Bagi kamu yang memiliki saiz mata yang kecil atau sepet, pastinya buntu untuk mencari gaya solekan mata untuk menjadikan ia besar. Sebenarnya, ia bukanlah penghalang untuk kamu tampil cantik dan berseri walaupun memiliki saiz mata yang sepet Banyak teknik dan cara untuk memastikan bahagian mata kamu besar dan seksi!
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada kamu teknik terbaik untuk menjadikan mata kamu besar dan lebih galak! Selamat mencuba!
Jurusolek yang terkenal di Hollywood, Jake Bailey memberi tip menggunakan dua eyeshadow yang berlainan daripada tona kumpulan warna yang sama. Ini akan membantu kamu untuk menghasilkan efek mata yang besar.
2. Lukis shades di tempat yang tepat
Ads
Jurusolek terkemuka, Sarah Lucero yang sememangnya sinonim dengan nama-nama besar Hollywood seperti Katherine Heigl dan Olivia Wilde berkongsi tentang cara-cara untuk membesarkan mata! Menurutnya, perkara yang paling penting ialah dengan menambahkan lebih warna di tengah garisan bulu mata. Fokus pada bahagian tengah di aats kelopak mata kerana ia kawasan yang paling luas di bahagian mata. Teknik ini dapat menyerlahkan lagi bahagian atas kelopak mata.
3.Gunakan pensil dan eyeliner yang terang
Ads
Apakata kamu cuba berkesperimen dengan menggunakan eyeliner yang terang? Pilih sahaja pilihan warna terang dan sapukan di bahagian kelopak mata supaya memberi efek besar dan menjadikan mata kamu lebih ke dalam.
4. Teknik ‘ombre’
Ads
Teknik ‘ombre’ bukan hanya boleh digunakan di bahagian rambut sahaja! malah ia boleh dijadikan sebagai teknik untuk membesarkan mata kamu yang sepet dan kecil. Caranya ialah dengan menggunakan bayangan yang lebih cerah untuk dipadankan dengan mata dan bayangan yang lebih gelap pada kedutan kelopak mata. Cara ini membuatkan mata kamu akan tampak besar dan bulat.
5. Teknik ‘smokey eye’ untuk solekan dramatik
Pasti ramai yang mengidamlan teknik ‘smokey eye’ dalam gaya solekan, bukan? Ia bukan sahaja menjadikan mata kamu lebih besar, malah mata kamu akan jadi lebih seksi dan dramatik! Gunakan ‘eyeshadow’ berwarna ‘nude’ pada kesuluruhan kelopak mata dan gunakan pensil untuk membuat garisan panjang atas bulu mata. Kemudian, gariskan pula di bawah garisan bulu mata. Gabungkan garisan-garisan ini untuk menghasilkan efek ‘smoky’. Serlahkan penjuru mata dengan bayangan warna putih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon popular Fazura sekali lagi menghangatkan ruang laman sosial dengan ‘posting’ terbarunya di laman Instagram miliknya. Baru-baru ini, selebriti ini memuat naik gambar terbarunya di laman Instaragam miliknya, @missfazura.
Ia menjadi bualan ramai kerana wajah ayunya bertudung sambil ‘posing’ bersahaja bersama-sama ‘caption’ tentang vaksin, cukup menyerlahkan lagi sisi keanggunan selebriti ini.
Sejak kebelakangan ini, Fazura seringkali memuat naik gambar mahupun videonya memakai tudung. Ramai netizen yang mendoakan supaya Fazura kekal memakai hijab dan ramai juga memberikan komen-komen yang positif dalam ruangan komennya.
Isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin dan juga ibu kepada Nur Fatima Aisya ini kelihatan sibuk dengan perniagaan @tudungfazura nya yang sememangnya menjadi pilihan ramai para hijabi di luar sana. Apa-apapun, kami sentiasa mendoakan semua yang terbaik untuk Fazura! Semoga Allah S.W.T memberi kebaikan yang sebaiknya kepada selebriti kesayangan ramai ini.
Tawaran hebat seperti 1.1?7.7?8.8?12.12 pastinya membuatkan kamu tidak berjauhan dengan telefon bimbit kamu bukan? Hanya menggunakan hujung jari sahaja, kamu leka membeli barangan yang kadang-kala bukanlah keperluan malah hanya kehendak mengikut nafsu semata-mata.
Awas! Kamu dalam bahaya! Situasi ini amat membahayakan dengan situasi sekarang yang tidak menentu. Keadaan ekonomi dunia yang semakin goyak disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Banyak syarikat yang ‘gulung tikar’ serta ramai juga yang diberhentikan kerja, jadi kamu harus hentikan tabiat kamu menjadi seorang ‘shopaholic’!
Aplikasi jualan dalam talian amat suka menarik minat kamu, tambahan pula apabila mereka menggunakan kaedah ‘odd-even pricing’ dalam harga jualan mereka, sudah tentu kamu akan rambang mata membeli-belah. Hentikan semua itu dan mula kawal cara berbelanja kamu dengan lebih bijak!
Untuk kamu yang sememangnya ‘shopaholic’, pasti ada punca mengapa kamu jadi begitu. Kenal pasti mengapa kamu lebih suka membelanja barangan yang tidak penting. Kunci untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini adalah dengan mengenal pasti penyebabnya. Adakah ‘mood’ yang akan menyebabkan kamu membeli-belah secara berlebihan? Ia bergantung kepada sesetengah individu kerana ada yang terlebih berbelanja sewaktu mereka berasa gembira dan ada juga sewaktu sedih. Jika berasa gembira, mungkin kamu berbelanja untuk meraikan sesuatu. Bertentangan pula apabila kamu sedih kerana mungkin kamu ingin mengawal perasaan tersebut dengan membeli-belah. Penting untuk kamu mengetahui bahawa perasaan ini hanyalah sementara dan membeli-belah bukannya penyelesaian yang dapat membantu anda dalam jangka masa panjang. Hanya dengan cara mengenal pasti puncanya, ia dapat membantu kamu dari melakukan pembaziran.
Ini juga antara teknik terbaik untuk kamu tidak melakukan ‘bad investment’. Salah satu cara untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini ialah dengan menggunakan teknik 24 jam. Apabila kamu ingin membeli sesuatu dan pada keesokan harinya kamu tidak lagi menginginkannya, jangan beli barang tersebut. Pastikan kamu tunggu sekurang-kurangnya sehari atau lebih sebelum membuat keputusan. Kadang-kala kamu juga mungkin akan melupakan barang tersebut. Jika ia membantu, simpan senarai barang-barang yang diingini dan minta kawan-kawan untuk belikan sebagai hadiah hari jadi atau tunggu sehingga kamu mampu membelinya.
Duit bukanlah seperti air. Apabila kamu berbelanja tanpa meletakkan sebarang bajet, maka RM 50 pun boleh dilihat sebagai RM 1. RM 100 hanya dilihat sebagai RM 10. Adakah ia berbaloi? Adakah produk yang dibeli itu meringankan beban kehidupan kamu? Maka, untuk mengelakkan dari pembaziran, tetapkan sebuah jumlah bajet sebelum kamu membeli-belah. Dengan bajet yang ditetapkan, membeli-belah tidak akan menjadi sebarang masalah. Cuba tetapkan bajet bulanan mengikut had kemampuan kamu yang masih dapat memberikan suatu kepuasan semasa berbelanja. Dengan itu, kamu masih mampu memberi ganjaran kepada diri sebagai tanda penghargaan kerana bajet pembelanjaan sudahpun ditetapkan. Jika ianya tidak digunakan, kamu boleh jadikan sebagai simpanan!
