Pendakwah bebas dan pelakon PU Riz mengakui ada menjalani rawatan menanam rambut sekitar Oktober tahun lepas.
Kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, keputusannya untuk menanam rambut kerana berdepan masalah keguguran rambut yang serius pada bahagian hadapan dan tengah kepala.
"Malulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita.
"Boleh untuk tanam rambut, tak berdosa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita," katanya.
Sebanyak 2,000 helai rambut pada bahagian belakang kepalanya diambil dan ditanam semula di bahagian hadapan.
Melalui prosedur itu, PU Riz akui sakit memandangkan dia mengelak daripada mengambil ubat bius yang banyak.
"Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sakit terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala.
Ads
"Saya pula cuba elakkan ubat bius terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengkak selepas rawatan itu.
"Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati," tambahnya.
A post shared by Dr Shah (@drshahhairclinic) on May 31, 2020 at 10:07pm PDT
Mengulas mengenai hukum menanam rambut yang masih diragukan hingga kini, PU Riz menjelaskan rawatan tersebut tidak haram.
Ads
"Bukannya haram tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang haram.
"Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah.
"Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah.
Ads
"Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar," katanya.
HUKUM MENANAM RAMBUT DI KEPALA
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada
14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;
Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan
tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.
Jadi lepas ini tidak perlu ragu-ragu lagilah buat sesiapa yang ingin menanam rambut.
Sumber kredit: Astro Gempak, muftiselangor.gov.my dan Instagram drshahhairclinic
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad (s.a.w) akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun. Puasa dipercayai bukan sahaja mempunyai faedah fizikal, seperti, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pembakaran lemak, tetapi ia juga menggalakkan disiplin rohani dan fokus dalam beribadat.
Sebagaimana sabda Nabi: “Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum.” (Bukhari, 1241)
Beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat pelbagai usaha dijalankan untuk menghubungkaitkan teknologi dengan kepercayaan agama. Bagi umat Islam, ini juga berdasarkan bagaimana Islam diamalkan di zaman moden dengan menjadikan teknologi dan Iman menjadi lebih serasi dan harmoni.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Semak hari Sunnah untuk berpuasa sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalender anda:
Aishah (r.a.) meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah (s.w.t). Ini akan dapat mengajar kita untuk istiqomah dalam beramal ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori.
Hari Putih atau dikenali sebagai ‘Al-Ayyam al-Bid’ dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari dalam bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan purnama bersinar terang pada hari tersebut. Umat Islam digalakkan berpuasa selama tiga hari ini pada setiap bulan Islam kecuali pada 13 Zulhijjah, kerana umat Islam dilarang berpuasa pada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.
Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan, untuk mencapai fadhilat dan ganjaran yang besar.
Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa bulan Ramadhan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala dua bulan, dan itulah puasa sepanjang tahun. .” Maka barangsiapa yang berpuasa enam hari dan bulan Ramadhan akan mencatat pahala puasa sepanjang tahun.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji), kerana hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang dikurniakan Allah. Sesetengah orang mungkin memilih untuk berpuasa enam hari berturut-turut serta-merta selepas hari pertama, atau berpuasa lewat dalam bulan itu, sama ada sehari selepas hari lain atau pada hari rawak pada bulan tersebut.
Sya’ban (Syaaban) adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang boleh. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya’ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadhan, baik rohani mahupun jasmani.
Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan. Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Keesokan harinya pada 15 Sya’ban, umat Islam sering berpuasa.
Namun, puasa pada separuh kedua Sya’ban tidak dibenarkan untuk berpuasa, kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya’ban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa ulama daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Apabila sudah separuh Sya’ban, janganlah kamu berpuasa.” (at-Tirmidzi, 738)
Puasa pada 10 Muharram, yang dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram. Mengapa digalakkan berpuasa pada hari tersebut? Ia adalah untuk memperingati hari Allah (s.w.t) menyelamatkan Nabi Musa (a.s) dan pengikutnya daripada musuh mereka.
Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji. Walaupun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara yang boleh kita mengabdikan diri dengan cara yang sama. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke Gunung Arafah. Bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah (s.w.t) dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.
Jejaki sejarah puasa anda sepanjang tahun dengan ciri penjejak puasa dengan pelbagai cara seperti aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menyemak doa harian dan membaca Al-Quran dimana jua mereka berada dan ia untuk membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus beribadah.
Seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Nabi ditanya, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah? “Baginda bersabda, “Amalan yang paling tetap walaupun sedikit.” Beliau menambah, “Janganlah kamu memikul dirimu, kecuali amal yang menurut kemampuanmu.” (Bukhari, 6465)
Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi setiap orang, pasti akan ada individu yang menjadi idola serta pembakar semangat buat kita untuk menjadi sepertinya. Mengikut kepada niat masing-masing, ada yang mahu idolakan seseorang itu oleh kerana ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Berkongsi di laman media sosial, Oktovia Manrose bersyukur di jemput meski pun pada saat-saat yang terakhir. Pujian di berikan kepada Ustazah Asma’ Harun kerana keperibadiannya yang baik.
Pelakon, Oktovia Manrose menitipkan rasa syukur yang teramat meski pun mendapat jemputan pada saat yang terakhir. Walaupun begitu, dia tidak mahu melepaskan sesaat kerana majlis tersebut sangat memberikan kesan.
Katanya lagi, majlis Maulid Akhbar yang di anjurkan oleh Ustazah Asma’ Harun itu menjadi satu majlis ilmu yang banyak intipati yang baik. Dia juga tidak melepaskan peluang untuk meluahkan tanda penghargaannya kepada pendakwah bebas itu pada laman sosial media miliknya.
“Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuan baru-baru ini di majlis Maulid Akhbar yang dianjurkan oleh @ustazahasmaharun,
“Jemputan last minute tapi Allah permudahkan. Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir.” ujarnya.
Artikel berkaitan:
Dalam kesempatan itu juga, Oktovia memuji keperibadian Ustazah Asma’ Harun kerana sikapnya yang baik dan merendah diri. Siapa sahaja tidak menyegani apabila berjumpa dengan seorang ilmuwan yang banyak berikan nasihat kepada orang ramai.
Jelas di ruang kapsyen posting milik Oktovia Manrose, pendakwah bebas itu telah menjadi asbab buat dirinya untuk kekal beristiqamah ke jalan Allah SWT. Bahkan, dia juga mendoakan supaya Ustazah Asma’ Harun dapat membimbingnya dan rakan-rakan ke syurga yang di idamkan.
“MasyaAllah. Ustazah sangat baik, sangat humble, semoga menjadi asbab saya kekal istiqamah,
“Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustazah 🤲🏼,
“Dan kepada sahabat saya , pengikut saya yang selalu meyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqamah.
Tidak pada itu, Oktovia juga menyelitkan pesanan ringkas buat pengikut-pengikutnya di instagram supaya lebihkan masa untuk ke majlis ilmu. Dengan cara itu juga katanya, dapat kita dekatkan dan tambah ilmu pengetahuan yang lebih banyak tentang agama.
“Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis2 ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW,
“Saya akan mendoakan agar kita semua dapat berkumpul didalam majlis seperti ini lagi dan lagi,
“Hanya Allah yang dapat memberi hidayah. Tapi usaha kita adalah untuk bersama2 mengajak ramai lagi sahabat muslimat untuk bersama2 berada di dalam perjumpaaan majlis ilmu seperti ini.” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.
Kita banyak lihat ramai artis yang mula untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Dengan contoh-contoh ini, kita boleh ikuti juga jejak langkah yang sama supaya dapat memperbaiki diri dengan baik.
Tiada yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira apabila berpeluang meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel apabila kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha mewarnai sambutan Ramadan pada tahun ini.
Berbicara soal sambutan Ramadan bersama puteri sulungnya, Hijabista menemu ramah secara eksklusif pelantun lagu Ku Bersuara dan Boneka, Ernie Zakri tentang pengalamannya menyambut bulan suci Ramadan ini sebagai seorang ibu.
“Pengalaman puasa yang sangat berbeza..”
Menyentuh soal pengalamannya berpuasa bersama anaknya, Ernie Zakri menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang berbeza dan indah. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, bulan Ramadan kali ini mengajar dirinya erti tanggungjawab yang sebenar.
“Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, ia memberi rasa keterujaan kepada diri saya. Walaupun berpuasa, saya harus memastikan anak saya mendapat bekalan susu yang secukupnya,” ujarnya gembira.
Namun, tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang masih baru bergelar ibu, sememangnya ia bukanlah proses yang mudah. Setiap hari pasti ada sahaja kesukaran dan cabaran yang dihadapinya, namun ia merupakan proses terbaik untuk dirinya belajar menjadi ibu yang baik kepada Nur Khawla Soleha.
“Jujurnya, ia bukanlah sebuah proses yang mudah. Saya mengalami sedikit kesukaran saat pertama kali bergelar ibu. Cabarannya lebih kepada menyusukan anak dan kadang-kala saya jadi sedikit buntu apabila anak menangis. Tak tahu sama ada dia mahukan susu atau sebaliknya.
Tetapi saya ambil pengalaman ini sebagai sebuah proses untuk saya belajar dan memperbaiki setiap kelemahan diri saya untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya,” tambah Ernie.
“Tidak terlalu berbelanja raya untuk Nur Khawla..”
Kongsi Ernie, sambutan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya dan suami. Namun, dari segi perbelanjaan raya, dia lebih selesa untuk berbelanja secara sederhana untuk Nur Khawla kerana puteri sulungnyaitu masih lagi kecil.
“Nur Khawla berusia dua tahun pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Jadi, perbelanjaan rayanya bersederhana sahaja. Apa yang penting, kehadirannya mengubat sedikit rasa sayu apabila kami meraikan Aidilfitri nanti tanpa ibu mertua saya,” ujarnya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.