Pernah atau tidak terlintas difikiran kita, mengapa manusia menangis terlalu banyak? Selain dari fakta dimana seseorang itu akan mengeluarkan air mata ketika menangis sebenarnya ada banyak lagi punca yang boleh menerangkan perkara ini. 

Menurut Konsultan Oftalmologi dan Pakar Bedah Oculo plastik, Ara Damansara Medical Centre, Dr Nazila Ahmad Azli, air mata dapat memastikan mata sentiasa berada dalam keadaan lembab selain turut mengeluarkan benda asing dalam mata yang mungkin merbahaya. 

“Apabila seseorang itu terlalu banyak menangis, ia mungkin akan mengakibatkan saluran air mata menjadi tersekat dan ini mengakibatkan mata akan sentiasa berair,” jelas Dr Nazila. 

Sumber gambar: WebMD

IKLAN

Tambah beliau, keadaan tersebut pastinya akan mem- buatkan seseorang itu merasa kurang selesa dan sedikit sebanyak menyukarkannya untuk menjalankan rutin harian. 

Antara punca mata berair:

1. Telalu banyak menangis. 

IKLAN

Mata biasanya akan berair disebabkan oleh keradangan pada bahagian permukaan mata. Ini berlaku disebabkan oleh beberapa punca antaranya terdapat masalah pada bulu mata atau kelopak mata atau mata mengalami alergi. Mata kering juga biasanya akan menyebabkan mata berair, kerana mata menghasilkan airmata yang berlebihan untuk mengatasi kekeringan.

2. Saluran air mata yang lemah.
Mata berair juga boleh berlaku apabila sistem saluran air mata tidak dapat mengalirkan air mata secara normal pada sesuatu ketika. Saluran air mata yang tersumbat boleh menyebabkan lubang salur air yang sempit atau tersisih (puncta), atau kelopak mata yang menyebabkan penyumbat salur air biasa (biasanya aktif apabila mata berkelip) tidak dapat berfungsi dengan baik. 

IKLAN

Simptom-simptom yang wajib kamu tahu:

Selain mata kelihatan berkaca, atau air mata mungkin mengalir di pipi, gejala lain juga mungkin dialami pesakit termasuklah mata kelihatan kemerah-merahan, gatal, melekit dan bengkak di bahagian dalam mata. 

Masalah lain apabila sering menangis:

  • Alahan
  • Blepharitis (keradangan kelopak mata)
  • Saluran air mata tersekat (bayi dan dewasa)
  • Selsema
  • Ulser kornea
  • Mata kering (menurunkan pengeluaran air mata)
  • Ectropion (kelopak mata yang dihidupkan secara luaran)
  • Entropion dan Ectropion
  • Demam
  • Trichiasis
  • Keratitis (radang kornea)
  • Konjuntivitis
  • Stye (benjolan merah, menyakitkan berhampiran tepi
    kelopak mata anda)
  • Infeksi saluran air mata
  • Trakoma 

Cara rawatan yang harus dilakukan.

Air mata yang berlebihan boleh dirawat dengan cara perubatan menggunakan ubat titis mata, kompres panas ataupun kadang-kadang dengan ubatan sistemik. Rawatan untuk masalah salur air mata biasanya dilakukan dengan pembedahan, tetapi usah bimbang kerana kebanyakan rawatan pembedahan pada masa kini sangat berkesan.
Kunjungi pusat rawatan mata yang terdekat dan dapat- kan pemeriksaan rawatan yang terbaik untuk mata anda. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI