Ketika jerawat tumbuh subur pada wajah, jangan terburu-buru beranggapan bahawa penyebabnya tidak sesuai terhadap skincare yang digunakan. Benar jerawat boleh muncul disebabkan beberapa faktor selain tidak sesuai dengan skin care, boleh juga kerana hormon yang tidak seimbang, tidak rutin membersihkan wajah, atau juga kerana makanan serta minuman yang diambil.

Terlalu banyak makan makanan pedas juga dikatakan menjadi salah satu penyebab munculnya jerawat. Benarkah demikian? Jom kita semak pendapat pakar benarkah makanan pedas boleh menyebabkan jerawat?

Bagi sesetengah orang, sensasi pedas akan membuatkan rasa makanan menjadi semakin nikmat dan akan terasa hambar apabila makan makanan yang kurang pedas.

Namun, sama halnya dengan makanan manis yang terlalu banyak mengandungi gula hingga makanan cepat saji yang mengandungi lemak tepu, terlalu banyak makan makanan pedas sering dikaitkan dengan berbagai efek negatif pada tubuh mahupun masalah kulit, salah satunya adalah jerawat.

IKLAN

Secara tipikal, makanan pedas sebenarnya tidak menjadi penyebab jerawat secara langsung. Menurut Rachel Nazarian, MD, seorang dermatologi dari Schweiger Dermatology Group, seseorang mungkin memiliki kondisi yang lebih sensitif terhadap sifat inflamasi daripada makanan yang terlalu pedas sehingga saat terlalu banyak makan makanan pedas, akan mudahlah munculnya jerawat pada wajah.

MUNCULNYA JERAWAT KERANA TERLALU BANYAK MAKAN MAKANAN PEDAS

Makanan pedas menjadi salah satu jenis makanan yang dianjurkan oleh para Dermatologi untuk tidak diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan berbagai masalah pada kulit, salah satunya jerawat. Menurut seorang dermatologi dari Australian Skin Clinics National Training, Darlene O’Gara, “Makanan pedas juga memiliki potensi untuk meningkatkan kemerahan dan jerawat pada wajah yang sering terjadi pada kulit yang rentan terhadap gejala-gejala ini.”

Jerawat biasanya terjadi kerana adanya minyak berlebihan dan juga kadar pH yang tidak seimbang. Makanan pedas dengan banyak cabai, paprika, atau lada yang dimakan boleh mengubah paras pH pada kulit dan memicu timbulnya jerawat.

IKLAN

Apabila jerawat muncul setelah anda makan makanan pedas, maka boleh jadi itulah yang menjadi penyebabnya. Setiap kali makan makanan pedas, makanan pedas itu boleh meningkatkan suhu tubuh, aliran darah dan juga efek inflamasi sehingga jerawat mudah sekali untuk muncul.

Pori-pori pada kulit wajah menjadi membesar kerana suhu tubuh yang meningkat, efeknya akan membuatnya menjadi tersumbat serta mempermudahkan kotoran mahupun bakteria masuk ke dalam kulit dan akhirnya memunculkan kemerahan atau jerawat pada wajah.

IKLAN

CARA MENCEGAH MUNCULNYA JERAWAT YANG DISEBABKAN PENGAMBILAN MAKANAN PEDAS

Kalau begitu, kalau tidak mahu jerawat tumbuh pada wajah maka kita kenalah elak makan makanan yang pedas? Jawapannya boleh sahaja namun kita perlu membatasinya, apatahlagi apabila kita sendiri sudah mengetahui bahawa makanan pedas boleh menjadi trigger kemunculan jerawat, saranan dari dr. Rachel Nazarian, MD.

Apa yang boleh dilakukan ialah menseimbangkan makanan pedas dengan minum air putih yang cukup agar suhu tubuh tidak meningkat terlalu banyak. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memberikan bekalan nutrisi untuk kulit dari dalam dan dapat mencegah ketidakseimbangan minyak serta kadar pH kulit.

Untuk anda yang gemar makan makanan pedas, usahakan tidak melewatkan rutin double cleansing untuk memastikan kotoran serta bakteria tidak menyumbat pori-pori yang nantinya boleh menjadi timbulnya jerawat pada wajah. Selain itu, lakukan eksfoliasi secara rutin dan gunakan masker pada wajah dengan kandungan yang mampu membantu menenangkan kulit serta mencegah minyak berlebihan.