larian

Pastinya ramai di antara kita yang sudah merancang percutian pada musim cuti akhir tahun ini kan. Namun, jika yang belum berkesempatan untuk melakukannya, jangan risau! Banyak perkara yang best yang boleh kita lakukan juga walaupun tidak melancong. Siapa cakap kena duduk rumah je kan?

Masa cuti inilah kita boleh meluangkan banyak masa untuk diri sendiri. Bagi tubuh lebih relaks, cantik dan sihat. Eh, macam mana tu? Of courselah dengan larian! Banyak manfaat yang kita akan dapat. Antaranya ialah…

1. Mengecilkan Betis
Seperti yang kita dapat lihat, pelari marathon kebiasaannya memiliki kaki yang langsing. Oleh itu, berlari jarak jauh dalam keadaan santai adalah efektif untuk mengecilkan peha daripada berlari cepat dalam masa singkat seperti seorang pelari sprinter.

2. Menurunkan Berat Badan
Larian semestinya dapat membantu menurunkan berat badan kerana ia mampu mengurangkan kadar kalori dalam tubuh badan. Ia juga akan menurunkan kolestrol dan menaikkan tahap metabolisme tubuh badan.

IKLAN

3. Meningkatkan Kualiti Otak & Daya Fikiran
Ketika kita berlari, otak kita akan menghasilkan penyelesaian dan solusi kreatif untuk segala masalah yang kita hadapi. Ini boleh terjadi kerana adanya oksigen yang membantu sistem saraf termasuk otak agar berfungsi lebih aktif.

4. Terhindar dari Penyakit Kardiovaskular
Aktiviti seperti larian ini turut membantu memanjangkan usia kita untuk hidup lebih lama. Hal ini sememangnya sudah dibuktikan oleh seorang pembantu profesor bidang kinesiologi di Iowa University, Amerika Serikat iaitu Duck-Chul Lee.

IKLAN

Menurutnya, mereka yang gemar berlari berisiko rendah untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Ini bermakna mereka untuk hidup lebih lama jauh lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak suka berlari.

IKLAN

5. Meningkatkan Fungsi Organ Tubuh
Menjadikan aktiviti larian sebagai rutin akan menguatkan jantung dan juga menambah jumlah sel-sel darah merah dalam tubuh. Saat aliran darah meningkat, pengaliran oksigen juga akan meningkat. Membiasakan diri berlari akan memberi banyak kebaikan pada tulang dan sendi-sendi dalam tubuh badan kita.

Haaa, oleh itu apa kata kita join aktiviti larian pada hujung minggu ini. Selain keluarkan peluh dan menguatkan stamina, banyak juga aktiviti best yang dianjurkan di situ. Excitednya!


MEDIA INVITATION – EJEN RUSH FUN RUN.

Bukan itu sahaja, ada persembahan menarik daripada Ismail Izzani nanti. Selebriti lain juga akan turut memeriahkan larian Ejen Ali – : Misi Ejen Rush ini. Cabutan bertuah pun ada. Jom join sekali sis!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI