Pendakwah bebas dan pelakon PU Riz mengakui ada menjalani rawatan menanam rambut sekitar Oktober tahun lepas.

Kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, keputusannya untuk menanam rambut kerana berdepan masalah keguguran rambut yang serius pada bahagian hadapan dan tengah kepala.

"Malulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita.

"Boleh untuk tanam rambut, tak berdosa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita," katanya.

Sebanyak 2,000 helai rambut pada bahagian belakang kepalanya diambil dan ditanam semula di bahagian hadapan.

Melalui prosedur itu, PU Riz akui sakit memandangkan dia mengelak daripada mengambil ubat bius yang banyak.

"Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sakit terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala.

IKLAN

"Saya pula cuba elakkan ubat bius terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengkak selepas rawatan itu.

"Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati," tambahnya.

Mengulas mengenai hukum menanam rambut yang masih diragukan hingga kini, PU Riz menjelaskan rawatan tersebut tidak haram.

IKLAN

"Bukannya haram tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang haram.

"Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah.

"Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah.

IKLAN

"Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar," katanya.

HUKUM MENANAM RAMBUT DI KEPALA

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada
14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;

Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan
tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.

Jadi lepas ini tidak perlu ragu-ragu lagilah buat sesiapa yang ingin menanam rambut.

Sumber kredit: Astro Gempak, muftiselangor.gov.my dan Instagram drshahhairclinic

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI