Tidak ramai yang memiliki masa untuk bersenam walaupun hanya berlari. Namun, senaman harus dilakukan untuk pastikan kesihatan diri terjaga. Harus diingat, meskipun 20 peratus datang dari senaman dan 80 peratus datangnya dari pemakanan, ia juga memberi kesan kepada tubuh badan kita.

Kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan senaman turun dan naik tangga yang banyak memberi manfaatnya. Bukan sahaja tidak mengeluarkan sebarang kos, tetapi ia juga amat mudah untuk dilakukan. Apa yang penting, anda konsisten melakukannya, pastinya berat badan menurun dengan cepat!

Sumber gambar: Scripps

Antara kelebihan senaman turun naik tangga adalah:

1.Menurunkan berat badan

Naik dan turun tangga dalam tempoh 5 minit sekurangnya setiap hari boleh membantu dalam menurunkan berat badan dan boleh memberikan tenaga kepada tubuh kita.

IKLAN

2. Baik untuk tekanan darah

Selain itu juga, senaman menaiki tangga juga memastikan kesihatan jantung dan tekanan darah. Kadar denyutan jantung boleh ditingkatkan dan memastikan sistem pengaliran darah yang baik. Ini adalah kerana, apabila jantung semakin mengepam laju darah, ia memudahkan saluran darah untuk sampai ke semua bahagian otot termasuklah jantung.

Sumber gambar: Loseyoself

3. Membina kekuatan Stamina

IKLAN

Bagi mereka yang baru sahaja ingin memulakan senaman ini, usah lakukan dengan kadar yang tinggi atau lama. Pada peringkat awal, kita mungkin akan mendapat kekejangan kaki dan lenguh pada sesetengah bahagian badan. Tapi dalam tempoh panjang, stamina badan kita akan bertambah dan kita akan mampu melakukan aktiviti yang mana kita tak mampu melakukannya sebelum ini akibat badan yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Cuba tetapkan ‘target’ anda setiap kali anda lakukan senaman ini. Pastikan bilangan masa bertambah untuk memastikan stamina diri terus meningkat.

4. Mengurangkan kadar dijangkiti Diabetis

IKLAN

Menggunakan tangga dapat memulihkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kadar seseorang itu mendapat penyakit diabetis.

Sumber gambar: Women’s Health

5. Mengurangkan sakit kepala.

Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan tangga akan memberikan kesan yang bagus dalam mengurangkan kadar mendapat serangan sakit kepala yang teruk. Ini adalah kerana ia membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan terjadi sumbatan terjadi dalam saraf tender yang akan menyebabkan sakit kepala.

https://www.youtube.com/watch?v=TAnTs5fXn3Q

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI