Kulit wajah yang segar dan berseri memang menjadi idaman setiap gadis. Siapa yang tidak mahu nampak cantik kan?

Sebenarnya, ia bermula daripada penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi muka masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.

Hijabista kongsi 7 amalan yang menjadi punca kulit menjadi kusam yang boleh dihindari.

1. Malas Membersihkan Wajah

Setelah seharian melakukan aktiviti di luar rumah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan wajah secara menyeluruh. Sebaiknya, lakukan double cleansing agar wajah benar-benar bersih daripada solekan. Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel pada wajah hingga menyebabkan wajah menjadi kusam dan berjerawat.

Tetapi, perlu anda ingat bahawa mencuci wajah dengan terlalu kerap juga tidak bagus kerana ia mampu menghilangkan minyak alami yang dihasilkan oleh kulit wajah. Jadi, cuci dalam 2 hingga 3 kali sehari.

IKLAN

2. Kurang Menggunakan Skrub

Membersihkan wajah sahaja tidak cukup. Anda juga perlu menggunakan skrub wajah untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.

Selain itu, cari skrub wajah yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan menggosok kulit wajah dengan terlalu kasar. Takut terluka pula wajah anda.

3. Tidak Menggunakan Pelembap Secukupnya

Salah satu punca kulit kusam adalah kulit kurang terhidrat. Cara paling mudah untuk menghidrat kulit adalah dengan menggunakan pelembap. Paling penting, pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau.

IKLAN

Cadangan kami, gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.

4. Sering Tidur Lewat

Tidur yang cukup sangat penting girls! Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Tidur anda juga harus berkualiti. Seeloknya, jauhkan diri daripada stress dan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur anda lebih nyenyak.

IKLAN

5. Produk Makeup

Cuba perhatikan produk serta peralatan makeup yang selalu anda gunakan. Anda lebih kenal kulit anda, jadi pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Peralatan makeup juga perlu dibersihkan dengan kerap agar kuman tidak menempel pada wajah anda.

6. Persekitaran Yang Kotor

Anda berada di luar rumah sepanjang hari dan pastinya wajah terkena sebarang pencemaran dan sinar matahari yang tidak elok untuk kulit. Pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan.

7. Kurang Minum Air Putih

Jangan ambil mudah dengan khasiat air putih ya. Salah satu kebaikannya adalah dapat menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam. Oleh sebab itu, ambil mair putih 8 gelas sehari supaya tubuh kita menerima air yang secukupnya.

SUMBER: CEWEKBANGET.GRID.ID

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI