Pelembap merupakan salah satu produk kecantikan terpenting untuk kulit. Ia ibarat makanan yang menyuburkan kulit wajah. Manfaat yang diberikan pelembap wajah jauh lebih luas daripada sekadar mencegah kulit kering.

Kandungan di dalam pelembap yang di jual di pasaran saat ini juga sudah semakin bervariasi dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kulit. Apa yang akan terjadi jika anda sering melewatkan pemakaian pelembap?

Berikut ini dikongsikan kesan daripada tidak atau melewatkan pemakaian pelembap wajah.

Kulit terlihat kasar dan mudah mengelupas
Kulit yang tidak disapukan dengan pelembap akan mengalami masalah kekurangan nutrisi. Akibatnya permukaan kulit akan menjadi kasar, warnanya tidak serata dan pori-pori akan menjadi lebar. Saat cuaca kering, kulit yang kekurangan pelembap juga lebih mudah mengelupas.

Kulit terasa gatal
Kulit yang sangat kering biasanya terasa tegang dan gatal. Anda akan rasa tidak selesa dan akan membuatkan anda untuk menggaru sehingga akhirnya menjadikan kulit menjadi rosak. Risikonya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.

Kulit kusam dan terlihat lebih gelap
Kulit gelap yang terawat bakal terlihat lebih bercahaya daripada kulit putih yang kusam. Inilah yang biasa terjadi jika anda jarang menggunakan pelembap. Kulit yang kekurangan nutrisi akan memiliki rona kusam dan terlihat lebih gelap.

Tidak terlindung daripada pengaruh buruk persekitaran
Jika anda melewatkan pemakaian pelembap, kulit tidak memiliki lapisan pelindung ekstra daripada pencemaran dan radikal bebas apatahlagi jika anda menggunakan produk kecantikan yang menggunakan banyak bahan aktif. Produk seperti ini juga boleh menjadikan kulit kering bertambah kering.

IKLAN

Menjadikan jerawat semakin parah
Mitos yang selama ini yang mengatakan pelembap tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana menjadikan minyak semakin banyak adalah tidak benar sama sekali. Kenyataannya kulit yang kering menjadikan jerawat semakin parah. Ini kerana kulit memproduksi semakin banyak sebum untuk mengembalikan kelembapannya. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat, gunakan pelembap bebas minyak tanpa aroma dan tanpa komedogenik untuk merawat jerawat pada wajah.

Kedutan terlihat semakin jelas
Kulit yang kering atau mengalami dehidrasi akan membuatkan semua garis halus pada kulit wajah akan jelas kelihatan. Jika anda melewatkan penggunaan pelembap, garis halus di bahagian wajah akan terlihat semakin jelas. Pelembap berfungsi menjaga kesihatan lapisan elastin dan kolagen. Jika kulit tidak mendapatkannya dalam jumlah yang memadai, wajah akan terlihat lebih berusia.

UNTUK PILIHAN PRODUK PERAWATAN WAJAH, KLIK DI SINI

IKLAN

Itulah beberapa kesan buruk yang bakal terjadi jika anda tidak rajin menggunakan pelembap. Maka mulai hari ini, rajin-rajinlah untuk memakai pelembap wajah.

Sebenarnya, ia bermula daripada penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi muka masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.

TUJUH ‘HABIT’ PUNCA KULIT JADI KUSAM DAN PERLU DIHINDARI

1. MALAS MEMBERSIHKAN WAJAH
Setelah seharian melakukan aktiviti di luar rumah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan wajah secara menyeluruh.

Sebaiknya, lakukan double cleansing agar wajah benar-benar bersih daripada solekan. Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel pada wajah hingga menyebabkan wajah menjadi kusam dan berjerawat.


2. KURANG MENGGUNAKAN SKRUB
Membersihkan wajah sahaja tidak cukup. Anda juga perlu menggunakan skrub wajah untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.

IKLAN

Selain itu, cari skrub wajah yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan menggosok kulit wajah dengan terlalu kasar. Takut terluka pula wajah anda.

3. TIDAK MENGGUNAKAN PELEMBAP SECUKUPNYA
Salah satu punca kulit kusam adalah kulit kurang terhidrat. Cara paling mudah untuk menghidrat kulit adalah dengan menggunakan pelembap. Paling penting, pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau. Gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.

4. SERING TIDUR LEWAT
Tidur yang cukup sangat penting girls! Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Tidur anda juga harus berkualiti. Seeloknya, jauhkan diri daripada stress dan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur anda lebih nyenyak.

5. PRODUK MEKAP
Cuba perhatikan produk serta peralatan mekap yang selalu anda gunakan. Anda lebih kenal kulit anda, jadi pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Peralatan mekap juga perlu dibersihkan dengan kerap agar kuman tidak menempel pada wajah anda. Gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.

6. PERSEKITARAN YANG KOTOR
Anda berada di luar rumah sepanjang hari dan pastinya wajah terkena sebarang pencemaran dan sinar matahari yang tidak elok untuk kulit. Pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan.

7. KURANG MINUM AIR PUTIH
Jangan ambil mudah dengan khasiat air putih ya. Salah satu kebaikannya adalah dapat menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam. Oleh sebab itu, ambil mair putih 8 gelas sehari supaya tubuh kita menerima air yang secukupnya.

Kesimpulannya,, kulit wajah yang sihat dan cantik bermula dengan penjagaan rutin yang dilakukan secara konsisten. Jika mahukan kulit yang cantik, rajin-rajinlah membelai wajah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI