Percaya atau tidak wanita zaman dahulu banyak menggunakan bahan semula jadi untuk perawatan kecantikan. Mereka percaya bahan-bahan ini adalah sumber terbaik untuk perawatan kulit wajah.

Masker yang dihasilkan menggunakan buah-buahan tempatan sangat baik untuk mengurangkan masalah kulit. Sebagai contoh buat betik. Buah betik yang dijadikan sebagai masker bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit wajah tetapi juga untuk kesihatan rambut.

Berikut perkongsian Mala Mansor

MASKER BETIK UNTUK WAJAH PUTIH BERSIH DAN RAMBUT SIHAT
Buah betik kαya dengan sumber antioksidan, vitamin B, vitamin C, karoten, flavonoid, mineral, kalium, magnesium, dan serat.

IKLAN

Dalam buah betik  ada enzim untuk pemutihan kulit, mengelupaskan kulit mati, membaiki kulit yang disebabkan penuaan. Pelbagai vitamin ini juga boleh mengelakkan rambut daripada gugur. Akar rambut menjadi kuat dan boleh menghilangkan kelemumur. Sapuan masker betik juga membantu untuk membersihkan kotoran pada bahagian kulit kepala.

CARA MEMBUAT MASKER BETIK:
1. Cuci bersih buah betik dan buang kulit serta biji.
2. Lenyekkan atau kisar dengan sedikit air.
3. Kemudian sapukan di seluruh muka atau rambut.
4. Biarkan hingga 10 minit atau hingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.

IKLAN
Photo by Vlada Karpovich from Pexels

Jom kita cuba buat masker untuk kulit wajah dan rambut. Buat sekali adunan tapi boleh guna untuk rambut dan juga kulit wajah.

Photo by Criativithy from Pexels

KHASIAT BUAH BETIK UNTUK KECANTIKAN KULIT WAJAH:

IKLAN
Photo by alleksana from Pexels

1. Betik mengandungi kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Seperti yang diketahui, vitamin C mampu mencerahkan kulit, memberhentikan penghasilan melanin atau pewarna kulit coklat yang menyebabkan terjadinya tompokan jeragat sekali gus merangsang kolagen dalam kulit.
2. Kandungan Beta karotin pula menggalakkan warna kulit menjadi lebih sekata.
3. Enzim papain dan AHA adalah asid buah semula jadi yang bertindak sebagai agen penanggal sel kulit mati. Oleh itu adalah tidak mustahil masker betik mampu menjadikan kulit lebih cerah, bersih dan licin tanpa parut jerawat dan kesan jeragat tebal.

HIJABISTA: Buah-buahan bukan sahaja elok dan berkhasiat untuk dijadikan sumber makanan yang sihat tetapi boleh juga dijadikan sebagai rejim kecantikan wajah. Perawatan kecantikan harus dilakukan secara konsisten agar memberikan impak seperti yang diinginkan. 

Sumber kredit: Mala Mansor

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI