Dalam keterujaan kita mencuba pelbagai jenis produk skincare kita mungkin terlepas pandang tentang kesesuaian produk dengan kulit wajah. Mungkin juga kita terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mencuba sesuatu produk dan nampak kesannya maka kita pun sibuk hendak mencuba juga.

Memang menjaga kecantikan kulit wajah perlu dilakukan secara konsisten namun beberapa kesalahan tentang penggunaan skincare perlu diambil perhatian. Hasilnya barulah kulit cantik dan glowing menjadi realiti.

Berikut perkongsian Fyza Shah

Ada 7 kesalahan dalam penggunaan skincare yang ramai terlepas pandang:

1- Tak buat double cleansing- punca kepada banyaknya whitehead dan blackhead lebih lagi dihidung.

2- Cuci muka nak cepat-cepat. – Tak sempat kotoran yang melekat kuat dalam pori nak keluar habis.

3- Skip toner – pH kulit tak seimbang dan lari, kulit mesti duduk pada pH 5.5 iaitu sedikit berasid. Cari lah yang serasi.

4- Skip essence- terus jump to serum. Essence konvensional adalah berasaskan air macam SK11 , khas untuk bekal air dalam kulit. Yang local tu macam essence Herv.

Tak pakai, kulit kering tak cukup air atau dehydrated.

5- Skip Serum – Kulit rosak tak diperbaharui, kulit cepat ke arah penuaan, kendur, tak flawless, jeragat jerawat sibuk nak naik.

IKLAN

6- Tak pakai pelembap- ramai takut pakai sebab takut muka makin berminyak. Cari ikut kesesuaian jenis kulit.

Kulit minyak cari jenis waterbased, gel based. Kulit berminyak menandakan tak cukup dan tak seimbang lembapan , kering dari dalam.

7- Tak exfoliate- punca kepada banyak sel mati masih lekat atas muka, buat muka kusam tak berseri. Melambatkan kesan semua skincare kita pakai.

Kak Fyza pun ambil masa nak lengkapkan satu-satu. Nak cari yang serasi dengan keadaan kulit tu tak mudah juga.

Tukar sana tukar sini, keep searching. Macam kau orang dengan pasangan la, bukan sekali jumpa terus jadi kan. Kawan yang ke berapa baru rasa ngam, serasi pastu ajak kahwin.

IKLAN

Moga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang bukan sahaja cantik tapi sihat dan berseri.

Rutin penjagaan wajah pada waktu malam juga penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan hanya dijaga pada waktu siang sahaja. Ramai yang anggap penjagaan kulit pada waku malam adalah tidak penting.

No! Anda perlu tahu betapa pentingnya penjagaan kulit pada waktu malam agar wajah tidak rosak. Ini antara 5 perkara yang perlu anda hindari.

1. Tidak Membersihkan Solekan

Ini merupakan satu kesalahan yang sering dilakukan. Memang malas mahu menanggalkan solekan pada wajah. tetapi, solekan yang menempel pada wajah akan membuatkan liang pori tersumbat. Akhirnya, wajah akan mudah ditumbuhi jerawat.

Sekurang-kurangnya, cuci muka anda menggunakan micellar water. Kemudian, gunakan pencuci muka dan diakhiri dengan toner.

IKLAN

2. Tidak Pakai Krim Mata

Krim mata berfungsi untuk mencegah garisan-garisan halus pada sekitar mata. Tetapi, jangan samakan krim malam dengan krim mata ya. Anda harus gunakan krim khusus untuk mata jika anda mahu hasil yang maksimum.

3. Mandi Dengan Air Suam

Pada waktu malam, memang seronok jika anda mandi menggunakan air suam. Tetapi tahukah anda bahawa kulit anda akan menjadi cepat kering dan bersisik jika anda selalu mandi dengan air suam. Lebih baik sekiranya anda mandi dengan air biasa agar kulit tetap lembap.

4. Biarkan Rambut Terurai

Sekiranya anda masih belum mencuci rambut, jangan lupa untuk ikat rambut anda kerana rambut yang terkena pada wajah akan buat kulit mudah iritasi. Jadi, sebaiknya sepit rambut anda agar rambut tidak menyentuh kulit wajah anda.

5. Lupa Pakai Krim Malam

Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan lembap pada keesokan pagi, jangan lupa untuk memakai krim malam sebelum anda tidur. Sapukan krim malam secara rata pada wajah dan leher anda ya!

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI