“Mama Sempat CIUM & Pesan ‘Jaga Adik-adik’- Wafiy, Anak Mangsa KEMALANGAN Kini Pikul Tanggungjawab Di Usia Muda

Share

Menjadi ketua keluarga dalam usia yang masih muda memang sukar untuk dilaksanakan sementelah tahu itu sebenarnya tugas orang yang lebih dewasa. Namun ketentuan Illahi siapa yang tahu. Adik Muhammad Daris Wafiy yang kehilangan ibu dan ayah serentak bersama adik bongsu mereka terpaksa menerima hakikat dalam usia semuda itu perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga dua orang adik-adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9 tahun dan Muhammad Daris Amsyar, 5 tahun.

Dia yang sebelum itu lena tidur terjaga apabila dikejutkan dari tidur sebelum mamanya balik ke rumah mereka dan berpesan agar  dia menjaga adik-adiknya. Mama kemudiannya mencium dan siapa sangka itu adalah pesanan dan ciuman terakhir dari seorang ibu.

Foto: BERNAMA

Selepas dikejutkan ibunya dan bersalaman dengan adiknya Rayyan, dia kembali menyambung tidur. Namun sejam kemudian Wafiy dikejutkan semula oleh opahnya memberitahu mama, papa dan adik yang kecil mereka sudah tiada.

Ternyata kegembiraan tiga beradik ini pulang ke kampung sempena cuti sekolah berakhir dengan dugaan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Dalam sekelip mata tiga beradik ini sudah menjadi yatim piatu

kerana ayah dan ibu serta seorang adik mereka maut dalam kemalangan di kilometer 21, jalan Setiawan-Teluk Intan Perak. Jenazah tiga beranak yang maut ini selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Batu 9 Lekir 4 kelmarin.

Menurut Daris kepada Berita Harian, dia memilih untuk tinggal bersama datuk yang juga ayah kepada bapanya, Nadzim Mohd Taib dan bersekolah di sini.

Sementara itu, datuk mereka, Nadzim 68 tahun, dia dan isterinya akan menjaga dan menguruskan persekolahan tiga cucunya di sini selepas ini. Lagipun menurutnya sudah menjadi kebiasaan arwah anaknya menghantar cucu setiap kali musim persekolahan.

Admin ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga adik Daris Wafiy akan mengotakan amanatnya untuk menjaga dua lagi adik-adiknya yang masih kecil.

SUMBER:BERITA HARIAN

IKLAN