Pasti ramai yang masih bermalasan di pagi hari kan? Tambahan pula bila majoriti dari kita hanya berkerja di rumah sahaja. Lebih-lebih lagi bila mahu bersolek. Pasti terasa berat tangan untuk bersolek tetapi masih mahu kelihatan bersiap dan kemas ketika menghadiri ‘online meeting’.

Jangan risau! Kami ada solusinya! Gayakan dengan solekan yang natural. Hanya memakan masa yang singkat, tidak sampai 5 minit pun, kamu sudah bersedia untuk menjalani hari kamu dengan lebih yakin! Tak perlu gunakan barang solekan yang banyak, hanya produk asas sahaja mampu menaikkan seri wajah kamu. Jom cuba!

1 – Bedak Asas

Pemilihan warna bedak asas mestilah sama dengan warna kulit. Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan jenis natural ini kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek.

IKLAN

2 – Solekan Mata

Warna solekan mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti warna coklat dan hitam.

IKLAN

3 – Pemerah Pipi

Pilihan warna pemerah pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Pastikan kamu tidak menggunakan warnya yang terlampau merah yang boleh menjadikan kamu seperti badut. Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. Powder Pearl Blusher merupakan warna terbaik untuk memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.

IKLAN

4 – Gincu Bibir/Lipstick

Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. Apa yang perlu anda fahami, Warna Natural terdiri daripada warna Soft Pink, Soft Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit. Tidak semua orang nampak natural apabila menggunakan warna coklat. Pilihlah warna yang sesuai dan paling dekat dengan tona kulit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI