Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga usahawan jelita, Nelydia Senrose yang dahulu wajahnya sering membintangi kaca tv dengan pelbagai drama, antara yang berjaya melonjakkan namanya sehingga mulai dikenali adalah drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Terbaharu, Hijabista sempat menemubual aktres jelita ini ketika menemuinya pada sebuah majlis di ibu kota. Ketika ditanya adakah beliau sudah mahu memperlahankan kerjaya seni miliknya kini ekoran sudah tidak lagi kelihatan menghiasi kaca TV? Ini respon yang diberikan oleh pemilik nama penuh Nik Zaris Nik Sen itu.
“Kita sebagai wanita, sebagai umat Islam kita dah tentu dari hari ke hari nak menjadi lebih baik. Tak kisah dari segi apa sekalipun.
“Maknanya dari segi perangai, daripada segi pemakaian, daripada segi percakapan, daripada segi sikap dan segalanya. Sudah pasti kita sentiasa ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada dalam fikiran tetang menjadi lebih baik tu.
Jelasnya, dia tidak memperlahankan kerjaya seninya. Cuma kini fokusnya lebih tertumpu untuk lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.
Ads
Tambahan Nelydia lagi, hatinya seakan dijentik setelah diberi nikmat untuk menjadi tetamu Allah ditanah suci bagi menunaikan ibadah haji di usia muda.
“Jadi bila dah pergi menunaikan haji, bila dah merasai sendiri suasana di sana. Kita banyak tone down. Sebab kita dah tahu apa yang perlu dikejar dan apa yang tak perlu dikejar.
“Dan kita tahu benda tu macam ni, okay sebenarnya dalam dunia ni, tiada apa yang perlu di kejar pun. Sebab kita dah di beri peluang dari Allah untuk merasai banyak benda.
Sehubungan itu, Nelydia berkata sedar dengan sifat dunia yang hanya sementara dan tiada apa yang perlu dikejar dan dibanggakan di dunia yang sementara ini. Jelasnya, kini dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan berusaha menjadi lebih baik di mata Allah.
Ads
“So right now, i just want to try my best to submit myself to Allah,” ujar Nel.
Hijabista mendoakan agar Nelydia kekal istiqamah dan segala urusan dan harapan nelydia dipermudahkan.
Sebuah portal berita popular telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang masyarakat bukan Islam di New Zealand yang begitu tertarik untuk mengetahui mengenai ajaran Islam.
Mereka memenuhi ruang masjid untuk bertanyakan perihal agama Islam seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana pelaksanaan solat oleh umat Islam.
Many New Zealanders start visiting the mosques to learn about Islam after terrorist attack on Christchurch mosques, which killed dozens of worshipers
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
1. Membaca Surah al-Kahfi
Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)
Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat alBaihaqi)
2. Potong kuku dan cukur rambut-rambut
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)
Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya.
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat. Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)
4. Lakukan solat Dhuha
Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain.
Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan: “Nabi Muhammad SAW biasa melakukan solat qabliah Zuhur empat rakaat di rumahnya. Kemudian baginda keluar, lalu solat mengimami orang-orang, lalu masuk ke rumahku, kemudian melakukan solat dua rakaat ba’diah…” (Riwayat Muslim)
5. Berdoa pada hari Jumaat
BERDOALAH memohon kepada ALLAH agar kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari.
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Saat usia mulai bertambah, area kontur mata memang menjadi perhatian utama dan biasanya akan terlihat perubahannya. Rawat area ini sebelum keluar garis halus yang memburukkan pandanganmu. Rejimen kecantikan yang sempurna adalah melakukan penjagaan kulit wajah dengan terbaik dan ikuti langkah yang betul.
Semua hijabi di dunia ini mahukan kulit wajah yang cantik dan segar serta tampil awet muda sepanjang masa. Tetapi tahukah anda bahagian wajah yang manakah seringkali membuatkan penampilan kita tampak kusut dan kelihatan tua sebelum usia? Ya, mata. Kesan penuaan yang paling ketara akan timbul adalah pada sekeliling kawasan mata.
Oleh itu, penggunaan krim dibawah mata adalah sangat digalakkan dan dicadangkan oleh pakar kecantikan. Ianya sangat penting untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya serta menghapuskan kesan lingkaran gelap dibawah mata. Antara kebaikan menggunakan krim mata;
Untuk mengatasinya berikut ini senarai krim mata untuk menjaga sinar mata.
Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur.
Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi. Productnation
Krim bawah mata ini yang diperkaya dengan ramuan herba semulajadi seperti Red Ginseng Saponin, Yai Jiu Hua dan ekstrak madu melancarkan peredaran darah dibawah mata agar tidak lagi timbul lingkaran gelap atau kedutan dengan ketara. Ianya mengurangkan cela pada bawah mata anda dan mengembalikan kesegaran pada kulit agar anda tampil berseri serta bermaya sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit berminyak, krim ini jenis tidak melekit pada kulit wajah. Tiada lagi masalah dark circle atau puffy eyes dengan krim bawah mata ini!
Krim mata yang mengandungi retinol – khas untuk wanita berusia 40an productnation dengan mengandungi formulasi Pro-Retinol, Vitamin C dan ekstrak Grape Seed, krim ini mampu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus di sekeliling kawasan mata. Krim ini mengekalkan hidrasi pada kulit di sekitar kawasan mata anda agar sentiasa tampil segar dan bermaya sepanjang masa.
Teksturnya berkrim dan ringan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit wajah anda dan memberi hasil serta-merta. Yang penting, anda harus menggunakannya secara konsisten setiap hari.
Krim mata dari Korea yang terbaik untuk merawat mata panda, khas untuk yang mempunyai masalah lingkaran hitam. Diterbangkan khas daripada Korea, ianya merupakan kapsul diperbuat daripada 50% susu dan ceramide bagi memberi kelembapan supaya dapat meresap pada kulit di bawah mata. Diperkaya dengan bahan organik seperti brokoli, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit akibat lingkaran gelap bawah mata yang serius.
Juga mengandungi 9 kompleks nutrien yang melindungi kulit wajah anda daripada pencemaran udara serta krim ini juga bebas daripada paraben dan phenoxyethanol.
Krim mata terbaik dari drugstore, sesuai untuk wanita berusia 50an, krim ini memulihkan kulit disekitar mata kerana ianya mengandungi kolagen dan kulit juga akan berasa dingin selepas memakainya. Krim ini bukan sahaja mampu menghapuskan lingkaran gelap dibawah mata tetapi juga dapat mengembalikan keserian pada kulit. Dengan mengandungi SPF50, krim ini dapat melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinaran UV.
Perlindungan selama 12 jam, tiada lagi masalah kulit terjadinya pembentukan melanin dan terhapus daripada kekusaman.
Krim mata terbaik untuk kulit sensitif dan sesuai untuk kegunaan wanita 20an. Krim ini diformulasi untuk kulit kering terutamanya di bahagian kawasan bawah mata agar tidak terjadi iritasi. Kaya dengan Avene Thermal Spring Water dan Soothing Alpha Bisabolol, krim mata ini mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada sekeliling kawasan mata. Sesuai buat kulit sensitif, krim ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben dan bebas wangian tiruan.
Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit bawah mata lebih ‘lumayan’.
Krim mata anti-aging – terbaharu dari Sk-ll terbaru R.N.A.POWER krim mata menghilangkan berkesan menghapus kedutan dan garis halus dengan meningkatkan keteguhan kulit di sekeliling mata, sehingga mata kelihatan lebih besar dan lebih cerah dalam 6 minggu.
Krim mata ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak melekit, membantu untuk membantu mata anda kelihatan besar dan menarik dengan menghapuskan kedutan dan garis halus yang timbul pada kulit wajah. Menarik bukan seperti selebriti Korea. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Krim mata terbaik dan berkualiti tinggi, ini adalah krim mata yang mengandungi bahan herba organik dan semulajadi untuk meningkatkan keanjalan di kawasan mata. Ia merupakan krim jenis gel tanpa wangian untuk mengurangkan bengkak dibawah mata akibat tidak cukup tidur. Krim ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Terbaik untuk wanita berusia 30an – hilangkan kerutan dalam sekelip mata. Kemunculan kedutan dan garis halus adalah disebabkan oleh kulit yang sering terdedah dibawah sinaran UV. Nah, gunakan Pond’s Age Miracle Eye Cream ini. Dengan mengandungi Retinol-C Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi cela diwajah dan tidak lagi kelihatan penampilan kedutan di kulit wajah anda.
Ianya dapat mengekalkan lembapan dan memberi hidrasi kepada wajah anda sepanjang masa. Bahan kandungan aktif dalam krim ini pula mampu berkerja selama 24 jam untuk membaikpulih keadaan kulit wajah anda. Tampil awet muda dengan krim bawah mata ini!
Kandungan istimewa Potassium 4-Methoxysalicylcate membantu mencerahkan area kusam di sekitar mata dan mampu mengurangkan eye bag di bawah mata.
Sumber: ProductNation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.