalam pemakanan harian manusia. Nutrisi sangat diperlukan bagi mengekalkan kesihatan tubuh terutamanya membantu dalam sistem pembuangan air besar. Kulit juga akan menjadi lebih sihat apabila anda memiliki sistem pencernaan yang bagus.

Enak dimakan bersama yogurt sebagai sarapan
  1. Membantu pertumbuhan rambut

Rambut memruluhan stimulasi yang baik untuk membantu pertumbuhan. Salah satu kandungan yang dimiliki oleh buah beri biru ialah proanthocyanidins. Rambut terbentuk dari sekumpulan sel mati yang dikeluarkan oleh folikel rambut kerana ia menghasilkan sel baharu. Proanthocyanidins menstimulasi pertumbuhan rambut baru.

IKLAN
  1. Melawan tanda penuaan.

Jika anda selalu menikmati buah beri biru ia boleh membantu melawan munculnya tanda anti penuaan kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, antioksidan merupakan molekul yang mambu menghalang penghasilan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini mampu merosakkan sel kulit lantas menjadikan kulit kelihatan tidak bermaya dan lebih tua dari usia sebenar.

Sumber gambar: pexels.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI