Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah berkongsi bahawa dirinya kini sudah berhijab sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sharifah Shahirah, 46, atau lebih mesra disapa Shiera berkata, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.
“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.
Ads
“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.
“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shiera, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
Ads
“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga.
“Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.
“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” jelasnya.
Penyanyi dan pelakon jelita, Nas Adila mengumumkan khabar duka apabila dirinya diuji menghidap kanser payudara sebaik sahaja menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Selayang pada awal Mac lalu.
Meskipun terkejut dengan keputusan pemeriksaan yang dijalani itu, Namun Nas akui dirinya redha dan terpaksa kuat untuk mengharungi ujian yang dititipkan Allah buatnya dan mahu sentiasa kekal positif berdepan ujian ini.
“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.
“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya lapor sebuah portal hiburan.
Justeru itu, sebagai langkah susulan. Nas berkata dia akan melaksanakan satu lagi CT scan untuk mengetahui dengan lebih tepat tahap sebenar kanser yang dihidapinya serta memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.
Mengulas berkenaan ujian yang menimpa dirinya, Nas meluahkan rasa syukur dan menganggap segala apa yang terjadi dalam kehidupanya sebagai satu hikmah dan juga asbab untuk dia lebih dekat kepada yang maha pencipta.
“Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri-Nya.
“Setelah jadi begini pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Dalam masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sebaik mungkin untuk lawan sakit ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sejak diuji dengan ujian kesihatan ini, dia menerima dukungan dan juga sokongan positif dari keluarga dan juga orang sekeliling. Malah, hubungannya bersama suami menjadi lebih akrab berbanding sebelumnya.
Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat muslim di seluruh dunia. Meski saat ini dunia sedang berada dalam pandemik virus Corona Covid-19. Namun, perkara tersebut diharapkan tidak akan mengubah nikmatnya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, juga tidak akan mengurangi keutamaan bulan Ramadan itu sendiri.
Selain melakukan beberapa upaya pencegahan terhadap penyebaran korona virus dalam situasi ini, manusia juga diharapkan untuk banyak-banyak berdoa. Bulan Ramadan memiliki banyak keutamaan salah satunya adalah bulan pengampunan dosa.
Di bawah ini ada 9 keutamaan bulan Ramadan, dari diturunkannya Al-Quran hingga malam lailatul qadar
Keutamaan bulan Ramadan salah satunya adalah bulan Al-Quran atau syahrul Quran. Diturunkannya Al-Qur’an pada bulan Ramadan ini menjadi bukti nyata atas kemuliaan dan keutamaan bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman yang memiliki erti,”Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan pembezaan (antara yang benar dan yang batil)”. (QS. Al-Baqarah: 185).
Keutamaan bulan Ramadan lainnya adalah bulan ini juga kerap disebut dengan bulan syahrun mubarak. Hal ini berdasarkan pada dalil hadits Nabi Rasulullah SAW yang memiliki erti,
“Sungguh telah datang kepada kalian bulan yang penuh barakah. Pada bulan ini diwajibkan puasa kepada kalian.” (HR. Agmad, An-NasaI dan Al-Baihaqi).
Dan juga bahawa setiap ibadah yang dilakukan di bulan Ramadan ini, maka Allah akan melipatgandakan pahalanya.
Selain itu di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkahan ini, maka tidak hanya keberkahan di dalam menuai pahala, melainkan banyak keberkahan lainnya. Keutamaan bulan Ramadan juga ditinjau dari aspek ekonomi, di mana Ramadan memberi keberkahan ekonomi bagi para peniaga dan lainnya.
Sedangkan bagi fakir miskin, Ramadan membawa keberkahan tersendiri. Pada bulan Ramadan ini, seorang muslim digalakkan dan disunnahkan untuk berinfaq dan bersedekah di bulan Ramadan kepada mereka ini. Bahkan, diwajibkan untuk membayar zakat fitrah untuk mereka.
Keutamaan bulan Ramadan juga sebagai kesempatan yang paling baik untuk penghapusan dosa-dosa. Hal ini menjadi keutamaan di bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah waktu yang baik untuk mengambil kesempatan bertaubat.
Nabi SAW bersabda yang ertinya:”solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan menghapuskan dosa-dosa di antara masa-masa itu selama dosa-dosa besar dijauhi.” (HR. Muslim)
Dengan berpuasa pada bulan Ramadan ini, maka boleh menghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan. Perkara ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang ertinya:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah SWT, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR. Bukhari dan Muslim) Selain itu, solat tarawih yang dikerjakan pada setiap malam di bulan Ramadan juga dapat menghapus dosa-dosa yang telah lalu. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang artinya: Barangsiapa yang berpuasa yang melakukan solat malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Keutamaan bulan Ramadan lain adalah bahawa pintu-pintu surga terbuka dan pintu-pintu neraka tertutup serta syaitan-syaitan diikat. Dengan demikian, Allah SWT telah memberi kesempatan kepada hamba-Nya untuk masuk syurga dengan ibadah dan amal shalih yang telah diperbuat pada bulan Ramadan.
Amalan-amalan pada bulan Ramadan akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang artinya:
“Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sedangkan keutamaan bulan Ramadan dalam riwayat yang lain juga disebutkan, pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji bersamaku (Nabi).
