Nanas boleh dianggap sebagai buah yang istimewa kerana mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh terutama dalam penyembuhan luka.
Kandungan vitamin B terutama B1 dapat membantu proses penghadaman dan melancarkan proses pencernaan.

Kanndungan potasium bersama sodium dalam nanas pula dapat mengawal imbangan air dalam tubuh. Memang enak dan mengasyikkan apabila makan buah nanas terutama ketika cuaca panas. Hilang rasa dahaga.

Biasanya apabila kita makan nanas, lidah boleh rasa lidas (gatal/pedih) bukan? Sebenarnya nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang boleh menguraikan protein. Bromelain ini boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada permukaan lidah, menjadikan lidah sensitif kepada asid pada jus nanas.

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Iritasi asid pada permukaan lidah yang terjejas itulah yang menghasilkan rasa lidas.
Enzim yang banyak terkandung dalam empulur(teras) nanas ini juga bertanggungjawab atas beberapa teori yang dikaitkan dengan nanas, antaranya:

Nanas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan?
Masyarakat kita percaya bahawa nanas ini tajam, dan boleh menyebabkan keguguran jika dimakan di awal kehamilan.

Di sudut perubatan, bromelain didapati boleh menyebabkan pengecutan rahim, namun sebiji-dua nanas tidak mengandungi dos bromelain yang cukup untuk menyebabkan keguguran.

IKLAN

Hakikatnya, nanas adalah buah yang elok dimakan kerana ia kaya dengan vitamin C, anti-oksida dan berserat tinggi.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Nanas lebih berkesan membunuh sel kanser daripada ubat kimoterapi?
Terdapat pula teori yang mengatakan bromelain mempunyai kuasa membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih baik daripada ubat kimoterapi.

Teori itu juga mendakwa, bromelain akan mengurangkan keperluan dos sesuatu ubat kerana bromelain setelah menguraikan dinding sel, ubat akan lebih mudah menyerap ke dalam sel.

IKLAN

Dua-dua teori ini tidak berasas. Tiada kajian perubatan yang sahih membuktikan dua teori ini. Nanas cuma kaya anti-oksida, iaitu unsur kurangkan risiko kanser. Bromelain ada digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan keradangan dan untuk rawatan luka. Ini sahih.

Nanas boleh digunakan untuk melembutkan daging?
Ini dakwaan berasas. Sifat bromelain yang boleh menguraikan protein akan menyebabkan daging(protein) menjadi kurang liat.

Photo by Laker from Pexels

Namun, kena perap daging dengan jus nanas segar sebelum masak, kerana bromelain akan terurai jika dipanaskan.

IKLAN

Oleh kerana itu, tak boleh guna jus nanas terproses dan nanas tin untuk melembutkan daging. Ia tak akan berkesan.

KESIMPULAN: Ada banyak petua dan teori yang berlegar di media sosial, namun tidak usah percaya bulat-bulat. Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.

Nota: Lidah dan perut kita tidak terurai seperti mana daging mentah kerana tubuh kita perbaiki kerosakan pada permukaan lidah dan perut kita.

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Top image: Photo by Polina Tankilevitch from Pexels Photo by Any Lane from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI