Mahu Nampak Cantik, Wawa Zainal Tunaikan Hasrat Anak Pakai Gigi Palsu Di Usia 6 Tahun

Share

Berkongsi di laman instagramnya, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal telah merealisasikan impian anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa untuk memiliki gigi yang cantik selepas dipakaikan gigi palsu.

Menurut Wawa, Hayla telah menjalani pembedahan membuang gigi susunya yang telah rosak dahulu sebelum melakukan prosedur tersebut.

“Finally impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak @haylaadzkiya

ada gigi? Thank you so much Dr. Nazatul @dentalvaletbangi.

“Macam Attar (anak sulung), Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8 tahun. So biar je tumbuh sendiri. Just buang gigi yang dah rosak je.

“For Hayla, Wawa buat crown & gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.

“Dan both kena ambil GA ( ditidurkan ) masa operate buang gigi. Dan alhamdulillah after diorang bangun tiada rasa sakit pun…

Sebelum ini, Wawa Zainal bersama suami, Aeril Zafrel pernah dikecam gara-gara keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah di seawal usia.

Pelakon filem 99 Kali Rindu itu turut menasihatkan agar ibu bapa segera membawa anak mereka berjumpa dengan doktor gigi agar masalah dapat dirawat sebaiknya.

“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa dentist je hehe,” jelas Wawa,30.

IKLAN