Dalam riwayat lain juga disebutkan, Ibnu Rajab rahimahullah berkata, Abu Bakr bin Abi Maryam mengatakan bahwa banyak guru-gurunya yang berkata,
“Apabila telah tiba bulan Ramadan, maka perbanyaklah berinfaq, kerana infaq di bulan Ramadan dilipatgandakan bagaikan infaq di jalan Allah, dan tasbih di bulan Ramadan lebih utama daripada tasbih di bulan yang lain.”
Keutamaan bulan Ramadan lainnya adalah dengan hadirnya malam penuh kemuliaan dan keberkatan di salah satu malam pada malam-malam terakhir dan ganjil di bulan Ramadan, iaitu malam Lailatul Qadar.
Di bulan Ramadan terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Pada malam inilah 10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah saat diturunkannya Alquranul Karim.
Allah SWT telah menjadikan puasa yang dilakukan pada bulan Ramadan sebagai rukun yang keempat dari rukun Islam.
Perkara ini tertulis dalam ayat al-Quran surat Al-Baqarah ayat 185:
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan pembezaan (antara yang benar dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara mereka yang menyaksikan (berada) di bulan itu, maka berpuasalah.”
Dalam hadis juga telah disebutkan, Ibnu Umar meriwayatkan bahwa Nabi SAW., bersabda: “Islam dibangun atas lima (rukun); Bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan haji ke Baitullah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Keutamaan bulan Ramadan selanjutnya adalah doa yang dipanjatkan pada saat bulan Ramadan lebih mustajabah. Hal ini sesuai hadis Rasulullah SAW yang ertinya:
“Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan.” (HR. al-Bazaar, dari Jabir bin Abdillah. Al-Haitsami dalam Majma Az Zawaid mengatakan bahwa perawi hadis ini tsiqah (terpercaya).
Selain itu juga dipertegas dalam hadis lain. Rasulullah SAW, bersabda yang ertinya:”Tiga orang yang doanya tidak ditolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang terzalimi.” (HR. at Tirmidzi).
Abu Ayub Al-Anshary meriwayatkan hadist Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Barangsiapa yang berpuasa (pada bulan Ramadhan) kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal, maka hal itu sama seperti puasa setahun.” (HR. Muslim)
Selain itu, juga ditegaskan dalam hadis Nabi yang lain. Imam Ahmad meriwayatkan, Nabi SAW bersabda:
“Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, maka satu bulan sama seperti sepuluh bulan. Dan siapa yang berpuasa setelah itu, berpuasa selama enam hari sesudah Id (Syawal), sama nilainya dengan puasa penuh satu tahun.” (HR. Ahmad).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amira Atiqa Azman penuntut Sarjana Muda Quran dan Sunnah FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara pelajar yang menarik perhatian ramai ketika Ops Pulang USIM ke Zon Selatan bagi menghantar pelajar yang terkandas di kampus pada 27 April lalu.
Istimewanya kepulangan Amira turut ditemani seekor kucing bernama Momo ke rumah keluarganya di Taman Sentosa, Kluang Johor.
Kehadiran Amira dan kucingnya pada malam pelepasan di Dewan Tuanku Canselor USIM pada malam tersebut turut mencuri perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang turut hadir menyaksikan proses penghantaran.
Katanya, dia telah bernekad untuk terus tinggal di rumah sewanya jika pihak urus setia yang mengendalikan urusan membawa pulang pelajar tidak membenarkan Momo menaiki bas untuk dibawa pulang bersama.
“Alhamdulillah, atas budi bicara urus setia, saya dibenarkan bawa Momo bersama untuk menaiki bas. Saya sudah membelanya lebih lima bulan dan rutin penjagaan kesihatannya memang terjaga seperti pengambilan vaksin mengikut tempoh ditetapkan.
“Saya hanya tinggal seorang diri di rumah sewa sebab rakan yang lain telah pulang sebelum PKP dikuatkuasakan.
“Saya tak sampai hati untuk tinggalkan Momo di rumah kerana memikirkan tiada siapa yang boleh menjaga makan minum, keselamatan dan kesihatannya,” katanya.
Amira Atiqa berkata, perasaan kasih, sayang dan risaunya terhadap Momo bercampur-baur kerana latihan industrinya kini ditangguhkan dan tidak tahu bila dia akan pulang semula ke rumah sewanya di Nilai, Negeri Sembilan selepas dia berada di kampung.
“Apabila urus setia USIM hubungi saya pada Khamis pagi minta bersiap untuk dihantar pulang pada malamnya, masa yang ada untuk kemaskan barang sendiri dan Momo memang singkat. Mujur sempat curi masa untuk keluar membeli pet carrier dan keperluan lain untuk Momo.” ujarnya.
Amira Atiqa yang merupakan penuntut tahun akhir program Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah itu memberitahu, walaupun kali pertama menaiki bas dengan tempoh perjalanan yang agak lama, Momo tidak meragam dan kini masih cuba membiasakan diri dengan suasana baharu di rumah keluarganya di Taman Sentosa, Kluang Johor.
Sementara itu, seramai 87 pelajar USIM telah selamat dihantar pulang secara berfasa ke beberapa destinasi antaranya Pendang, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Seberang Perai, Cheras dan Kuching, Sarawak.
USIM memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa diikuti sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas penghantaran kumpulan pelajar ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.