Hal ini seringkali berlaku kepada mereka yang begitu sensitif melihat nombor pada harga produk. Misalnya harga itu dijual pada jumlah RM 99.99, terus kamu rasakan harganya murah kerana masih di bawah RM 100. Hakikatnya, semua tawaran, promosi mahupun iklan sedang bermain tarik-talik dengan minda kamu dengan menggunakan kuasa psikologi. Kurangkan melihat iklan kerana ia dapat mengurangkan perasaan ingin membeli sesuatu secara tiba-tiba, terutama sekali apabila barang tersebut menawarkan diskaun menarik. Kamu juga boleh berhenti melanggan emel-emel promosi untuk mengawal diri. Cuba luangkan masa dengan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan beli-belah atau lakukan aktiviti lain yang tidak melibatkan internet.
Sama seperti iklan, cuba kurangkan masa kamu dari mengunjungi pusat membeli-belah, melihat aplikasi jualan secara dalam talian atau dari keadaan yang akan mendorong kamu untuk membeli. Banyak lagi aktiviti lain yang dapat dilakukan bersama yang tersayang seperti beriadah, memasak atau bersenam. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa kamu malah ia juga lebih jimat berbanding membeli-belah.
Jika kamu suka membeli-belah dalam talian, cuba kurangkan masa dari mengakses laman web tersebut. Bila kamu kurang meluangkan masa melayari aplikasi atau laman web sebegitu, anda akan dapat merasakan anda kurang berbelanja. Cuba elak daripada menyimpan maklumat kad kredit anda di laman web membeli-belah. Sebaliknya, gunakan masa untuk mengisi semula maklumat kad kredit dan informasi lain untuk memikirkan sama ada perlukah anda membeli barang tersebut.
Jika kamu sering menjadikan membeli-belah sebagai aktiviti masa lapang, mungkin inilah masanya untuk kamu tukar kepada aktiviti lain yang lebih jimat, berfaedah dan membantu mengawal tabiat membeli-belah mengikut emosi. Jika kamu tidak mempunyai hari yang baik di tempat kerja, lakukan jenis senaman yang menyeronokkan, hubungi rakan kamu atau pergi ke kafe kegemaran!
Membeli-belah sememangnya seronok dan dapat menggembirakan kamu tetapi jika ia memudaratkan anda, adalah lebih baik jika anda kurangkan tabiat itu. Takut nanti dibebani hutang pula. Pastikan status kewangan stabil dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja, barulah kamu lebih gembira, dompet pun tak merana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jumlah suntikan vaksin COVID-19 yang dikemaskini pada 24 Julai adalah 11,507,070 dos pertama. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di laman sesawang memaklumkan 19,721,086 yang sudah berdaftar.
Umum orang ramai yang telah menerima dos pertama ketiga-tiga jenis vaksin ini Pfitzer, Astrazeneca dan Sinovac masing-masing berkongsi pengalaman dan kesan sampingan setelah divaksin. Namun ketiga-tiganya ada perbezaan kesan sampingan dan ini bergantung pada tahap ketahanan imunisasi badan individu itu sendiri.
Bercerita pada pengalaman warga Malaysia yang menerima baik vaksin bagi mencegah penularan virus covid-19 di dalam badan, rata-rata mengatakan mereka yang menerima vaksin Astrazeneca mempunyai kesan sampingan yang paling ketara berbanding dengan vaksin yang lain. Paling ketara individu tersebut mengalami sengal-sengal badan, demam dan pening kepala.
Perkongsian ini termasuklah anda di nasihatkan makan sebelum menerima vaksin, minum vitamin C dan paling popular adalah pengambilan PANADOL sekiranya mengalami kesan sampingan seperti demam dan sakit kepala. Apabila terlalu banyak perkongsian, pasti timbul kekeliruan. Kekeliruan sehingga langkah yang salah di ambil.
Lelaki ini tampil menjelaskan kekeliruan ini, Sir Mas Faiz seorang guru tutor, pernah menjadi ahli kimia di syarikat ternama dan sekarang calon PhD di Universiti Malaya menjawab kekeliruan pengambilan PANADOL selepas atau sebelum divaksin dan jenis-jenis panadol dan tahap keberkesanannya. Jom ikuti perkongsian lelaki ini di laman sosial:
SUMBER: Twiter @masfaizhakim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!