Produk ‘eyeliner’ dan kaum wanita pastinya tidak dapat dipisahkan! Sama juga seperti bedak asas dan juga gincu, pastinya kesemua produk ini antara produk asas solekan yang mampu menaikkan seri wajah anda!

Berbicara mengenai ‘eyeliner’, ia amat penting untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih tajam, tegas, bahkan lebar. Antara jenis solekan yang popular ialah ‘The Cat-Eye’. Tanpa produk ‘eyeliner’ yang sesuai, ia pastinya sukar untuk menghasilkannya! Jadi, apa kata anda lihat barisan pilihan ‘eyeliner’ yang sesuai ini untuk membantu anda menghasilkan garisan yang kemas, mudah dan sempurna! 

Trik Untuk Eyeliner Kekal Sepanjang Masa!

Nak tahu bagaimana untuk kekalkan garisan ‘eyeliner’ setiap waktu? Caranya, calitkan sedikit ‘eye primer’ pada kelopak mata, di bawah mata anda dan di sekitar kawasan mata sebelum mengenakan eyeliner. Ini adalah kerana primer mampu menjadikan kulit lebih licin supaya menjadi lebih mudah untuk memakai eyeliner. Ini akan memberi anda kemasan sempurna dan juga mengekalkan eyeliner untuk masa yang lama.

Antara pilihan ‘eyeliner’ yang terbaik adalah:

  1. Essence Kajal Eyeliner Pencil

Sumber gambar: Essence Makeup

Diformulasi dengan bahan kandungan yang berkualiti, produk ‘eyeliner’ dari jenama Essence ini semestinya dapat memberikan hasil yang sempurna dengan garisan yang serba ringkas dan mudah! Ia memberi kekemasan warna yang pekat serta teskstur yang lebih berkrimnya tidak mudah kering! Tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap, produk dari jenama ini mampu menjadikan alis mata anda seksi dan menarik!

IKLAN

2. Wet n Wild Kohl Liner Pencil

Sumber gambar: Watsons Malaysia

Lihat dari namanya sahaj sudah tahu tentang kelembutan yang dapat diberikan tatkala mengenakan garisan kemas pada alis mata! Bukan sahaja dapat menghasilkan solekan garisan mata yang tepat dan nipis malah produk ‘eyeliner’ dari jenama ini boleh menghasilkan solekan ‘wing’ yang dramatik atau mencipta mata smokey dan seksi. Mudah sahaja untuk bergaya dengan produk ini!

3. Maybelline Hypersharp Liner Laser Precision Black 

IKLAN

Sumber gambar: Maybelline

‘Thank you Maybeline’! Jenama ini tidak pernah gagal dalam menghasilkan rangkaian produk yang eksklusif dan menepati citarasa kaum Hawa terkini! Produk ‘eyeliner’ ini memiliki tekstur yang cair dan warna hitam yang pekat! Jadi, sedikit olesan sahaja mampu menaikkan galak mata anda! Ia juga dilengkapi dengan kuas tipis berukuran 0.01 mm untuk membuat garisan menjadi lebih tepat. Produk dari jenama Maybeline ini wajib anda miliki kerana ia memiliki ciri-ciri ‘smudge-proof’ yang membuatnya tahan air, tahan keringat, tahan minyak dan dapat bertahan sepanjang hari.

4. Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil

IKLAN

Sumber gambar: Hermo

Produk dari jenama Chriszen ini memberikan anda kesemuanya! Harga yang berpatutan, mudah didapati, kalis air dan kalis comot, ia memudahkan anda untuk bersiap dan menjadikan solekan anda sempurna! Apa yang menariknya, dengan formulasi kalis air, tekstur eyeliner yang berkrim dan bebas minyak ini tidak akan membuatkan alis mata anda mudah comot. Mudah, bukan?

5. Maybelline Eyestudio Lasting Drama Gel Eyeliner Black 

Sumber gambar: Shopee

Sebuah lagu ‘hadiah’ dari jenama Maybeline, produk ‘eyeliner’ ini khas untuk anda yang kulit berminyak! Malah, ia juga bersifat ‘waterproof’ dan ‘smudge-proo’ serta dapat bertahan selama 36 jam. Selain itu, ianya selamat digunakan bagi yang mempunyai mata jenis sensitif atau sering menggunakan kanta mata. Pastinya kekemasan dapat dikawal dengan sempurna!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI